SINOPSIS DRAMA WORK LATER , DRINK NOW LAKONAN APINK EUNJI , SUNHWA DAN LEE SUN BIN. Drama yangmenampilkan tiga tunggak utama wanita yang popular dalam sebuah drama yang bertajuk Work Later , Drink Now ditayangkan di TVING. Jung Eunji , Lee Sun Bin dan Han Sunhwa pertama kali digandingkan di dalam drama ini bersama dengan Super Junior Siwon . Di bawah korang boleh baca synopsis drama work later , drink now lakonan apink eunji, sunhwa dan lee sunbin.


SINOPSIS DRAMA WORK LATER , DRINK NOW LAKONAN APINK EUNJI , SUNHWA DAN LEE SUN BIN


Korang dah kenal mereka , jom kita baca synopsis mengenai drama korea Work Later , Drink Now yang dilakonkan oleh mereka bertiga.

SINOPSIS DRAMA WORK LATER , DRINK NOW

Drama yang mengisahkan tentang persahabatan tiga orang perempuan yang tingkah laku dan perangai mereka bertiga adalah sama. Dalam drama ini dapat kita lihat pelbagai masalah yang berlaku pada diri mereka.

Apink Eunji , Sunhwa dan Lee Sun Bin pertama kali digandingkan bersama di dalam sebuah drama , Eunji yang popular dengan group beliau Apink , Sunhwa yang baru bergelar pelakon setelah groupnya Secret telah tamat kontrak.

Yang terakhir adalah Lee Sun Bin pelakon yang sedang meningkat naik dan juga merupakan kekasih hati bintang Running Man iaitu Lee Kwang Soo.

Sinopsis drama work later drink now

Mengisahkan tentang Kang Ji Gu (Eunji APINK) , Han Ji Yeon (Han SunHwa) dan Ahn Sohee (Lee Sun Bin) yang berkawan sejak mereka di sekolah menengah lagi selalu berjumpa selepas kerja dan mereka akan minum bersama. 

Ketiga-tiga mereka masing-masing masih single dan ketiga-tiga mereka berlainan bekerjaan.

Tabiat mereka bertiga sama iaitu suka minum dan apabila mabuk macam-macam yang berlaku. Disebabkan mereka risau masih single adalah mereka sudah berumur dalam 30an.

Ahn So Hee bekerja sebagai penulis variety show , Han Ji Yeon pula bekerja sebagai cikgu yo dan Kang Ji Gu adalah seorang youtuber. Sebelum ini mereka berkerja perkerjaan yang lain namun sesuatu terjadi membuatkan mereka berubah pekerjaan.

Super Junior Choi Siwon membawa watak Kang Buk Gu yang bekerja sebagai Producer variety show dan beliau bakal mempunyai hubungan dengan salah seorang dari mereka bertiga.

Siapakah yang bakal mengakiri zaman single mereka ? apakah sebab mereka menukar pekerjaan ? korang kena layan.

 

PROFIL DRAMA WORK LATER, DRINK NOW

TAJUK  :  WORK LATER , DRINK NOW (술꾼도시여자들)

PENGARAH  :  KIM JUNG SIK

PENULIS  :  WI SO YOUNG , WEBCOMIC (MIKKANG)

TARIKH TAYANGAN  :  22 OKTOBER 2021

SYARIKAT TAYANGAN  :  TVING

HARI  TAYANGAN  : JUMAAT (35 MINIT)

EPISOD : 12

 

PELAKON – PELAKON DRAMA WORK LATER , DRINK NOW (2021)

Di dalam drama Work Later , Drink Now akan ada banyak scene di dalam restaurant , tunggak utama di dalam itu adalah Kim Jung Min yang akan melakonkan watak  Hwang Dong Bae. 

Selain itu , Kim Ji Suk juga membuat cameo pada episode 1 dengan melakonkan watak Kim Hak Soo. Watak untuk ibu An So Hee dilakonkan oleh Kim Hee Jung. 

Selain itu , Jung Eun Pyo memegang watak sebagai An Cheol Hwa. 

Aktor hebat dan tampan Song Jae Rim juga melakokan watak sebagai Produser Sung pada episode 8 dan 9. Pelakon muda yang sedang meningkat naik Lee Soo Min juga melakonkan watak So Hyun pada episode 4.

Bagi watak staf variety show dilakonkan oleh Kim Hyung Joo , Lee Eun Soo dan Bin Chan Uk manakala Yoo Ji Yeon melakonkan watak Lee Hye Kyung. 

Aktor senior Kim Jae Hwa dan Kwon Hong Suk masing-masing melakonkan watak sebagai produser dan chief dalam drama ini.

 

INFO MENGENAI PELAKON UTAMA

Drama Work Later , Drink Now yang mempunyai tiga tunggak utama wanita , untuk mengetahuan korang jarang ada drama yang watak utama sampai 3 orang kalau ada pun 2 tiga drama sahaja. Lee Sunbin berumur 27 tahun dan Sunhwa berumur 31 tahun dan Eunji pula berumur 28 tahun.

Ini merupakan gandingan pertama kali buat mereka bertiga. Sunhwa debut pada tahun 2009 dengan kumpulan wanita Secrets manakala Eunji debut bersama Apink pada tahun 2011 dan Lee Sun Bin juga debut pada tahun 2011 bersama kumpulan JQT.

Ketiga-tiga mereka memiliki kesamaan dari segi debut dalam bidang nyanyian , korang yang mana dah layan drama ni korang mesti boleh nampak chemistry antara mereka bertiga yang cukup jelas dan lakonan mereka bertiga mendapat pujian ramai.

 

REVIEW DAN KOMEN MENGENAI DRAMA WORK LATER , DRINK NOW (2021)

Disebabkan drama work later , drink now dah ditayangkan , korang boleh baca pandangan orang yang dah melihat drama ini. Ramai memuji drama ini dan mengatakan antara drama yang best untuk tahun 2021.

Peminat drama ini mengatakan Saya sangat suka drama ini. Sangat lucu dan menarik. 12 episod tidak cukup untuk saya.

Drama sepotong kehidupan terbaik pada tahun 2021. Tbh tak sangka jalan ceritanya sebagus ini.

Ada juga yang menyatakan drama ni memang bagus. Saya terlalu banyak ketawa. Semua orang berlakon sangat bagus.menunggu episod seterusnya.

Drama ini juga digatakan kelakar , saya sangat seronok dan ketawa melihat telatah tiga watak utama itu kerana gelagat mereka sangat komedi

Di antara ketiga watak utama ini , nama Sunhwa antara yang terbanyak menjadi sebutan dan lakonan beliau mendapat pujian dan Sunhwa sebagai pelakon semakin dikenali. 

Sunhwa unnie benar-benar memberi saya semangat Cheon Song Yi dari My Love from The Star <3 Teruja melihat chemistry antara pelakon selepas menonton treler XD. 

Saya sangat seronok dan ketawa melihat telatah tiga watak utama itu kerana gelagat mereka sangat komedi.

Lee Sun Bun, Eunji dan Siwon kegemaran saya dalam satu drama!!! Daebak!!! Saya sangat teruja untuk ini!!! Semuanya hebat dalam lakonan dan semua yang mereka lakukan!!! Saya sayang mereka semua! Aja!!!

Ramai memberi komen positif pada pemilihan pelakon-pelakon dalam drama ini antaranya adalah Suka pelakon utama!! 

Pasti akan menantikannya! Watak Sunhwa Han Jiyeon Kelakar!!! Dia Kacang hahahaha. Watak Eunji & Lee Sunbin juga sangat kelakar. Mereka 3 bersama hanyalah huru-hara tetapi dengan cara yang lucu. Kimia 100/100

Untuk Apink Eunji , akhirnya yang menanti drama terbaru darinya tidak sabar untuk melihat antaranya  Saya telah menunggu selama Bertahun untuk eunji membuat drama tv lagi ?? saya benar-benar sangat gembira tentang ini?

Oleh kerana ramai yang memuji drama ini korang jangan lah lupa layan ok. Disebabkan sambutan luar biasa, untuk info korang drama ini akan keluarkan season 2 dan ketiga-tiga watak utama masih dikekalkan. Jangan lupa layan taw !

 

 

 

Post a Comment

Previous Post Next Post