SINOPSIS PENUH DRAMA SHOW WINDOW: THE QUEEN’S HOUSE (2021) . Drama yang menampilkan pelakon-pelakon yang hebat dan popular bakal menemui penonton pada akhir bulan November 2021. Drama yang menampilkan pelakon hebat dan popular iaitu Song Yoon A , Lee Sung Jae , Jeon SoMin dan 2PM Chansung yang bakal mewarnai drama show window the queen’s house (2021). Jom kita baca  latar belakang drama Show Window: The Queen’s House ini , dengar cerita drama ini akan buatkan darah kita naik , haha betul ka ? jom baca


SINOPSIS PENUH DRAMA SHOW WINDOW: THE QUEEN’S HOUSE (2021)


Pelakon senior yang sangat hebat berlakon Song Yoon A dan Lee Sung Jae antara penarik drama ini untuk dilihat peminat drama Korea.

 Bintang Running Man Jeon So Min dan 2PM Hwang Chansung merupakan dua nama yang cukup popular di luar dan dalam Korea , lakonan yang berbeza dari watak mereka sebelum ini akan ditampillkan di dalam drama ini.

SINOPSIS DRAMA SHOW WINDOW: THE QUEEN’S HOUSE ~

Drama yang menceritakan tentang Han Sun Joo (Song Yoon A) yang hidupnya lengkap segalanya , beliau berkahwin dengan Shin Myung Seob (Lee Sung Jae) dan mempunyai anak. 

Dia cuba membantu suaminya untuk berjaya di syarikat Rahen Group dimana syarikat yang dimiliki oleh ibu beliau. Han Sun Joo juga selalu mencuba membesar anak dia dengan sebaik yang boleh.

Sebelum kahwin, suami beliau Shin Myung Seob ada masalah kewangan dan beliau datang dari keluarga yang miskin. Hidup Shin Myung Seob berubah secara mendadak apabila dia berkahwin dengan Han Sun Joo.

Shin Myung Seob seorang yang suami yang baik dan ayah yang baik namun setelah jumpan Yoon Mi Ra (Jeon So Min) semuanya jadi lain , dia tertarik dengan Yoon Mi Ra.

Han Jung Won (2PM Chansung) adalah adik angkat pada Han Sun Joo , beliau seorang yang baik hati dan dia sangat rapat dengan Han Sun Joo. Dia tidak boleh melihat kakak beliau dalam keadaan kesusahan.

Han Sun Joo berkawan dengan Yoon Mi Ra tanpa mengetahui yang beliau merupakan kekasih gelap Shin Myung Seob.

Apakah yang bakal terjadi apabila Han Sun Joo tahu yang Shin Myung Seob selingkuh dengan Yoon Mi Ra ? Han Jung Won cuba membuat sesuatu untuk bantu kakaknya ? Adakah hanya membantu kakaknya atau dia ada perasaan pada kakak angkatnya?

 

PROFIL DRAMA SHOW WINDOW: THE QUEEN’S HOUSE

TAJUK DRAMA : Show Window: Queen's House

PENGARAH : Kang Sol, Park Dae-Hee

PENULIS : Han Bo-Kyung, Park Hye-Young

EPISOD : 16

MASA TAYANGAN : ISNIN & SELASA 10:20PM

TARIKH TAYANGAN : 29.11.2021 – 18.1.2022

SYARIKAT TAYANGAN : CHANNEL A

 

PELAKON –PELAKON DRAMA SHOW WINDOW : THE QUEEN’S HOUSE

Selain empat tonggak utama drama ini juga diserikan dengan pelakon hebat seperti Kim Seung Su dan Moon He Kyung yang melakonkan watak sebagai Cha Young Hun dan Kim Gang Im. 

Pelakon kanak-kanak Shin Yi Joon dan Park Sang Hoon masing –masing membawa watak Shin Tae Hee dan Shin Tae Yong anak kepada Shin Myung Seob dan Han Sun Joo. 

Kim Hae In juga membawa watak sebagai Choi Eun Kyung manakala Lee Seon Jin membawa watak Park Ye Rang.

Selain itu, pelakon tampan Kim Young Joon dan Kim Jung Tae berlakon sebagai Ahn Do Hyeok dan Lee Joon Sang bersama pelakon wanita Oh Seung Eun yang membawa watak Christina Jung.

Pelakon veteran Kim Byung Ok melakonkan watak Kang Dae Wook dan watak Mrs.Jung di dalam drama ini dilakonkan oleh Jung Jung Ah. 

Disamping itu, pelakon lain adalah Moon Seo Yeon , Park Jung Hak dan Sul Ji Yoon.

TRIVEA PELAKON UTAMA

Seperti kita tahu drama ini diterajui oleh empat tunggak yang cukup popular. Song Yoon A merupakan aktris wanita yang cantik dan popular debut pada tahun 1995. 

Beliau sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak dan suami beliau merupakan pelakon bernama Sol Kyung Gu.

Pelakon senior dalam drama ini adalah Lee Sung Jae yang juga debut sama tahun dengan Song Yoon Ah.  Beliau juga sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak , beliau kahwin pada tahun 1996

Di antara keempat-empat watak utama ini , nama Jeon So Min pastinya sudah diketahui oleh peminat drama luar negara. 

Nama Jeon So Min semakin dikenali apabila menjadi ahli tetap rancangan anega ragam yang popular Running Man. 

Untuk info dalam drama ini watak Jeon So Min di dalam drama ini 100% berlainan dari karakternya di dalam Running Man.  Somin debut pada tahun 2004 dan berasal dari Goyang , Gyeonggi Province.

Selain Jeon So Min , nama Hwang Chansung juga pastinya sudah dikenali kerana beliau merupakan ahli dari kumpulan idol yang popular iaitu 2PM. 

Di kenali sebagai 2PM Chansung , jejaka tampan ini merupakan ahli termuda di dalam 2PM debut pada 2006 dalam series drama yang cukup popular iaitu Unstoppable High Kick kemudiannya debut bersama 2PM pada 2008. 

2PM merupakan salah satu kumpulan idol yang mana ahli-ahlinya cukup hebat berlakon dan dipersetujui oleh netizen.

Gandingan kempat-empat pelakon pastinya membuatkan ramai tidak sabar untuk melihat drama ini tapi sebelum tu jom baca jap review orang ramai mengenai casting pelakon drama ini.


REVIEW DAN KOMEN MENGENAI DRAMA SHOW WINDOW: THE QUEEN’S HOUSE


Drama Show Window : The Queen’s House mendapat banyak komen  dari netizen apabila video script reading drama ini dikeluarkan antaranya adalah Drama kegemaran Somin unnie dengan kehancuran keluarga + cinta segi tiga. 

Peminat Jeon So Min juga berharap Jeon So Min menjadi hit selepas drama ini ditayangkan.

Saya tunggu Somin keluar.Pelakon Jeon Somin yang pandai berlakon tolong shoot banyak drama. Sekali lagi, terima kasih untuk kerja seterusnya

Somin, Song Yuna, Lee Sungjae, Chansung, saya menyokong semua pelakon.

Peminat juga tidak sabar untuk melihat drama ini . Ini kali pertama saya tidak sabar-sabar untuk menonton drama secara Langsung! Han Seon Joo.. 

kami sangat bersedia untuk anda!! maknae Chansung fighting!

Ada juga mengatakan mereka terjumpa Song Yoon Ah dan Lee Sung Jae ketika pengambaran drama ini berlangsung di Yeousu. 

Saya di hotel Yeousu semasa pengambaran drama ini dan saya melihat Song Yoon A dan Lee Sung Jae semasa sedang melakukan pengambaran drama ini. Kedua-dua mereka sangat baik. Fighthing untuk drama ini.

KATA-KATA AKHIR

Akhir sekali, Drama ini ditayangkan pada 29 november 2021 untuk episode pertama, korang jangan lupa layan tau  drama yang penuh dengan konflik dan bagaimana penghujungnya , korang kena layan taw. Selamat menonton.

 

 

Post a Comment

Previous Post Next Post