Drama Korea Inspector Koo 2021. Drama yang korea terbaru iaitu Inspector Koo yang menggantikan drama Lost yang berakhir pada awal bulan November. Drama Inspector Koo ini merupakan drama yang ditayangkan di saluran JTBC lakonan pelakon hebat Lee Young Ae. Pada May tahun ini , wakil Lee Young Ae telah mengesahkan bahawa beliau akan membintangi drama terbaru yang bergenre romantic komedi.


Drama Korea Inspector Koo 2021


Drama ini pada mulanya dinamakan Koo Kyung dipermulaan sebelum tajuk yang sebenar adalah Inspector Koo.

Pelakon veteran Lee Young Ae cukup popular di Korea malah di luar Korea beliau dikenali sebagai Jang Geum.

SINOPSIS DRAMA INSPECTOR KOO 2021

Drama yang menceritakan mengenai Koo Kyung Yi (Lee Young Ae) yang berumur dalam 40an dan merupakan seorang bekas anggota polis.

Sekarang beliau bekerja sebagai penyiasat insurans dan private detektif , dengan kepandaian dan gerak hati yang terbaik , beliau dapat selesaikan banyak kes.

Satu kes pembunuhan bersiri berlaku dan Koo Kyung Yi berusaha untuk menangkat pembunuh itu yang merupakan seorang perempuan dan juga pelajar university.

Pelajar university ini juga merancang pembunuhan yang tanpa sengaja untuk menipu wang insurans yang dijualnya.

Adakah kes pembunuhan bersiri ini dapat diselesaikan ? dan apakah kejadian kelakar yang terjadi semasa Koo Kyung Yi yang sedang menyiasat.

 

PROFIL DRAMA INSPECTOR KOO 2021

Drama ini bertajuk Inspector Koo dan di dalam tulisan Korea adalah 구경이 disebut sebagai Kookyungyi.

Drama ini telah pun bersiaran pada bulan Oktober iaitu pada 30 Oktober 2021 dan berakhir pada 12 December 2021.

Pengarah untuk drama hebat ini adalah Pengarah hebat iaitu Lee Jung Heum yang juga telah mengarahkan drama popular Nobody Knows dan drama Falsify.

Drama Inspector Koo adalah drama yang ditayangkan  pada setiap hari Sabtu dan Ahad pada jam 10 : 30 malam.

Penulis untuk drama ini adalah penulis Sung Cho Yi manakala genre drama ini adalah Action , Thriller , komedi dan misteri.

Drama ini ditayangkan pada selama 1 jam 10 minit di saluran JTBC dan Netflix dengan sebanyak 12 episod keseluruhannya.

INFO DRAMA INSPECTOR KOO 2021

Jalan cerita drama ini mengenai inspector insurans yang merupakan bekas anggota polis dan karakternya adalah seorang yang sentiasa untuk menyelesaikan kes.

Di saluran JTBC drama ini mendapat rating yang sangat rendah dan ramai berpendapat kerana ramai melihat drama ini melalui Netflix berbanding JTBC.

Drama ini merupakan drama lakonan pertama pelakon Lee Young Ae setelah 4 tahun berehat dari industry lakonan.

Ramai tidak sabar untuk melihat kemunculan kembali pelakon veteran Lee Young Ae yang popular di dalam drama Dae Jang Geum dan Saimdang.

PELAKON – PELAKON PEMBANTU DRAMA INSPECTOR KOO 2021

Inspector Koo merupakan drama yang dibarisi oleh ramai pelakon –pelakon hebat seperti Lee Young Ae yang melakonkan watak sebagai Lee Young Ae.

Selain itu, pelakon senior yang turut membintangi drama ini adalah actress Kimm Hae Sook yang membawa watak Yong Sook.

Pelakon sebagai pembunuh bersiri dan juga pelajar university adalah Kim Hye Jun yang wataknya bernama K @ Song Yi Kyung.

Pelakon pembantu lain adalah pelakon cantik Kwak Sun Young dan pelakon kacak Cho Hyun Chu yang masing-masing membawa watak Na Je Hui dan Oh Gyeon Su.

Kedua-dua mereka wataknya adalah pekerja di NT Life Insurance , juga membarisinya adalah pelakon hebat Bae Hae Sun yang wataknya adalah Jung Jeong Yeon.

Pelakon tampan Baek Sung Chul melakonkan watak Santa manakala Choi Young Joon nama wataknya adalah Jang Seong U.

Watak kanak-kanak Song Yi Kyung dibawakan oleh Jeong Seo A manakala watak ibu kepada Song Yi Kyung adalah Park Ye Ni.

Pelakon senior Jung Suk Young , Choi Dae Chul membawa watak Ketua Bahagian Kumpulan Yong Sook dan Heo Seong Tae.

Pelakon tampan Park Ji Bin membawa watak Heo Hyeon Tae manakala pelakon sebagai budak kecil di hospital adalah Lee Chae Hyun.

Watak keluarga Na Je Hui adalah Na Jong Jun yang dilakonkan oleh Jeong Jong Jun manakala watak budak perempuan Nana dilakonkan oleh cilik Choi So Yool.

Bagi kes Kim Min Gyu di dalam drama ini dibawakan oleh pelakon Kim Gang Hyun dan Park Ye Young , watak mereka adalah Kim Min Gyu dan Yoon Jae Young.

Pelakon cilik di dalam drama ini yang seterusnya adalah pelakon Ahn Tae Rin yang membawa watak Kim Seon Mi.

Pelakon popular Kim Soo Roo juga membintangi drama ini dengan membawa watak Ko Dam manakala Park Sung Young dan Kam Rye In adalah KD Makmal Peace.

Untuk kes Bongbaek Sekolah Perempuan , pelakon Lee Han Joo membawa watak Kim Yeong Ju manakala watak ahli kelab drama dilakonkan oleh Choi Da Eum.

KOMEN-KOMEN DARI PENONTON DRAMA INSPECTOR KOO 2021

Drama inspector Koo ini baru sahaja tamat keseluruhan pada 12 december yang lalu dan ramai yang sudah melihat drama ini  jadi jom kita tengok komen merea .

Antaranya adalah  mereka sangat menyukai Lee Young Ae mereka mengatakan Wah, sungguh luar biasa dan menarik. Pelakon pujaan saya jang geum dalam permata di istana.

Peminat drama ini tidak sabar untuk musim 2 drama ini , Harapan untuk s2. Siri yang sungguh menakjubkan.

Sesetengah adegan mungkin agak kelakar tetapi ia menjadikan persembahan ini lebih menyeronokkan haha.

Sinematografi yang begitu bagus, watak yang menarik, ost dan plot yang hebat. Saya akan beri 9/10 untuk keseluruhan. Serius saya perlukan s2 untuk siri ini pleaseeee

Sangat enjoy dengan drama ini , mereka mengatakan Sangat menikmati drama ini! Ia tidak seperti kdrama lain yang pernah saya tonton sebelum ini dan saya suka runut bunyinya!

Komen lain adalah Karya agung. JTBC sedang menghasilkan rancangan thriller berkualiti tinggi, runut bunyinya juga sempurna.

Karya yang tebak dari JTBC , Karya agung. JTBC sedang menghasilkan rancangan thriller berkualiti tinggi, runut bunyinya juga sempurna.

Pelik betul drama ni, itu perkara pertama yang terlintas di fikiran saya! :) Ia luar biasa tetapi sangat segar, watak-wataknya sangat pelik sehinggakan anda tidak sangka mereka boleh bekerjasama,

tetapi kimianya sangat bagus, walaupun mereka tidak bertemu langsung. Drama ini adalah misteri yang besar, terlalu banyak jenayah semuanya, ia mengelirukan tetapi tidak sampai ke tahap untuk

berputus asa, sebaliknya, ia membuatkan anda ingin mengetahui apa yang sebenarnya berlaku di sebalik tabir.

KATA AKHIR

Drama ini telah berakhir jadi korang boleh layan dah sebab drama ini tidak banyak episode so dijamin korang agak gelak je

Selamat menonton.

Post a Comment

Previous Post Next Post