Biodata Choi Woo Shik , Pelakon Drama Our Beloved Summer. Mana peminat drama Our Beloved Summer yang tengah hit sekarang ini ? Korang mesti kenalkan pelakon lelaki yang muka baby face , tak lain tak bukan conform lah Choi Woo Shik. Pelakon lelaki yang cukup popular di Korea dan luar Korea ditambah semua drama dan filem dia berlakon semuanya hit beb. Hari ini kitaorang nak share dekat ampa mengenai biodata choi woo shik yang merupakan pelakon utama drama our beloved summer.

Biodata Choi Woo Shik , Pelakon Drama Our Beloved Summer


Korang yang tengok filem Train To Busan dan Parasite mesti korang kenal sangat pelakon yang bernama Choi Woo Shik ini kan.

Kedua-dua filem ini sangat popular di Korea dan juga seluruh dunia , jadi nama beliau tidak perlu diperkenalkan lagi tapi sebelum itu jom baca sikit biodata Woo Shik .

 

Pelakon Utama Drama Our Beloved Summer , Biodata Choi Woo Shik

Nama sebenar adalah Choi Woo Shik yang merupakan campuran Korean dan Canadian , serta berusia 31 tahun (pada tahun 2022).

Beliau lahir pada tanggal 26 March 1990 dekat Seoul , South Korea dan merupakan anak bongsu dari dua adik beradik lelaki.

Dia berpindah ke Vancouver Canada masa dia kecik dengan family dia dan tinggal dekat Canada selama 10 tahun .

Info dekat korang yang nama English Woo Shik adalah Edward tapi nama panggilan dia adalah Eddie , beliau bersekolah dekat Sekolah Rendah Pinetree.

Korang nak taw tak yang Choi Woo Shik ni sebenarnya tinggi gila , kalau tengok dalam tv mesti ingat dia biasa –biasa sebab muka dia kan.

Sebenarnya beliau berketinggian 181 cm iaitu 5 kaki 11 inci , tinggi kot beliau dah macam model , beliau merupakan bekas pelajar University Chung Ang , pandai deni J

 

Bagaimana Choi Woo Shik Terjun Dalam Bidang Lakonan ?

Choi Woo Shik debut pada tahun 2011 pada ketika itu beliau baru berumur 21 tahun dan pada ketika itu beliau masih berada di Canada.

Ketika dia sedang belajar dekat salah satu University dekat Canada , beliau bagitahu dengan mak ayah dia yang dia nak ujibakat lakonan dekat Korea , dan nasib dia baik mak ayah dia bagi.

Lepas itu , beliau pergi ujibakat itu dan nasib dia baik lagi beliau diterima menjadi pelakon pembantu dan nasib dia baik lagi apabila drama debut dia dipui orang ramai.

Apabila dah establish karier dekat Korea , beliau masuk Chung Ang University dalam jurusan pengajian budaya.

 

Drama Dan Filem Debut Choi Woo Shik Sehingga Sekarang , Bila Beliau Mula Dikenali Oleh Orang Korea?

Woo Shik yang debut pada tahun 2011 sebagai watak pembantu dalam drama MBC The Duo dalam drama ini beliau membawa watak Young Gwi Dong.

Selepas itu , beliau ditawarkan Detektif Park Min Ho dalam Special Affairs Team TEN yang membuatkan nama beliau sedikit dikenali.

Beliau juga semakin dikenali selepas membintangi drama hit Rooftop Prince , dalam drama ini beliau merupakan salah seorang dalam 4 orang yang ada di dalam drama itu.

Pada 2014 , watak utama yang ditunggu-tunggu setiap pelakon akhirnya tiba , iaitu beliau ditawarkan sebagai watak utama di dalam filem Set Me Free.

Dalam filem ini beliau memegang watak Young Jae yang berumur 16 tahun yang tinggal di rumah pelajar di dalam rumah kumpulan .

Di dalam filem ini Woo Shik mendapat pujian yang tinggi kerana berjaya membawa watak tentang konflik dalaman protagonist.

Filem Set Me Free ini berjaya membuatkan Choi Woo Shik menerima banyak anugerah di Korea Selatan antara anugerah yang diterima ,

anugerah yang beliau terima adalah Pelakon Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Busan dan selepas itu beliau dihujani dengan tawaran berlakon yang banyak.

Beliau mendapat perhatian di peringkat antarabangsa adalah apabila Filem blockbuster Train to Busan ditayangkan di seluruh dunia.

Dalam filem itu , beliau membawa watak sebagai Yong Guk yang merupakan pemain besbol sekolah menengah dan oleh kerana filem itu menjadi hit , nama beliau juga terkena tempiasnya.

Korang kenal tak nama ini Bong Joon Ho ? mesti kenalkan pengarah hebat yang diiktiraf luar negara , Woo Shik pernah berlakon filem arahan beliau iaitu filem Okja pada tahun 2016.

Selepas itu , pada 2019 beliau sekali yang menerima tawaran untuk berlakon filem arahan beliau iaitu filem blockbuster Parasite dalam filem ini beliau memagang watak utama .

Wataknya adalah anak kepada orang miskin yang merancang bagi kerja dengan orang kaya seterusnya masuk dan rumah itu nak menyamar jadi orang kaya.

Dengan filem ini sahaja, telah menaikan taraf Choi Woo Shik ke satu tangga yang berbeza kerana filem ini merupakan filem korea pertama yang memenangi anugerah dia Academy Awards.

Beliau juga dikenali tidak hanya di Korea malah seluruh dunia kerana beliau merupakan pelakon yang membintangi filem-filem hit Korea.

CHOI WOO SHIK ADA KENA MENGENA DENGAN JYP ENTERTAINMENT?

Kalau korang yang minat bidang hiburan Korea , mesti korang taw kan setiap artis tak kira pelakon mahupun penyanyi mesti akan ada syarikat yang menguruskan mereka.

Syarikat-syarikat ini menjadi penghubung antara artis dengan pihak yang nak memberi tawaran dengan mereka jadi sangat penting untuk pilih syarikat yang betul-betul.

JYP Entertainment merupakan salah satu dari TOP 3 syarikat di Korea selatan , memang ramai nak menjadi artis dibawah syarikat mereka ditambah mereka merupakan syarikat yang menguruhkan ,

beberapa nama besar di dunia pada masa sekarang seperti TWICE , 2PM dan ITZY.

Ok back to Choi Woo Shik , nak cerita kat korang pada awal debut beliau iaitu selepas berjaya dalam drama debut beliau , Woo Shik menerima tawaran dari JYP.

Pada ketika itu tahun 2012, dan beliau menerima tawaran itu dan seterusnya mentandatangi perjanjian dengan JYP.

Sebab JYP memilih Woo Shik adalah kerana beliau mempunyai kelebihan lakonan yang solid serta kebolehan berbahasa English yang mantap.

Selepas sign dengan JYP beliau menerima tawaran berlakon filem Covertness bersama pelakon Kim Soo Hyun dan Lee Hyun Woo.

Banyak drama dan filem hit beliau berlakon dibawah jagaan JYP seperti Train To Busan , Okja , The Witch dan banyak lagi.

Selepas 6 tahun bersama JYP beliau memilih untuk tidak sambung kontrak tapi masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas syarikatnya itu.

 

PERKEMBANGAN TERKINI DAN AKHIR SEKALI MEDIA SOSIAL OFFICIAL

Choi Woo Shik tengah aktif dengan drama hit bersama pelakon cantik Kim Da Mi di dalam drama Our Beloved Summer pada 2022.

Filem terbaru beliau juga keluar pada masa yang sama iaitu filem The Policeman Lineage dan filem Netflix "Wonderland".

Korang yang nak taw update terkini dari Choi Woo Shik boleh follow official media sosial beliau iaitu @ChoiWooShik.

Teruskan support lakonan Choi Woo Shik tidak kira drama mahupun filem ok !

 

Post a Comment

Previous Post Next Post