Sinopsis Penuh Drama Korea Remake Money Heist 2022. Drama remake yang ditunggu-tunggu akhirnya akan bermula pada tahun 2022. Drama ini merupakan remake dari drama Spanish yang tajuknya juga Money Heist manakala drama money heist 2022 akan keluar tidak lama lagi.

Drama MoneyHeist ini merupakan drama yang bergenre crime dan menampilkan ramai pelakon-pelakon hebat.


Sinopsis Penuh Drama Korea Remake Money Heist 2022


Pada June 2020 , BH Entertainment mengkongsikan bahawa mereka dalam perbincangan dengan Netflix untuk drama remake ini dan di awal perbincangan.

Selepas itu mereka mengeluarkan kenyataan lain yang mereka akan menjadi production untuk drama ini.

SINOPSIS DRAMA MONEY HEIST 2022 ~

Remake dari drama Spanish dan jalan cerita serta perwatakan di dalam drama Money Heist ini sama seperti yang asal.

Mengisahkan tentang the professor (Yoo Ji Tae) bercita-cira merancang rompakan yang boleh mendapatkan bayaran yang lumayan.

Untuk rancangan dia itu , beliau mula melihat dan mencari ahli-ahli pasukannya yang berpotensi dari pelbagai kehebatan.

Ahli yang direkrut memilih nama bandar untuk dijadikan code nama mereka dan mereka semua mempunyai personality yang sangat kuat.

Rancangan mereka semua seperti sempurna namun disebabkan tebusan yang mereka ambil itu , mereka berdepan dengan situasi yang tidak langsung dijangka.

Apakah strategi yang akan digunakan oleh professor dan ahli pasukannya untuk menghadapi situasi yang tidak dijangka?

Adakah mereka berjaya dalam menyelesaikan misi mereka?

 

PROFIL PENUH DRAMA REMAKE MONEY HEIST 2022

Drama ini mengekalkan tajuk sama seperti yang asal buat ketika ini iaitu Money Heist atau tulisan korea adalah 종이의 dan sebutannya adalah Jongiui Jib.

Money Heist adalah drama yang diarahkan oleh pengarah hebat Kim Hong Sun yang merupakan pengarah drama hebat seperti L.U.C.A , The Guest , Black , Voice , Liar Game dan banyak lagi.

Penulis bagi drama ini pula adalah Ryoo Yong Jae yang juga merupakan penulis drama hit iaitu My Holo Love , Psychopath Diary , Pied Piper , I Holo You dan banyak lagi.

Drama ni mempunyai 12 episod keseluruhannya dan akan keluar pada tahun 2022 , tarikh dan masa masih belum dikeluarkan lagi manakala drama ini bakal ditayangkan di Netflix.




PELAKON-PELAKON DRAMA REMAKE MONEY HEIST 2022

Drama ini dibintangi oleh ramai bintang-bintang hebat Korea Selatan yang mana mereka semua lakonan sangat hebat.

Untuk drama ini Yoo Ji Tae akan memainkan watak sebagai professor yang merupakan mastermind rancangan rompakan mereka.

Pelakon Squid Game yang terkenal Park Hae Soo juga membintangi drama Money Heist sebagai watak Berlin.

Watak Seon Woo Jin yang berada di bahagian pasukan petugas (The Task Force) dilakonkan oleh pelakon cantik Kim Yun Jin.

Bersama watak Seon WooJin , Kim Sung O berlakon di dalam drama ini sebagai Cha Moo Hyuk yang bertugas dibahagian sama iaitu Task Force.

Watak kumpulan The Gang di dalam drama ini selain Professor (Yoo Ji Tae) dan Berlin (Park Hae Soo) , ahli lain adalah watak Moscow yang dibawa oleh pelakon hebat Lee Won Jong.

Serta , satu-satunya ahli perempuan dalam The Gang adalah Tokyo yang wataknya dibawah oleh pelakon cantik Jun Jong Seo.

Watak yang merosakan rancangan The Gang adalah sebagai tebusan dibawa oleh Park Myung Hoo yang membawa watak Cho Young Min.

Tebusan kedua yang dibawa di drama ini adalah aktris cantik Lee Joo Been yang memainkkan watak Yoon Mi Sun.

Pelakon lain yang membintangi drama ini adalah Kim Sung Oh yang membawa watak sebagai Cha Moo Hyeok.

Watak yang bernama Denver dibawa oleh pelakoon Kim Ji Hoon mankala watak Nairobi adalah dilakonkan oleh Jang Yoon Ju.

Pelakon hebat Lee Hyun Woo dan Lee Kyu Ho masing-masing berperanan dalam membawa watak Rio dan Oslo.

Selain mereka ini , watak Helsinki dibawa oleh pelakon tampan Kim Ji Hoon yang juga merupakan pelakon di dalam drama Chimera.

 

TUGAS-TUGAS WATAK UTAMA DI DALAM DRAMA MONEY HEIST 2022

Watak Seon Woo Jin dari Task Force adalah seorang ketua pasukan rundingan krisis milik agensi hebat iaitu Agensi Polis Negara.

Di samping itu, Kim Sung Oh yang berlakon sebagai Kapten Cha Moo Hyuk yang merupakan bekas ejen khas dihantar bagi menangani krisis tebusan.

Watak Cho Young Min yang dilakonkan oleh Park Myung Hoon adalah seorang pengarah Mint Bureau manakala Lee Joo Biin membawa watak sebagai Yoon Mi Seon.

Yoon Mi Seon di dalam drama ini adalah seorang pekerja yang bertanggungjawab dalam perakaunan di Mint Bureau.

INFO DRAMA MONEY HEIST 2022

Drama ini terpaksa diberhentikan rakaman pada 7 Julai 2021 kerana mengikut quarantine yang SOP diletakkan oleh Kerajaan Korea.

Pemilihan pelakon adalah apabila proses perbincangan dengan Netflix telah selesai dan pelakon Lim Ji Yeon join pelakon lain pada April 2021.

Pelakon Lee Hyun Woo mengantikan Park Jung Woo di dalam drama ini kerana beliau menghadapi masalah jadual lakonan drama lain.

Pada tarikh 31 March kesemua pelakon telah dicasting dan dikonformasi oleh saluran yang akan menyiarkan drama ini iaitu Netflix.

 

REVIEW DAN KOMEN MENGENAI DRAMA YANG BAKAL DITAYANGKAN MONEY HEIST 2022

Drama ini menjadi drama yang ditunggu-tunggu untuk tahun 2022 kerana tidak sabar untuk melihat bagaimana Korean remake.

Antara komennya adalah pelakon yang bagus. harap mereka tidak akan merosakkannya kerana versi asal telah dibuat dengan sangat baik.

Pelakon Yoo Ji Tae antara yang disokong pemilihan pelakon iaitu Yoo Ji Tae sangat sesuai untuk peranan Profesor. Jun Jung Seo akan menjadikan ini baik sebagai Tokyo. ❤❤❤

Yoo Ji-Tae ialah peranan yang sempurna untuk profesor. Dan saya gembira mendapati Kim Ji-Hoon sebagai Denver yang saya harapkan mengekalkan rambutnya yang panjang.

Rambut panjang sangat sesuai dengannya. Saya juga tidak dapat membayangkan Park Hae Soo sebagai Berlin.

 Saya harap pembuatan semula ini tidak akan mengecewakan kami kerana La Casa de Papel hanyalah sebuah monumen yang besar.

Penulis drama untuk Korean remake menjadi tontonan kerana tak sabar untuk melihat! Penulis skrip Ryoo Yong-jae melakukan yang hebat dengan rancangan thriller, terutamanya adaptasi!

Ada juga komen dari netizen jika mereka adalah director drama ini mereka akan buat , Jika saya menjadi pengarah barisan saya ialah:

Profesor: yoo ji tae Lisbon: song yoon ah Tokyo: ryu hwa young Berlin: lee jung jin Denver: lee kyu hyung Moscow: ma dong seok

Nairobi: oh yoon ah / lee ji ah Rio: yeo jin goo / gong myung Stockholm: taman gyu muda.

Banyak juga komen sangat menyukai keseluruhan line up untuk Korean remake iaitu Akhirnya !!! LINE-UP YANG BAIK.

 

Ramai tidak sabar untuk melihat drama ini akan disiarkan , tarikh dan masa tayangan drama ini akan dikemaskini.

Jangan lupa tonton taw !!.

Post a Comment

Previous Post Next Post