Drama Korea 2022 Tracer Lakonan Im Si Wan. Drama yang bakal keluar pada tahun 2022 antara drama-drama yang ditunggu –tunggu untuk tahun 2022. Tracer merupakan drama yang akan ditayangkan di saluran MBC pada tahun 2022 dan dilakonkan oleh Im Si Wan. Untuk pengetahuan korang , drama baru ini mengenai di perkhidmatan cukai negara dan pelakon yang membintangi drama ini bukan biasa-biasa.


Drama Korea 2022 Tracer Lakonan Im Si Wan


Antaranya adalah Im Si Wan , Ko Ah Sung Son Hyun Joo , Park Yong Woo dan ramai lagi pelakon hebat yang akan mengegarkan drama Tracer ini.

SINOPSIS DRAMA TRACER 2022 ~

Mengisahkan tentang Hwang Dong Ju (Im Si Wan) yang merupakan seorang ketua percukaian bahagian 5 di perkhidmatan cukai negara.

Dia berusaha sangat keras untuk mengesan wang yang tersembunyi dari perkhidmata cukai di tempat beliau bekerja.

Seo Hey Young (Ko Ah Sung) merupakan seorang yang ceria dan bekerja di bahagian yang sama dengan Hwang Dong Ju.

Bos mereka berdua adalah Oh Young (Park Yong Woo) yang bertugas di bahagian 5 unit percukaian di perkhidmatan cukai negara.

Pengarah pejabat cukai wilayah In Tae Joon (Son Hyu Joo) adalah seorang pengarah yang bercita-cita tinggi.

Apakah konflik dan reality kehidupan yang pekerja di perkhidmata cukai negara lalui setiap hari dan adakah mereka semua jujur ? kenalah layan.

 

PROFIL DRAMA TRACER 2022 ~

Drama Tracer ini adalah drama terbitan dan disiarkan di MBC dan juga Wavve dan nama sebenar di dalam bahasa Korean adalah 트레이서.

Tracer merupakan drama yang diarahkan oleh pengarah hebat dan berkaliber iaitu Lee Seung Young yang juga merupakan pengarah drama hebat.

Antara drama arahan beliau adalah Voice 2 , The Missing , TEN 2 , Chosun Police Seasoan 1 and 3 dan banyak lagi.

Manakala untuk penulis bagi drama Tracer ini adalah Kim Hyun Jung yang juga merupakan seorang penulis yang terbaik.

Drama ini merupakan bergenre Mystery dan drama yang akan mula ditayangkan pada awal tahun 2022.

Sebanyak 16 episod penuh untuk drama Tracer ini dan akan bersiaran mula pada 7 January 2022 sehingga 26 February 2022.

Ditayangkan selama 60 minit pada setiap hari Jumaat dan Sabtu pada jam 10:00 malam Korean time zone.

PELAKON DRAMA TRACER 2022 ~

Seperti korang tahu drama ini dibintangi oleh ramai pelakon –pelakon hebat seperti watak utama Im Si Wan akan membawa watak sebagai Hwang Dong Ju.

Manakala watak heroin di dalam drama ini pula dibawa oleh Ko Ah Sung yang membawa watak Seo Hey Young.

Pelakon senior yang berbakat besar Son Hyun Joo membawa watak sebagai In Tae Joon yang merupakan seorang pengarah di pejabat cukai wilayah.

Watak bos kepada Im Si Wan dan Ko Ah Sung di Perkhidmatan Cukai Negara adalah Park Yong Woo yang membawa watak Oh Young,

Pelakon lain di drama Tracer adalah pelakon cantik Chu Sang Mi yang mrupakan pelakon pembantu yang membawa watak Min Yeo Jung.

Moon Soo In yang merupakan pelakon meningkat naik akan membawa watak Kim Han Bin di dalam drama Tracer ini.

Pelakon lain yang membintangi drama ini adalah Kim Do Hyun , Lee Kyu Hoe , Jang Sung Yoon , Yoo Dong Hoon dan ramai lagi yang akan membarisi di drama ini.

 

WATAK-WATAK UTAMA DRAM TRACER 2022 ~

Watak Im Si Wan di dalam drama ini adalah seorang ketua yang berani dan sangat berbakat yang bernama Hwang Dong Joo.

Hwang Dong Joo memegang quote “Bukankah orang lebih menakotkan dari duit diakhirnya?”, dan meningkatkan jangkaan untuk caranya tersendiri untuk mencari duit yang tidak baik.

Seo Hye Young yang dilakonkan oleh Ko Ah Sung merupakan ahli dibawah Hwang Dong Joo , beliau merupakan seorang yang rajin dan bekerja keras serta bertindak secara orientasi.

Beliau berpegang pada quote “Saya dah beritahu awak. Percaya pada saya sekali saja” yang mana quote ini diletakkan pada poster beliau.

Beliau juga seorang yang berkeyakinan dalam ekperesinya membuatkan penonton akan tertanya-tanya mengenai bagaimana Seo Hye Yong akan berdegil menghadapi dunia.

Watak In Tae Joon yang dilakonkan oleh pelakon senior Son Hyun Joo adalah pengarah pesuruhjaya di Pejabat Wilayah Seoul.

Beliau seorang yang impikan sesuatu yang lebih besar dan quote beliau adalah “ Di Akhirnya ,ia adlaah permainan menipu ataupun ditipu”.

In Tae Joon seorang yang berkarisma yang eramat dengan pose dan pandangannya sangat tajam.

Pelakon Park Yong Woo memainkan peran sebagai Oh Young yang merupakan ace untuk Perkhidmatan Cukai Negara pada suatu ketika dulu.

Namun kini dia seorang ketua yang tidak percaya pada diri sendiri dalam melakukan kerja yang diamanahkan.

Quote bagi Oh Young adalah “Kadang-kadang kita perlu bekerja lebih keras dan ia tidak memalukan langsung”.

Daripada watak –watak mereka ini korang mesti tak sabarkan nak tengok drama Tracer ini , pada awal tahun depan taw.

 

REVIEW DAN KOMEN MENGENAI DRAMA TRACER 2022

Drama ini akan disiarkan pada bulan Januari 2022 dan ramai sudah tidak sabar untuk melihat drama ini apatah lagi setelah melihat teaser drama ini.

Antara komen dari peminat drama adalah sangat tidak sabar untuk melihat Im Si Wan dan Ko Ah Sung bersama dan juga Son Hyun Joo.

Harapan saya adalah untuk drama Tracer ini menjadi berjaya dan dikenali , semangat <3 saya sangat menyukai kesemua pelakon di dalam drama ini.

Drama mengenai reality masa kini Hari ini, bahan provokasi berleluasa, tetapi saya lebih menantikannya kerana ia mempunyai perasaan manusia

Park Yong-woo, saya gembira anda melakukan banyak perkara hari ini! Saya datang ke sini untuk melihat  saya juga melihatnya di sini! Casting sangat bagus!! Saya menantikannya!

Peminat juga tidak sabar untuk melihat episode pertama , Suara di bahagian terakhir ialah Im Si-wan, bukan? Saya sangat teruja, bila episod pertama?

Pastinya pelakon senior antara yang membuatkan drama ini menjadi tarikan , Son Hyun Joo ialah seorang pelakon veteran yang A-MAZING dan saya tidak sabar untuk menonton TRACER! :))))

Casting untuk drama ini juga mendapat pujian dari peminat drama , Dengan ini para pelakon, sudah pasti ia satu jaminan drama yang akan menjadi hebat.

Gandingan Im Si Wan dan Ko Ah Sung membuatkan orang tidak sabar seperti OMGGGgg Ko Ah Sung??? Dia dan Im Siwan Saya hidup untuk pelakon ini!

 

KATA-KATA AKHIR

Drama ini dibarisi oleh pelakon-pelakon yang sangat hebat dan jalan cerita drama ini lain dari yang lain so korang jangan terlepas drama ini.

Akan disiarkan pada awal tahun depan, hanya beberapa hari sahaja lagi , yang mana nak tengok drama ini cer komen sebab ape.

Drama ini akan mengantikan drama hit yang sedang popular di Korea “The Red Sleeve” lakonan 2PM Junho dan Lee Se Young.

Selamat menonton korang !

Post a Comment

Previous Post Next Post