Drama Terbaru Ghost Doctor 2022 Lakonan Rain Dan Kim Bum. Drama yang dinanti-nantikan akhirnya akan keluar pada 3 january 2022. Drama Ghost Doctor ini merupakan drama yang menampilkan pelakon tampan Rain dan Kim Bum sebagai tunggak utama. Drama Ghost Doctor ini akan ditayangkan di saluran tvN dan menceritakan tentang kisah reality kehidupan doctor. 


Drama Terbaru Ghost Doctor 2022


Drama ini merupakan drama comeback dari Rain yang tidak berlakon drama selama 2 tahun dan beliau akan berlakon sebagai doctor yang bijak.

 

SINOPSIS DRAMA GHOST DOCTOR 2022

Menceritakan tentang Cha Young Min (Rain) yang merupakan seorang doctor yang bijak namun dia seorang sombong dan berlagak.

Suatu hari, beliau telah terlibat dengan satu kes yang tidak dijangka dan disebabkan itu , dia dirasuk roh doctor lain iaitu Seong Tak.

Kedua-dua doctor ini sangat bertentangan dengan personality dan kebolehan perubatan yang bertentangan.

Cha Young Min ini sangat sombong dan hati sejuk yang hanya pentingkan kerjayanya sahaja, beliau tidak kisah mengenai cerita peribadi penyakit dia.

Manakala Seong Tak pula seorang doctor residen yang paling bertuah dan terkaya , datuknya adalah pengasas hospital Myung Shin dan ibunya pengerusi hospital itu.

Disebabkan tidak mahu menjadi doctor yang baik , beliau dirasuk oleh dua hantu doctor yang mempunyai latar belakang yang berbeza antara satu sama lain.

PROFIL PENUH DRAMA GHOST DOCTOR 2022

Tajuk drama ini adalah Ghost Doctor yang mana tulisan Koreanya adalah 고스트 닥터 sebutannya adalah Goseuteu Dagteo atau Goseuteu Dakteo.

Pengarah drama Ghost Doctor adalah Boo Sung Chul yang juga merupakan pengarah popular yang mengarahkan drama hit Your Honor , Our GabSoon , The Heirs , Mask dan banyak lagi.

Penulis drama Ghost Doctor ini merupakan penulis yang sama menulis drama pada 2017 juga untuk saluran TvN iaitu Live Up To Your Name.

Drama Ghost Doctor ini akan rilis pada 3 January 2022 sehingga 22 Februari 2022 dan ditayangkan selama satu jam.

Bersiaran setiap hari Isnin dan Selasa jam 10:30 jam Korea dan juga drama ini mempunyai 16 episod keseluruhannya.

PELAKON –PELAKON MEMBARISI DRAMA GHOST DOCTOR 2022

Drama Ghost Doctor ini memaparkan tentang Cha Young Min yang dilakonkan oleh Rain manakala Kim Beom membawa watak Go Seung Tak.

Selain mereka berdua drama ini juga dibarisi oleh pelakon cantik dan popular iaitu Uee After School yang membawa watak Jang Se Jin.

Selain Uee, Son Na Eun dari kumpulan Apink yang membawa watak Oh Soo Jung disamping itu , pelakon Seo Ji Young juga berlakon di dalam drama ini sebagai Ko Sung Hye.

Pelakon kacak Kim Jae Yong juga membarisi line up drama Ghost Doctor ini sebagai Lee Seon Ho sebagai watak pembantu.

Pelakon veteran yang cukup popular juga berlakon di dalam drama ini iaitu Sung Dong II yang mana wataknya masih tidak diketahui.

Ahn Tae Hwan yang juga pelakon meningkat naik akan membawa watak Kim Jae Won dalam drama Ghost Doctor ini.

Pelakon manis Yoon Da Kyung membawa watak yang bernama Sung Mi Ran manakala pelakon bernama Tan membawa watak Hoon Gil.

Son Seung Taek yang pelakon yang dikenali juga akan membawa watak cameo sebagai Cadaver Ghost.

INFO PELAKON UTAMA

Untuk Info Rain merupakan seorang penyanyi yang popular di Korea dan juga pelakon popular dengan drama yang hit Full House.

Rain atau nama sebenar Jung Ji Hoon merupakan suami kepada pelakon wanita yang paling cantik di Korea iaitu Kim Tae Hee.

Rain popular dengan lagu Gang, Rainism , Bad Guy , Switch To Me yang berkolaborasi dengan mentor beliau JYP atau dikenali Park Jin Young.

Kim Bum juga merupakan seorang penyanyi yang debut pada 2006 dan beliau pernah masuk rancangan Survival Star Audition.

Beliau dikenali dengan drama sitcom High Kich ! dan semakin dikenali dengan drama hit Boys Over Flowers dan drama Padam Padam pada 2011.

Setiap tahun KimBum akan muncul dengan drama baru contohnya pada tahun 2020 Tale Of The Nine Tailed dan pada 2021 dengan Law School.

Uee juga dikenali sebagai penyanyi yang menjadi pelakon , lakonan Uee mendapat pujian setiap kali drama yang beliau lakonkan ditayangkan.

Beliau dikenali dengan drama My Contracted Husband , Mr Oh dan juga Marriage Contract dan drama panjang My Only One.

NaEun nama yang disebut-sebut sebagai rising star dalam dunia lakonan apabila lakonan beliau dalam beberapa drama terakhir beliau mendapat pujian.

Na Eun tidak hanya popular sebagai pelakon namun juga sangat dikenali dengan kumpulan idol popular Apink.

Apink mempunyai banyak lagu-lagu hit seperti Mr Chu , LUV , I’M So Sick , NoNoNo dan banyak lagi lagu popular mereka.

Dari info-info ini kita dapat lihat yang keempat-empat tunggak utama ini  mempunyai pesamaan iaitu mereka adalah penyanyi.

Drama ini sangat ditunggu –tunggu kerana pelakon drama ini merupakan nama-nama yang cukup popular di hanya di Korea.

REVIEW DAN KOMEN-KOMEN DARI PEMINAT DRAMA

Biarpun drama ini belum lagi dirilis ia sudah menjadi sebutan peminat drama Korea jadi jom kita baca serba sedikit mengenai komen dari peminat drama Korea.

Drama ini sepertinya drama yang sangat menarik , komen dari peminat drama adalah nampaknya seronok tak sabar nak tengok ni :D.

Lakonan Uee yang tidak sabar untuk dilihat oleh peminatnya mereka mengatakan Saya sangat suka uee dia sangat baik dalam "cinta Hogu" dan banyak projek lain.

Saya sangat gembira kerana dia dapat berkongsi skrin dengan Rain !! Semoga berjaya Uee untuk drama ini.

Rain juga dikenali dengan drama yang komedi dan fantasy so ramai sangat tidak sabar untuk melihat , Saya harap ini akan menjadi menyeronokkan. Hujan terus bermain dalam drama yang unik haha.

Dalam Welcome2Life dia akan berundur ke kehidupan silih berganti dan dalam Come Back Mister orang lain masuk badan dia haha.

Peminat after school dan apink juga tidak sabar melihat drama ini kerana Saya datang ke sini untuk Uee sebab sudah lama sejak drama terakhir dia.

Saya telah menjadi peminat dia dan Nana jadi saya harap mereka boleh mendapat lebih banyak karya dan pemutus.

 Juga, ada Naeun di sini juga omg saya tidak sabar! dia meninggalkan playM jadi saya rindu melihatnya di skrin dan dia mesti mahu lebih fokus menjadi seorang pelakon.

Drama Ghost Doctor ini menjadi pilihan dari penonton untuk 2022 , Harapan yang tinggi untuk ini....sudah lama tidak berjumpa dengan Rain,

tetapi saya hanya mengharapkan percintaan hangat antara Kim Bum dan Naeun, pls pls saya perlukan ini untuk berlaku atau saya akan menjadi gila!

KATA-KATA AKHIR

Drama Ghost Doctor ini akan bersiaran pada 3 January ini taw korang jangan lupa layan taw pada jam 10:30 Malam.

Selamat menonton !!

 

Post a Comment

Previous Post Next Post