Hari ini aku nak kongsikan mengenai Sinopsis Filem Prebet Sapu (2021). Filem ini telah mula ditayangkan sejak 16 Disember 2021 yang lalu dan dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Amerul Affendi, Bront Palarae dan Mei Fen Lim. Filem yang berkisar pasal masyarakat kuala lumpur ini telah masuk bertanding dalam OSCARS 2022 nanti. Jom kita sama-sama baca Sinopsis Filem Prebet Sapu 


Sinopsis Filem Prebet Sapu (2021)


Sinopsis Filem Prebet Sapu (2021)

Kita mulakan dengan Sinopsis Filem Prebet Sapu ini yang mengisahkan tentang Aman seorang pemuda yang kembali ke Kuala Lumpur setelah kematian bapanya.

Aman kemudiannya membuat pengangkutan secara haram dengan pemandu prebet sapu. Ia kerana dia gagal mendapatkan lesen memandunya kerana dia mengalami penyakit buta warna. 

Setiap hari pelbagai ragam penumpang yang dijumpainya ada yang baik dan ada juga yang mahu mengambil kesempatan.

Setelah beberapa ketika, Aman di halau keluar dari rumah sewanya dan selepas itu dia terpaksa tidur dalam keretanya sebagai ganti dari tempat penginapannya itu.

Tidak lama selepas itu, secara kebetulan dia bertemu dengan Bella yang merupakan seorang gadis pengiring cina dan dia membantu aman dengan membenarkan aman tinggal di tempatnya.

Bella pula meminat aman menjadi pemandunya sebagai balasan. Bella juga pernah memberitahu Aman yang dia nak tinggalkan Malaysia dan bekerja di luar negara.

Konflik di antara aman dengan bella mula tercetus selepas bella mengatakan yang dirinya hamil. Bella juga mahu menggugurkan kandungannya itu.

Apakah yang terjadi kepada Aman dan Bella dalam filem ini? Yang ini aku tak leh tolong bagitau, korang kena tengok sendiri dekat pawagam yer. hehe 


Sinopsis tambahan pula.

Aman memandu kereta lama warisan arwah bapanya dari Pahang ke ibu kota Kuala Lumpur untuk mengejar impiannya menjadi seorang penulis. 

Berjuang untuk mencari pekerjaan dan kehilangan tempat tinggal, dia menggunakan biliknya di atas roda untuk bekerja secara haram sebagai pemandu prebet sapu, kerana dia tidak mempunyai lesen memandu yang sepatutnya kerana dia buta warna. 

Pada suatu malam, dia bertemu dengan Bella, seorang gadis pengiring, yang menawarkan tempat tinggal kepadanya. Sebagai balasan, dia mesti menjadi pemandu peribadinya untuk kerja malamnya.

Info Filem

Seperti sedia maklum, filem ini telah mula ditayangkan pada 16 Disember 2021 dan masih ditayangkan di pawagam-pawagam terpilih.

Filem yang dicalonkan dalam Anugerah OSCARS ini diarahkan oleh Muzammer rahman untuk produksi Le Mediator Studio, Kristal Azmir Sdn Bhd dan Konda Kondi Studio.

Proses membuat filem ini telah disiapkan pada 2017. Filem ini ditayangkan pada 27 November 2020 di Jogja-Netpac Asian Film Festival (JAFF) di Indonesia. 

Ia juga ditayangkan di Festival Filem Udine Far East di Itali, Festival Filem Asia Jogja-Netpac di Indonesia, Festival Filem Asia Reel Toronto di Kanada, dan Festival Filem Asia Barcelona di Sepanyol.

yang menariknya filem ini di rakamkan dan ditayangkan dalam hitam putih tau. mesti best kan.

Senarai Pelakon Filem Prebet Sapu

Dalam filem ini memang ramai pelakon-pelakon hebat tau. Antaranya adalah Amerul Affendi, Mei Fen Lim, Bront Palarae, Sharifah Amani, Nam Ron dan Nadiya Nisaa.

Pelakon lain yang terlibat adalah seperti Chew Kin Wah, Jay Iswazir, Anas Ridzuan dan Roslan Madun

Watak Pelakon

Setakat ini, watak utama dalam filem ini adalah Amerul Affendi yang membawa watak sebagai Aman. Manakala untuk heroin pula, kita ada pelakon Mei Fen Lim yang membawa watak sebagai Bella.

Watak-watak pelakon lain akan dikemaskini kemudian tau.

Biodata Ameerul Affendi

Ameerul terkenal dengan peranan lakonannya dalam televisyen dan filem. Untuk lakonannya sebagai Toyu dalam filem Terbaik dari Langit (2014), beliau memenangi anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-27 pada 2015.

Di luar kerjaya lakonannya, Amerul Affendi juga terlibat dalam industri pertanian yang berniaga sejak 2016 demi menjamin masa depannya. 

Menurutnya: "Sejak tiga tahun lalu saya bergiat dalam bidang pertanian seperti penanaman kelapa sawit dan penternakan termasuk kerbau dan ikan keli. 

Saya mengusahakan projek ini di kampung halaman saya di Temerloh, Pahang. Jika dahulu dunia lakonan adalah sumber pendapatan utama, kini bukan lagi kerana tumpuan saya adalah pada pertanian"

aku rasa ramai kenal amerul kan. banyak dah filem dan drama yang pernah dilakokan ameerul setakat ini.

Biodata Lim Mei Fen watak Bella.

Mei Fen yang ramai tak kenal. hehe jom aku kongsikan biodata ringkas atau perjalanan karier mei fen sebelum ini.

Sebelum menjadi pelakon, Mei Fen membuat penampilan sulungnya dalam program pencarian bakat 8TV, I Wanna Be A Model pada 2006. 

Dia juga muncul dalam rancangan permainan NTV7, Deal or No Deal selama dua tahun dari 2007. Pada 2013, dia membintangi filem Malaysia. filem realiti pertama, The Cage bersama pelakon yang memenangi anugerah, Yeo Yann Yann.

Penglibatannya dalam teater bermula dengan drama mega TAKHTA 3 RATU (2014) di Panggung Negara sebagai Puteri Hang Li Po. 

Dia menulis, menghasilkan dan berlakon dalam produksi Hari Kebangsaan 2018 bertajuk Tanah Akhirku. Perdana Menteri dan isteri hadir untuk menonton rancangan itu di Istana Budaya.

Dia telah dicalonkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik oleh Persatuan Pengkritik Filem Kuala Lumpur untuk wataknya sebagai adik traumatik dalam filem James Lee TWO SISTERS (2019).

Beliau kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dengan Akademi Filem Beijing, dalam Pengedaran & Pemasaran Filem.

Suka tengok lakonan watak bella yang dilakon kan oleh mei fen tau. tenang jer tengok. hehe

Lokasi Tayangan Filem Prebet Sapu.

Seperti yang aku bagitahu, filem ini hanya ditayangkan di pawagam yang terpilih sahaja. Jadi berikut merupakan lokasi pawagam-pawagam yang menayangkan filem prebet sapu ini.

Pulau Pinang

GSC Sunway Carnival

TGV Bukit mERTAJAM


Perak

GSC Ipoh Parade

TGV Station 18

Paragon Taiping

MMCINEPLEX KERIAN SENTRAL


Pahang

GSC Mentakab Star Mall

GSC East Coast Mall


Selangor

GSC Pardigm Mall PJ

GSC MY TOWN

TGV AEON RAWANG

TGV BUKIT TINGGI

TGV ICTITY


KEDAH

GSC AMANJAYA

GSC AMANCENTRAL

MMCINEPLEX RIVERFRONT

MMCINEPLEX LANGKAWI


TERENGGANU

LFS KUALA TERENGGANU

PARAGON CINEMAS KTCC MALL


PUTRAJAYA

GSC ALAMANDA


NEGERI SEMBILAN 

TGV SEREMBAN 2

MMCINEPLEX MESSAMALL NILAI


KUALA LUMPUR

GSC MID VALLEY

GSC MELAWATI MALL

TGV CHERAS SELATAN

TGV KLCC

TGV WANGSA WALK

TGV AEON AU2 KERAMAT


SABAH

LFS SANDAKAN

GSC1 BORNEO

GROWBALL CINEMAX

EASTERN CINEPLEX


MELAKA 

GSC AEON BANDARAYA

MMCINEPLEX MAHKOTA PARADE


JOHOR

GSC PARADIGM MALL JB

TGV AEON TEBRAU

MMCINEPLEX SEGAMAT

PARAGON CINEMAS BP MALL


SARAWAK

TGV IMPERIAL MIRI

TGV VIVACITY

Itu sahaja info yang aku boleh kongsikan dengan korang setakat ini. Aku pun tak tengok lagi filem ni jadi tak leh nak komen banyak tau.

Selebihnya korang kenalah tonton sendiri di pawagam yang telah kami kongsikan senarainya di atas.

Kalau dah tengok, korang boleh komen sama ada best atau tidak filem prebet sapu ini. Kalau terpilih untuk dicalonkan dalam OSCARS ni, mestilah best dan penuh pengajaran kan.

tapi aku nak korang yang komen dekat bawah ni ya.

Terima kasih dan selamat menonton!



Post a Comment

Previous Post Next Post