Drama Lee Je Hoon Move To Heaven 2021. Drama lakonan Lee Je Hoon yang ditayangkan bersama dengan drama Taxi Driver adalah Move To Heaven. Lakonan Lee Je Hoon sering ditunggu peminatnya , drama Move To Heaven adalah drama terbitan Netflix.

Drama Move to heaven adalah drama yang mengenai hidup dan mati , memaparkan kisah kehidupan seorang penghidap Sindrom Asperger.


Drama Lee Je Hoon Move To Heaven 2021




Tidak hanya dibarisi oleh Lee Je Hoon drama ini juga dibarisi oleh ramai pelakon lelaki dan wanita yang sangat berbakat.

SINOPSIS DRAMA MOVE TO HEAVEN 2021

Mengisahkan tentang Geu Ru (Tang Joon Sang) yang merupakan penghidap Sindrom Asperger yang berusia 20 tahun.

Dia bekerja dengan syarikat business ayahnya iaitu ‘Move to Heaven”, kerja mereka adalah menyusun barang yang ditinggalkan orang yang sudah meninggal dunia.

Satu hari Ayah Geu Ru meninggal dunia dan beliau tinggal berseorangan tetapi tiba-tiba pak cik beliau muncul di hadapan dia , pak cik Sang Gu (Lee Je Hoon)

Sang Gu seorang yang sangat dingin , belia merupakan ahli bela diri yang bertarung secara underground.

Dia dimasukkan kedalam penjara kerana sesuatu perlaku semasa perlawanan dan pertarungan beliau,

Sang Gu menjadi penjaga rasmi pada Geu Ru dan mereka perlu meneruskan legasi Moove To Heaven bersama-sama.

Adakah sesuatu bakal terjadi pada mereka? bahayakah Sang Gu ini dan apakah yang beliau sembunyikan pada Geu Ru.       

 

PROFIL DRAMA MOVE TO HEAVEN 2021

Drama ini diberi nama Move to heaven dan satu lagi adalah Move To Heaven: I Am a Person Who Arranges Articles Left by Deceased.

Bagi sebutan Korea adalah Move To Heaven: Naneun Yoopoomjungrisaibmida dan tulisannya adalah 무브 헤븐: 나는 유품정리사입니.

Drama Move To Heaven ini diarahkan oleh pengarah yang cukup hebat iaitu Kim Sung Ho yang sebelum ini mengarahkan beberapa moview hit.

Antara movie diarahkan beliau adalah Modern Family , Into The Mirror , How To Steal A Dogb, Notebook from My Mother.

Penulis drama ini juga merupakan seorang yang cukup hebat iaitu Penulis Yoon Ji Ryeon yang banyak menulis drama lain contohnya Boys Over Flowers dan Angel Eyes.

Drama ini ditayangkan di Netflix bermula 14 May tahun ini dan mempunyai keseluruhannya 10 episod.

 


 

PELAKON –PELAKON YANG MEMBINTANGI DRAMA MOVE TO HEAVEN

Watak utama di di dalam drama ini adalah Lee Je Hoon yang membawa watak Cho Sang Gu yang merupakan pak cik pada Geu Ru.

Pelakon muda kacak Tang Joon Sang merupakan pelakon yang membawa watak Han Geu Ru yang menghidap sakit Asperger.

Selain mereka berdua, watak lain adalah pelakon cantik Hong Seung Hee yang membawa watak Yoon Na Mu di dalam drama Move To Heaven ini.

Pelakon popular dan hebat Ji Jin Hee turut membintangi drama ini dengan watak yang dibawa adalah Han Jeong U.

Keserasian keempat-empat watak utama ini menjadi tunjang pada drama Move To Heaven yang ditayangkan di Netflix.

Di dalam drama ini banyak pelakon senior yang hebat membintanginya iaitu Lee Mon Sik dan Lim Won Hee yang masing-masing membawa watak Park Joo Taek dan Peguam Oh Hyun Chang.

Drama ini juga diserikan dengan penyanyi idola yang berlakon iaitu SNSD Sooyoung dan Yang Hong Seok.

SNSD Sooyoung membawa watak pekerja sosial Son U Rim manakala Yang Hong Seok membawa watak Pegawai Polis Park Jung Yeong.

Pelakon manis dan legend Yoon Jin Hye turut membawa watak Peguambela Lee Ju Yeong dalam drama ini.

Pelakon yang membawa watak keluarga Yoon Na Mu di dalam drama ini adalah pelakon senior Jung Suk Yong yang membawa watak Yoon Young Soo.

Manakala watak Oh Mi Ran di dalam keluaarga Yoon Na Mu adalah dibawa pelakon berbakat Jung Young Joo.

Kumpulan Cho Sang Gu di dalam drama ini dianggotai oleh tiga orang iaitu Jung Ae Youn yang memabawa watak Madam Jung.

Pelakon lelaki yang meningkat naik Lee Jae Wook membawa watak Kim Su Cheol manakala Park Jung Won membawa watak Kim Su Jin.

Watak pembantu yang membuat cameo di dalam drama ini adalah Lee Jung Eun yang berlakon sebagai ibu kepada Kim Seon U di dalam episode 1.

Watak bapa kepada Kim Seon U di bawa oleh pelakon Jung Chung Gu manakala Seo Jeong Sik membawa watak Lim Yeong Geun dalam episode 1.

Park Shin Ah dan Shin So Oh muncul di dalam episode 4 dan membawa watak Lee Seon Yeong dan Kim Yong U.

Watak kanak-kanak di dalam drama ini dibawakan oleh Jang Ho Jun yang membawa watak Han Geu Ru manakala watak Cho Sang Gu  ketika kecil dibawa oleh Jin Yu Chan.

Pelakon cilik drama ini yang lain adalah Ahn Ji Hoo yang membawa watak Han Jeong U pada ketika remaja dan watak Min Ji Won sewaktu remaja dibawa oleh Kim Ju Yeon.

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                

REVIEW DAN KOMEN MENGENAI DRAMA MOVE TO HEAVEN 2021

Drama ini sudah tamat ditayangkan dengan rating yang sangat membanggakan jadi jom kit abaca komen-komen dari penonton drama ini.

Drama ini diberi 5 bintang oleh penonton drama ini , beliau menyatakan 5 bintang! Drama bersiri terbaik sejak Vincenzo dan saya suuka tv Korea.

Review jujur dari penonton drama ini ,drama yang benar-benar hebat. Ia akan membuatkan anda lebih memikirkan tentang kehidupan orang lain, dan kehidupan anda sendiri.

Tiada apa-apa yang terlalu dramatik, dan ia mengalir pada kadar yang sempurna. Dan semua orang boleh mengaitkan banyak tentang watak, petunjuk atau kameo.

 Aksi yang mengagumkan dan dicipta dengan indah dan Saya menangis pada setiap episod, terutamanya yang terakhir, tetapi tidak menyesal.

 Saya mungkin akan menonton semula setiap kali saya berada dalam mood untuk sebak.

Mengharapkan ada musim kedua antara komen positif iaitu Wah, ini sangat hebat. Nampaknya mungkin ada Musim 2. Ditulis dengan begitu baik.

 Menikmati semua pelakon hebat ini - kameo juga mantap. Saya tertekan baru-baru ini menonton Secret Door dan sedang mencari sesuatu yang berbeza dengan Lee Je-Hoon.

Drama terbaik sepanjang zaman , komen beliau Ini mesti menjadi drama kegemaran saya sepanjang zaman!!! Ia ditulis dan diarahkan dengan sangat indah sehingga saya tenggelam sepanjang masa.

Tang Joon-Sang juga benar-benar layak menerima semua anugerah, dia hebat dalam hal ini tetapi juga membunuhnya dalam raket lelaki.

 Dia sangat muda tetapi sangat berbakat sehingga dia agak mengingatkan saya kepada young yoo ah in.

Sangat mengesyorkan semua orang untuk menonton!!

 

AKHIR KATA

Drama ini sangat mendapat pujian dari penonton korea dan luar Korea so korang jangan miss dari tengok drama ini ok.

Post a Comment

Previous Post Next Post