Profil Penuh Drama Korea The All Round Wife 2021. Drama yang memaparkan tentang kekeluargaan dan percintaan akhirnya ditayangkan the all rounder wife. Drama terbitan KBS1 yang sedang menemui penonton yang bertajuk The All Round Wife 2021. The All Round Wife adalah drama yang sedang ditayangkan di saluran Korean Broadcasting Sysem bermula Oktober 2021.
  Drama ini merupakan drama yang dibintangi oleh
    Han Da Gam , Han Sang Jin dan
    Pelakon cilik Kim Tae Yeon yang merupakan tunjak utama drama The All Round
    Wife.
  
  Drama ini sangat berlainan dari drama yang lain dan memaparkan kisah
    tentang bagaimana seorang isteri yang bekerja selama 12 tahun untuk mencapai
    sesuatu namun pelbagai dugaan hadir.
SINOPSIS PENUH DRAMA THE ALL ROUND WIFE 2021
  Drama yang mengisahkan tentang seorang isteri yang bernama Seo Cho Hee (Han
    Da Gam) yang bekerja sebagai eksekutif akaun (AE) di sebuah syarikat
    pengiklanan.
  Seo Cho Hee telah bekerja di sana selama 12 tahun lamanya , dia mempunyai
    target iaitu untuk membeli apartment di kawasan Gangnam ,Seoul.
  Apartment di kawasan sangat berharga agak tinggi jadi dia mula mengumpul
    duit dari mula dia bekerja sehingga sekarang.
  Sepanjang beliau bekerja keras untuk mengumpul duit dan bekerja keras ,
    pelbagai dugaan yang hadir pada beliau.
  Melalui kesukaran dan dugaan yang beliau hadapai , beliau sedar yang
    kebahagian sebenar adalah dari keluarganya dan bukannya pada sebuah
    apartment.
  Adakah beliau sempat sedar ? Apakah yang dilalui oleh beliau sepanjang
    bekerja dan adakah impian dia itu tercapai dan adakah keluarga beliau ada
    bersama beliau sehingga akhirnya?
  
PROFIL PENUH DRAMA THE ALL ROUND WIFE 2021
  Drama yang ditayangkan sepenuhnya di KBS1 ini diberikan tajuk The All Round
    Wife (2021) serta tulisan korea bagi tajuk ini adalah 국가대표 와이프.
  The All Round Wife 2021 ini turut diberikan beberapa nama lain iaitu
     National Team Wife , National
    Representative's Wife , National Wife , Guggadaepyo Waipeu , Gukgadaepy
    Waipeu.
  Drama ini bergenre melodrama , drama dan juga menfokuskan pada keluarga ,
    ditayangkan bermula 4 Oktober 2021 dan dijangka berakhir pada 18 March
    2022.
  Pengarah bagi drama The All Round Wife 2021 adalah pengarah mantap Choi Ji
    Yeong yang banyak mengarahkan drama seperti That Sun In The Sky dan drama
    hit IRIS.
  Penulis bagi drama ini pula merupakan seorang penulis yang hebat dan
    berbakat iaitu penulis Kim Ji Wan.
  Episod drama The All Round Wife 2021 ini mempunyai 120 keseluruhannya dan
    ditayangkan pada setiap hari Isni , Selasa , Rabu , Khamis dan Jumaat dan
    ditayangkan selama 35 minit.
  Drama The All Round Wife ini merupakan drama yang mengantikan drama Be My
    Dream Family yang  berakhir
    pada bulan September 2021.
  
  
  
  
PELAKON-PELAKON DRAMA THE ALL ROUND WIFE 2021
  Watak utama di dalam drama The All Round Wife ini adalah Seo Cho Hee yang
    dilakonkan oleh actress cantik Han Da Gam.
  Keluarga Seo Cho Hee di dalam drama ini adalah Kang Nam Gu yang merupakan
    suami pada Seo Cho Hee yang dilakonkan oleh Han Sang Jin.
  Manakala anak kepada Seo Cho Hee Dan Kang Nam Gu adalah Kang Ri An yang
    dibintangi oleh pelakon cilik Kim Tae Yeon.
  Keluarga Kang Nam Gu di dalam drama ini ada 2 ahli iaitu Na Sun Deok yang
    dilakonkan oleh pelakon senior Geum Bo Ra manakala seorang lagi adalah Kang
    Seok Gu .
  Watak Kang Seok Gu dalam The All Round Wife adalah dilakonkan oleh pelakon
    tampan Shin Hyun Tak.
  Keluarga Seo Cho Hee pula mempunyai empat orang ahli iaitu Seo Gang Rim ,
    Oh Jang Geum , Oh Poong Geum dan Seo Bo Ri.
  Watak Seo Gang Rim dilakonkan oleh pelakon kacak Shim Ji Ho manakala watak
    Oh Jang Geum dibawa oleh Yang Mi Kyung.
  Pelakon cantik dan hebat berlakon Cho Eun Sook merupakan pelakon yang
    membawa watak Oh Poong Geum manakala watak Seo Bo Ri dibawa oleh Yoon Da
    Young.
  Selain itu, pelakon Jung Bo Min, Oh Yoo Na dan Kim Chae Yoon turut
    membintangi drama ini dengan watak Han Seul A, Choi Sun Hae dan Song pa
    Ran.
  Watak Goong Joo A dan Kim Dong Ha di dalam drama ini dibawa oleh Yu Ju dan
    pelakon kacak Lee Myung Joon.
  Watak keluarga No Won Joo di dalam drama ini dibawakan oleh pelakon manis
    Joo Hyang Gi yang wataknya adalah No Woon Jo.
  Shin Seung Hwan membawa watak suami pada No Won Joo yang bernama Bang Hyung
    Do manakala actress cilik Lee Chae Bin membawa watak anak kepada mereka yang
    bernama Bang Sa Rang.
  Syarikat Com2Me didalam drama The All Round Wife ini mempunyai lebih dari 4
    watak yang bakal muncul .
  Pelakon senior Kim Deok Hyun membawa watak Go Sung Man manakala pelakon
    tampan Han Jung Woo membawa watak Yang Jae Min di dalam Syarikat Com2Me.
  Watak perempuan di dalam syarikat ini dibawa oleh Kim Ga Ran yang berlakon
    sebagai Yeo Ui Kyung manakala Kim Jae In dan Han So Hyun masing-masing
    membawa watak Gu Roo Mi dan Lee Mae Ri.
  Pelakon tampan dan hebat Ahn Jung Ho turut membintangi drama ini wataknya
    Ok Su Hyun manakala pelakon Moon II Taek dan Kim Na On membawa watak Moon
    Jung Kyu & Oh Geum Sung.
  
KOMEN-KOMEN DARI PENONTON SETIA DRAMA ALL ROUND WIFE 2021
  Drama ini sudah ditayangkan sebanyak 54 episod setakat hujung bulan
    December ini dan ratingnya di Korea sangat tinggi jadi jom baca sedikit
    komen mengenai drama ini.
  Drama ini kebanyakannya mempunyai komen yang kurang memuaskan antaranya
    adalah memboringkan , Saya telah menonton drama KBS sejak 2008, ini adalah
    yang paling teruk.
  Sangat membosankan saya tidak boleh menontonnya lagi. Apa yang boleh saya
    katakan ialah terima kasih kerana berehat tidak menyiarkan episod
    baharu.
   Tidak pernah melihat ramai
    ahli keluarga yang bodoh dalam satu drama sebelum ini dam terlalu ramai
    orang bodoh. 
  Kesilapan penulis, drama yang mengerikan. Saya sudah selesai dengannya.
    Sangat berharap ia selesai lebih cepat daripada jangkaan supaya mereka
    menyiarkan sesuatu yang lebih baik. 
  Masa untuk mengikuti Netflix buat masa ini.
  Drama ini juga mendapat komen positif iaitu Suka melihat pelakon Shim
    JiHo....pelakon yang hebat dan memang hebat.....harap dapat melihat lebih
    ramai lagi dalam episod akan datang
  
KATA – KATA AKHIR
  Drama ini mempunyai 120 episod keseluruhannya jadi di awal drama ini
    pastinya agak memboringkan jadi banyak komen negative dari positif.
  Namun korang tengoklah dahulu , mungkin selepas klimaks drama ini agak
    bertukar menjadi lebih seronok.
  Banyak pengajaran yang boleh kita perolehi dari drama ini so korang jangan
    lupa tonton.
  
  
  

Post a Comment