Sinopsis Drama The Silent Sea, Lakonan Gong Yoo. Hai korang, tak lama lagi akan ditayangkan sebuah drama baru yang akan dilakonkan oleh pelakon hebat tau. Drama ini diterbitkan dan akan ditayangkan di Netflix. Antara pelakon utama dalam drama ini ialah Gong Yoo, Bae Doo Na dan Lee Joon. Mesti bestkan drama ni sebab ia akan menceritakan suasana di angkasa lepas. Drama ini bergenre misteri, sains fiksyen dan juga thrileer tau. Kalau korang nak tahu lagi, jom baca Sinopsis Drama The Silent Sea di bawah ini.

Sinopsis Drama The Silent Sea, Lakonan Gong Yoo


Sebelum itu, aku nak kongsikan dengan korang mengenai drama show window the queen house yang dibintangi pelakon hebat seperti Song Yoon A , Lee Sung Jae , Jeon SoMin dan 2PM Chansung. Memang best tau cerita ni. Rugilah kalau korang tak follow.

Sekarang ini, jom kita baca pula sinopsis drama the silent sea ini yang berlatar belakangkan pengembaraan di angkasa lepas. macam manalah sinopsis diakan. jom teruskan bacaan anda.

Sinopsis Drama The Silent Sea, Lakonan Gong Yoo

Dah ready nak baca sinopsis drama the silent sea ini? jom kita sambung baca di bawah.

Drama the silent sea ini mengisahkan tentang peristiwa yang berlaku pada masa hadapan. ketika itu, planet ini sudah kekurangan udara dan makanan. ia berpunca daripada penggunaan tenaga berkenaan sejak beribu-ribu tahun.

Yoon Jae merupakan seorang askar yang ditugaskan untuk misi agensi angkasa lepas.

Selain yoon jae, Ji an juga terlibat dalam misi angkasa lepas yang sama. mereka telah dikumpulkan dalam satu kumpulan untuk misi ini.

Begitu juga dengan saintis yang terpilih untuk medapatkan sampel misteri dari stesen angkasa yang terletak di bulan. Stesen ini mengalami satu tragedi hitam apabila kesemua penghuninya mati termasuklah kakak kepada saintis berkenaan.

Dapatkah mereka mendapatkan sample tersebut atau mereka akan jadi mangsa korban seterusnya?? sama-sama kita nantikan keseluruhan episod drama ni ya. 

Mula-mula aku ingat drama ini pasal lautan, tapi sebenarnya pasal angkasa lepas. hehe boleh pula dia tukar jadi macam tu kan. aku yakin drama ni mempunyai jalan cerita yang menarik.

Aku sempat tengok thriller yang baru dikeluarkan oleh netfliz untuk drama ni. Memang out of box sungguh. selalunya kita tengok drama macam ni di keluarkan oleh mat saleh jer, sekarangni orang korea pun mampu buat macam ni.

Fuhh tak sabar weh nak tengok keseluruhan drama ini. setakat baca sinopsis drama the silent sea ni tak puas sungguh kan.

Senarai Pelakon Drama The Silent Sea.

Untuk pengetahuan semua, drama ini di arahkan oleh Cho Hang Yong dan skripnya ditulis oleh Park Eun Kyo tau.

Dalam drama ini ramai pelakon hebat yang membintangi drama ini antara pelakon utamanya adalah Gong Yoo, Bae Doo Na dan juga Lee Joon.

Untuk pelakon pembantu pula, kita ada pelakon squid game iaitu Heo Sung Tae. Kita juga ada pelakon lain seperti Lee Moo Saeng, Jung Soon Won, Heo Jung Do, Lee Joon Hyuk dan Kim Sun Young.

Kita juga ada penampilan istimewa iaitu Jung Woo Sung pelakon hebat korea ini dalam drama ni juga. 

Watak-Watak dalam drama ini.

aku yakin ramai yang nak tahu watak-watak yang ada dalam drama ni kan. kita dah share pasal pelakon-pelakon, sekarang kita sembang pula mengenai watak-watak mereka.

Kita mulakan dengan pelakon utamanya iaitu Gong Yoo. Dalam drama ini , gong yoo membawa watak sebagai Han Yoon Jae yang merupakan seorang askar yang mengetuai misi ke bulan. Dia menjadi ketua pasukan penerokaan yang mesti menjalankan misi penting dengan maklumat yang terhad. 

Dia mengutamakan keselamatan ahli pasukannya di atas segala-galanya dan tidak dapat mengelak daripada meletakkan dirinya dalam bahaya untuk berbuat demikian.

Kemudian pelakon Bae Doo Na pula membawa watak sebagai Song Ji An. Dia merupakan seorang doktor dan ahli astrobiologi yang menyertai pasukan itu.

Dia bertekad untuk mendedahkan kebenaran di sebalik kemalangan di stesen penyelidikan Pangkalan Balhae yang kini ditinggalkan di bulan. 

Pelakon Lee Joon pula membawa watak sebagai Ryu Tae Seok. sebagai Kapten Ryoo Tae-seok. Dia ni merupakan ketua jurutera yang juga merupakan anggota elit Kementerian Pertahanan Negara.

Walaupun dah hebat, dia tetap menawarkan diri untuk misi berbahaya ini dalam usaha untuk melarikan diri dari persekitaran yang menyesakkan di Kementerian.

Untuk watak pembantu pula, Heo Sung Tae membawa watak sebagai kim jae sun yang merupakan ketua Kumpulan Sumber Pentadbiran Penerbangan. 

Pelakon Lee moo saeng pula sebagai Gong Soo Hyuk iaitu ketua pasukan keselamatan

itu sahaja untuk watak yang sedia ada. Watak-watak lain akan dikemaskini kemudian yer.

Fakta Menarik.

Info Drama ini mempunyai beberapa fakta penting yang anda kena tahu.

Iaitu drama ini hanya mempunyai 8 episod sahaja dan akan ditayangkan di saluran Netflix. aku jangkakan drama ini akan ditayangkan secara sekali gus dan tarikh tayanganya adalah pada 24 Disember 2021 nanti.

Bagi yang masih tertanya-tanya, drama ini merupakan drama dari korea selatan dan menggunakan bahasa korea dalam drama dan lakonannya.

Antara fakta lain yang anda akan tahu adalah drama ini adalah drama berdasarkan drama pendek " the sea of tranquility yang ditayangkan pada tahun 2014.

seterusnya drama ini memulakan pengambarannya pada bulan ogos tahun lepas.

Ini juga merupakan drama pertama untuk Lee Joon selepas keluar dari tugasan askarnya pada 19 Disember 2019 yang lalu.

Komen Jung Woo Sung mengenai Karya Hebat ini.

Macam kita tahu, producer drama ini adalah pelakon hebat Jung Woo Sung, jadi ramai lah tanya sebab apa diapilih karya ni. Jadi dibawah ini adalah komen dari Jung Woo Sung sendiri dalam temubual dengannya.

The Silent Sea ialah siri berdasarkan filem pendek pengarah Choi Hang-yong dengan nama yang sama, yang menerima banyak pujian di Festival Filem Pendek Mise-en-scène ke-13 pada tahun 2014. Pelakon Jung Woo-sung terpesona dengan cerita ini yang Choi telah mencipta lebih sedekad.


“Saya suka idea-idea hebat di sebalik cerita itu. Saya mahu terlibat dalam mencipta siri sci-fi yang unik Korea,” kata Jung, yang penyertaannya dalam produksi siri itu telah mendapat banyak perhatian.


Menyertai Bae Doona dan Gong Yoo dalam siri sains fiksyen baharu ini ialah Lee Joon, Kim Sun-young, Lee Mu-saeng dan Lee Sung-wook. Dengan pelakon yang hebat serta jalan cerita yang sengit dan menegangkan, The Silent Sea bersedia untuk menjadi filem dan siri akhir yang hebat pada tahun 2021.

Akhir Kata.

Bagi aku drama ini memang lain dari yang lain. Sudah pasti bajetnya juga sangat besar kerana ia melibatkan kos prop dan lain-lain. Di tambah pula dengan kehadiran pelakon -pelakon hebat yang lain menjadi drama ini sebagai drama yang mesti di tonton.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton drama best ini pada 24 Disember 2021 ini tau. Aku yakin drama ini akan trending seperti drama squid game tu. hehe

Selamat menonton.

Post a Comment

Previous Post Next Post