Drama Second Husband Lakonan Uhm Hyun Kyung (2021). Hai korang, hari ini aku nak kongsikan sebuah lagi drama yang sedang di tayangkan iaitu drama the second husband. Drama ini mempunyai banyak episod dan ia mengambil masa yang agaklama untuk dihabiskan. Untuk pengetahuan korang drama ini mengambil alih slot waktu tayangan pada hari Isnin hingga Jumaat. Ia juga menggantikan drama A good supper yang telah selesai tayangnya. Jom kita baca info tambahan untuk drama second husband ini di bawah ya. 


Drama Second Husband Lakonan Uhm Hyun Kyung (2021)


Drama Second Husband Lakonan Uhm Hyun Kyung (2021)

Drama second husband ini merupakan drama yang berasal dari korea selatan. Drama ini sedang hangat ditayangkan sebab banyak konflik yang dilalui oleh pelakon dalam drama ini.

Memiliki 120 episod, aku rasa nilah yang paling banyak episod setakat ini yang pernah aku update untuk korang kan.

Drama ini mula bersiaran pada  Ogos 2021 dan dijangka akan tamat tayangnya pada 3 febuari 2022 nanti.

Ia juga ditayangkan pada setiap hari isnin selasa, rabu dan khamis setiap minggu tau di saluran MBC. Setiap episod hanya berdurasi 30 minit sahaja.

untuk rating umur penonton pula, drama ini sesuai untuk ditonton oleh penonton berusia 15 tahun ke atas sahaja. kalau korang nak tahu, drama ini bergenre romantik, drama dan kekeluargaan.

Kalau korang nak tengok drama ni, korang boleh tonton di saluran MBC ataupun di laman web online yang ada yer. aku tak sure kalau dalam Astro ada tak drama ini. tak pa! nanti aku update semula ya.

Seperti biasa, aku selalu kongsikan entri sebelum ini yang mana aku dah kemaskini entri pasal drama sponsor. tajuk drama tu sponsor tau. hehe nanti korang salah baca pula hehe. drama ni best tau. kalau korang nak baca sinopsis dria, boleh baca di link yang aku dah kongsikan tu ya.

Sinopsis drama second husband.

Jom kita baca sinopsis drama second husband ni ya. drama ini mengisahkan tentang  Bong Seon Hwa dan keluarganya yang memiliki sebuah syarikat gula-gula. 

Dia mengalami zaman kanak-kanak yang malang, tetapi kerana keperibadiannya yang kuat dan positif, dia bangkit. Membesar di kawasan kejiranan yang sama dia mempunyai hubungan yang lama dengan Moon Sang Hyuk. 

Tetapi, apabila dia kehilangan keluarga secara tidak adil akibat tragedi yang tidak disangkakannya.Sebab itulah dia berjanji untuk membalas dendam dalam nasib dan cinta yang bercampur aduk.

Sun-Hwa  telah menyukai dan bercinta dengan Sang-Hyeok selama bertahun-tahun dan mereka mempunyai seorang bayi, tetapi Sang-Hyeok mempunyai hubungan sulit dengan Jae-Kyung ), yang bapanya menjalankan syarikat gula-gula. 

Demi cita-cita peribadinya, Sang-Hyeok membuang Sun-Hwa dan bayi mereka. Memburukkan keadaan Sun-Hwa, bayinya meninggal dunia dan dia dituduh membunuh. 

Sun-Hwa kemudian bertemu dengan Jae-Min (Cha Seo-Won), yang merupakan abang tiri Jae-Kyung. Dia jatuh cinta dengan Sun-Hwa.

Apakah kesudahan hidup seon hwa? adakah dia akan mendapatkan kembali syarikat milik keluarganya itu? sama-sama kita nantik

senarai pelakon drama second husband

Untuk pengetahuan korang, drama ini diarahkan oleh seo hyun joo. Pelakon utama untuk drama ini pula adalah Uhm Hyun Kyung, Cha Seo Won, Oh Seung Ah dan juga Han Ki Woong.

Untuk pelakon pembantu pula kita ada ramai pelakon seperti ji soo won, cheon yiseul dan kang yoon. Selain itu, kita juga ada pelakon jung sung mo, kim seong hee dan juga lee hwi hyang.

Tambahan pula, kita juga ada pelakon kim hee jung, shin  woo gyum dan jun in taek. Oh ya,kita juga ada pelakon lee ho sung, pelakon sung byung sook, lee kan hee dan juga choi ji yeon tau.

Untuk cameo dalam drama ini, kita ada pelakon Alex, kemudian kita ada lee sang sook dan juga kim hye won dalam drama ini.

watak-watak

Bagi watak-watak yang dilakonkan pula, pelakon uhm hyun kyung membawa watak sebagai sharon dan juga bong seon hwa. 

Dia merupakan seorang gadis yang rajin dan positif, tetapi kerana keadaan yang memaksa berjanji untuk membalas dendam.

Seon Hwa mempunyai seorang anak selepas hubungan cinta yang lama dengan Moon Sang-hyeok, tetapi kehilangan anak itu kerana pengkhianatannya dan dijebak untuk pembunuhan

Pelakon cha seo won pula membawa watak sebagai yoon jae min. dia merupakan anak kepada Yoon Dae-gook dan Joo Hae-ran, Dae-gook ialah pengerusi sebuah syarikat gula-gula. MBA dari Amerika Syarikat.

Dia mempunyai keinginan untuk  menjadi penyanyi, tetapi bergaduh dengan ibu bapanya kerana kerjaya.

pelakon oh seung ah pula membawa watak sebagai yoon jae kyung. watak Kakak tiri Jae-min, anak tidak sah taraf pengerusi syarikat gula-gula. Dia tidak teragak-agak untuk melakukan apa sahaja untuk memenuhi cita-citanya.

Pelakon han ki woong membawa watak sebagai moon sang hyuk tau. Dia ni pula merupakan bekas kekasih Seon-hwa, seorang lelaki yang tidak berhati perut yang meninggalkan kekasih dan anaknya demi kejayaan

Untuk pelakon pembantu pula, pelakon ji soo won membawa watak sebagai joo hae ran dan pelakon cheon yi seul sebagai moon sang mi.

Selain itu, pelakon kang yoon sebagai kim soo cheol dan pelakon jungsung mo pula membawa watak sebagai yoon dae guk.

Kemudian kita ada pelakon kim seong hee sebagai mi jeong dan pelakon lee hwi hyang pula membawa watak sebagai park kyung hye.

Tambahan pula, pelakon kim hee jung sebagai jung bok soon. Manakala pelakon shin woo gyum melakonkan watak sebagai bae seo joon.

Kita juga ada pelakon lee ho sung sebagai bae bong bong dan watak penting dalam drama ini juga dimainkan oleh pelakon sung byung sook sebagai gop gun iaitu nenek kepada seon hwa.

Yang terakhir, pelakon lee kan hee sebagai ok kyung yi dan pelakon choi ji yeon sebagai yang mal ja.

penutup

Akhir sekali, ramai juga yang menonton drama ini tau. setiap hari akan ada episod baru jadi tak rasa lama sangatlah kalau menunggu kan. sekarang ini pun dah makin berada di puncak plot untuk jalan cerita drama ini.

Namun begitu, ramai juga yang tak puas hati sebabnya drama ini ada banyak episod, tapi waktu tayangannya hanya 30 minit. jadi ada juga yang rasa tak berbaloi tapi di sebabkan jalan cerita yang menarik jadi mereka tetap tengok.

peminat setiap mereka pun tidak mahu lepaskan peluang untuk menonton sehingga habis episod yang di tayangkan. ramai yang beri komen positif untuk drama second husband ini sebabnya jalan cerita yang menarik.

Yang paling penting sebab lakonan para pelakon yang nampak real dan tidak dibuat-buat menjadikan emosi penonton turut merasai dan menjiwai lakonan para pelakon dalam drama ini.

Jadi, aku rasa korang pun kena tengok drama ini sampai habis dan jangan terlepas tau walaupun satu episod.

Selamat menonton.

Post a Comment

Previous Post Next Post