Drama Korea Terbaru Sponsor Lakonan Lee Ji Hoon. Drama yang bakal keluar pada awal tahun 2022 akan menampilkan barisan pelakon mantap. Pelakon utama di dalam drama Sponsor ini adalah pelakon tampan Lee Ji Hoon bersama dengan pelakon cantik Han ChaeYoung. Gandingan pelakon yang mantap ini adalah pertama kali di dalam drama terbaru ini iaitu Sponsor.

Drama yang mengisahkan empat orang yang sanggup lakukan apa sahaja untuk dapatkan apa yang ingin dimiliki.


Drama Korea Terbaru Sponsor Lakonan Lee Ji Hoon


Drama ini telah keluarkan dua poster pelakon drama ini iaitu yang pertama adalah Lee Ji Hoon dan Han Chae Young dan satu pasangan lagi adalah Lee Ji Hoon dan Ji Yi Soo.

Sponsor adalah drama yang dinanti-nantikan , yang sepatutnya keluar pada tahun ini namun terpaksa ditangguhkan sehingga awal tahun 2022.

SINOPSIS PENUH DRAMA SPONSOR ~

Menceritakan tentang Lee Sun Woo (Lee Ji Hoon) yang bekerja sebagai jurugambar dan editor di sebuah syarikat majalah yang popular.

Lee Sun Woo adalah seorang yang mempunyai senyuman yang menawan dan seorang yang gentle lemah lembut namun dia mempunyai pengalaman yang sangat perit.

Disebabkan pengalaman masa lalu , dia sangat-sangat mahu membalas dendam pada pelaku yang menyebabkan sesuatu terjadi itu.

Han Chae Rin (Han Chae Young) merupakan seorang CEO bagi satu syarikat kosmetik dan beliau seorang yang kaya raya dan mempunyai apa sahaja.

Han Chae Rin juga memiliki rupa yang sangat cantik , beliau seorang yang bercita-cita tinggi dan jenis yang akan dapat apa sahaja yang dia mahukan.

Park Da Som (Ji Yi Soo) adalah merupakan artis yang sedang meningkat naik , beliau juga seorang yang bercita-cita tinggi dan sanggup lakukan apa sahaja untuk mendapat popularity.

Beliau mempunyai seorang anak lelaki yang menghidap penyakit misteri dan dia berusaha untuk melindungi dan merawat anaknya itu.

Park Da Som berkahwin dengan Hyun Seung Hoonn (Koo Ja Sung) yang mahu menjadi model tetapi di kecewa dengan reality yang terjadi.

Drama romance di antara empat orang , lelaki dan perempuan yang sedang berlari untuk mencapai sesuatu yang ingi dimiliki dan kearah keinginan yang berbeza.

Sponsor 2022 memaparkan tentang kejayaan , dendam , anak dan cinta yang terjadi di antara empat tunggak utama .

 

PELAKON-PELAKON DRAMA SPONSOR 2022

Drama Sponsor 2022 ini merupakan drama diterajui oleh empat tunggak utama iaitu Lee Ji Hoon yang membawa watak sebagai Lee Sun Woo.

Lee Ji Hoon terkenal dengan watak-watak kedua dalam drama –drama beliau namun kali ini beliau membawa watak utama.

Drama ini juga diterajui oleh pelakon cantik iaitu Han Chae Young yang mana nama beliau sudah tidak perlu diceritakan lagi.

Popular dengan gelaran “Korea Barbie Doll” , beliau juga merupakan pelakon hebat yang popular dengan drama Sassy Girl , Autumn in My Heart dan banyak lagi.

Pelakon wanita Ji Yi Soo merupakan pelakon yang baru debut pada tahun 2015 dan merupakan pelakon yang beketinggian 176cm.

Beliau juga merupakan pelakon di dalam drama hit pada 2019 iaitu When The Camellia Blooms sebagai watak Jessica.

Koo Ja Sung melakonkan watak Hyun Seung Hoon di dalam drama Sponsor ini , beliau adalah pelakon yang berusia 30 tahun.

Beliau juga merupakan pelakon baru yang debut pada 2017 dan juga pernah membintangi drama hit JTBC 2020 iaitu Was It Love ? sebagai Oh Yeon Woo.

Drama Sponsor ini juga dibantu oleh pelakon cantik Kim Yun Seo , beliau membawa watak sebagai Hyung Seung Ji.

Pelakon senior Park Geun Hyung juga berlakon di dalam drama ini dan beliau membawa watak sebagai Pengerusi Kim

Pelakon Legend Kim Jeong Tae juga membawa watak David Kim di dalam drama Sponsor 2022 ini.

Watak Joo Ah di dalam drama Sponsor 2022 ini dibawa oleh pelakon wanita Lee Yoon Mi.

Pelakon –pelakon di dalam drama Sponsor 2022 ini menjaminkan drama ini tidak seperti drama yang lain.

PROFIL PENUH DRAMA SPONSOR 2022

Tajuk penuh drama ini adalah Sponsor (스폰서) yang akan bersiaran di siarang iHQ. Drama Sponsor ini mempunyai 12 episod keseluruhannya , biarpun tidak seperti drama lain.

Selalunya drama Korea mempunyai 16 episod namun pastinya drama ini mempunyai keunikannya sendiri apabila mempunyai hanya 12 episod.

Drama Sponsor ini diarahkan oleh pengarah hebat Kwak Ki Won manakala penulis untuk drama ini adalah Park Kye Hyung.

Untuk pengetahuan korang , drama ini sepatutnya release pada tahun ini tetapi drama ini terpaksa ditangguhkan pada tahun depan.

Drama ini juga akan bersiaran pada setiap hari Isnin dan Selasa pada jam 10 :30 malam waktu Korea, dekat Malaysia jam 9:30 malam.

Sponsor 2022 ini akan keluar pada tarikh bulan February 2022 di mana tarikhnya akan kita ketahui dalam masa terdekat.

Drama ini bergenre kan thriller , romance dan drama so korang yang mana suka drama yang heavy-heavy dan main perasaan kenalah layan drama ini.

Drama Sponsor ini juga menfokuskan pada mengatasi kepayahan dan keperitan kehidupan yang dilalui oleh seseorang.

Di samping itu , drama ini juga menfokuskan pada kerja keras pelakon lelaki utama  dan pelakon wanita utama.

Drama yang memaparkan tamat , sakit , berkaitan modeling dan jurugambar dipaparkan dalamd rama Sponsor 2022.

REVIEW DAN KOMEN MENGENAI DRAMA YANG BAKAL DITAYANGKAN INI

Biarpun drama ini masih lagi tidak ditayangkan namun ramai penonton drama sudah memberi komen mengenai drama ini.

Antara komennya adalah akhirnya Lee Ji Hoon ! , seperti kita tahu yang Lee Ji Hoon jarang mempunyai watak yang menjadikan beliau watak utama.

Komen lain adalah tidak sabar untuk melihat Lee Ji Hoon sebagai watak utama ini merupakan komen dari peminatnya.

Dari pelakon pembantu di dalam drama School 2013 kepada pelakon utama drama Sponsor 2021 , ia merupakan jalan yang panjang buat Lee Ji Hoon.

Ramai sangat seronok dan happy apabila Lee Ji Hoon akhirnya mendapat watak utama setelah lama beliau berlakon.

Peminat Lee Ji Hoo juga menangis apabila mengetahui yang beliau mendapat watak utama di dalam drama Sponsor ini.

 

KATA-KATA AKHIR

Drama yang pastinya akan membuatkan jantung kita tidak slow dengan watak –watak jahat ditambah dengan jalan cerita yang mantap.

Jalan cerita drama ini pastinya 100% lain dari drama-drama Korea yang lain so korang patut tengok sampai habis drama ini.

Gandingan pelakon lelaki yang tampan dan pelakon wanita yang cantik pastinya dapat menarik lebih ramai lagi untuk melihat drama ini.

Drama Sponsor ini akan keluar pada bulan Februari 2022 so jangan lupa ok , Selamat Menonton ya korang!.

Post a Comment

Previous Post Next Post