Profil Jung Hae In , Pelakon Drama Snowdrop. Drama yang tengah hit pada permulaan 2022 iaitu Snowdrop yang akan trending pada setiap kali tayangan. Salah seorang pelakon utama drama snowdrop yang kita nak kongsi pada dia , yup betul tak lain dan tak bukan pelakon Jung Hae In. Korang mesti kenal kan beliau , hari ini Una nak kongsi dekat korang biodata dan profil Jung Hae in.

 

Profil Jung Hae In , Pelakon Drama Snowdrop

Jung Hae In ini merupakan pelakon lelaki yang sangat popular dengan beberapa drama hit selepas drama beliau sebagai watak pembantu itu menjadi popular di luar Korea.

Terkenal dengan senyuman manis dan berperwatakan baik digelar pada Jung Hae In , muka dia macam budak baik kan? jom kita kenali beliau dengan lebih mendalam.

 

Biodata Jung Hae In , Pelakon Drama Snowdrop

Korang mesti tak sabar kan nak taw pasai Hae In kan , sabar jap ya , kita mulakan dengan nama sebenar beliau , nama sebenarnya adalah sama seperti nama stage iaitu Jung Hae In.

Jung Hae In lahir di Seoul , Korea Selatan pada tarikh pada 1 april 1988 dan pada tahun 2022 ini beliau berumur 34 tahun.

Beliau beketurunan dari datuk moyang ketiga iaitu Jeong  Yakyong , yang merupakan pemikir hebat pada zaman Joseon (kalau baca sejarah Korea ,korang akan taw).

Jung Hae In nampak macam biasa kan namun beliau merupakan pemegang ijazah JABATAN Hiburan Penyiaran dekat Universiti Pyeongtaek , dekat sini beliau participate dengan semua aktiviti.

Info suka-suka, Jung Hae In mempunyai seorang adik lelaki dan mak ayah Hae In ada hospital sendiri di Korea , dan waktu kecil dia selalu duduk dengan datuk dan nenek dia sebab mak ayah dia busy.

Korang boleh tengok muka mak dan ayah Jung Hae In dekat rancangan KBS Jung Hae In Travel Log kat situ Hae In ada video call dengan mak ayah dia.

Ampa semua mesti taw kan kalau kat Korea semua lelaki kena masuk latihan ketenteraan selama 1 setengah hingga 2 tahun so kebanyakkan artis lelaki Korea akan pergi masa umur nak dekat 30.

Tapi Jung Hae In lain taw , dia dah jalani latihan ketenteraan waktu dia umur 21 tahun so sapa peminat Hae In xyah risau kena tunggu dia jalani latihan ketenteraan dah, yay.

 

Bagaimana Permulaan Karier Jung Hae In Dan Apa Drama Lakonan Beliau ?

Untuk info ampa , Jung Hae In mula muncul di hadapan orang adalah di dalam music video kumpulan idola AOA “Black” pada 2013.

Jung Hae In pernah bagitahu yang dia mula rasa nak berlakon adalah masa dia berada dalam latihan ketenteraan , tamat sahaja latihan ketenteraan beliau sign contract dengan syarikat beliau sekarang.

Beliau sekarang masih bersama dengan agensi / syarikat yang sama ketika dia mula debut iaitu FNC Entertainment , syarikat yang dihuni oleh ramai idola dan pelawak.

Drama debut beliau adalah pada tahun 2014 sebagai watak pembantu yang bernama Choi Kang In di saluran TV Chosun selepas itu beliau mendapat tawaran sebagai watak utama.

Di dalam drama The Three Musketeers beliau mendapat watak sebagai Ahn Min Seo sebagai watak utama di saluran TvN.

Pada tahun yang sama beliau juga debut sebagai pelakon filem ,filem pertama beliau adalah The Youth yang mana beliau membawa watak utama yang bernama Park Man Jae.

Filem kedua beliau pula adalah bertajuk Salut D’Amour di dalam filem ini beliau hanya watak cameo yang bernama Kim Sung Chil.

Jung Hae In juga berlakon di dalam dua drama pada tahun 2015 di mana beliau melakonkan watak pembantu dan cameo di dalam drama Blood dan Reply 1988.

Pada tahun 2016 , membintangi sebagai cameo dan  juga sebagai watak pembantu yang mana tajuk dramanya adalah Yeah, That’s The Way It Is dan Guardian: The Lonely and Great God.

 

Apakah Yang Terjadi Sehingga Jung Hae In Meningkat Popularitinya ?

Jung Hae In merupakan rising star pada tahun 2017 apabila semua akhbar , majalah , internet membicarakan mengenai beliau.

Beliau juga menerima banyak tawaran iklan tv dari banyak produk sehinggakan beliau digelar salah seorang rising star pada tahun itu.

Nama Jung Hae In menjadi sebutan disebabkan setelah drama lakonan beliau While You Were Sleeping SBS menjadi hit dan beliau membawa watak Han Woo Tak.

Di dalam drama ini beliau berlakon bersama pelakon yang cukup popular iaitu Lee Jong Suk dan Suzy , dek kerana popularity tunggak utama ini berjaya terkena tempias pada Hae In.

Lakonan beliau di dalam drama ini juga menerima pujian dari penonton drama itu sehinggakan ramai tidak sabar untuk melihat beliau menjadi tunggak utama.

Setelah 2 tahun dari drama itu , beliau menerima tawaran sebagai lead role di mana beliau merupakan satu-satunya hero di dalam drama itu.

Drama Something In The Rain lakonan beliau sebagai watak utama bersama pelakon senior Son Ye Jin berjaya memecahkan banyak rating dan menjadi viral di luar Korea.

Lakonan beliau bersama Son Ye Jin mendapat pujian sehingga membolehkan mereka memenangi beberapa anugerah bersama .

Selepas itu , drama beliau seterusnya sebagai watak utama adalah One Spring Night , drama yang beliau berlakon bersama dengan pelakon senior Han Ji Min.

Ramai memuji lakonan serta keserasian antara mereka berdua dalam membawa watak di dalam drama melo.

Melalui drama ini juga membolehkan kedua-dua pelakon ini menerima anugerah di MBC Drama Awards pada tahun 2019.

Selepas itu , beliau menerima tawaran watak utama bersama heroin Chae Soo Bin di dalam drama A Piece Of Your Mind.

Untuk tahun 2021 , beliau berlakon 2 drama yang bernama adalah drama Netflix yang bertajuk “D.P” yang mana drama ini menjadi viral di Korea.

Lakonan Hae In di dalam drama ini sekali lagi mendapat pujian selepas itu beliau muncul bersama Jisoo blackpink di dalam drama yang agak kontrovesi juga di Korea iaitu Snowdrop.

Drama ini menambahkan lagi popularity Hae In untuk di luar Korea di mana korang boleh tengok peningkatan follow dan like di instagram beliau.

 

Official Media Sosial Jung Hae In dan Last Info Mengenai Beliau

Korang yang mana nak tahu update terkini Jung Hae In boleh follow instagram official beliau dekat sini >>@holyhaein

Dekat instagram beliau , korang boleh tengok juga duta-duta produk yang beliau jadi , mana taw korang nak belikan.

Last info untuk korang Jung Hae In ini tinggi juga taw orangnya tinggi dia adalah 178 cm , korang tinggi sama dia tak hee.

Akhir sekali, korang yang mana minat Jung Hae In dan ada benda yang nak tambah mengenai Jung Hae In boleh komen di bawah.

Bye korang !

Post a Comment

Previous Post Next Post