Sinopsis Drama Wok Of Love Lakonan 2PM Junho dan Jung Ryeo Won. Hi Korang hari ini kita nak kongsi drama lakonan 2PM Junho yang seterusnya iaitu drama Wok Of Love yang ditayangkan pada tahun 2018. Drama Wok Of Love merupakan drama gandingan mantap 2PM Junho bersama Jung Ryeo Won.

 

Sinopsis Drama Wok Of Love Lakonan 2PM Junho dan Jung Ryeo Won

Drama ini menampilkan gandingan pelakon senior dalam bidang nyanyian dan juga lakonan , dimana Jung Ryeo Won merupakan bekas ahli kumpulan perempuan Chakra yang debut pada tahun 2000.

Manakala 2PM Junho yang merupakan dari boy group 2PM yang debut pada tahun 2008 , gandingan kedua-dua figura ini sangat dinantikan kerana kedua-dua dari bidang yang sama.

Drama Wok Of Love ini merupakan drama yang mengisahkan tentang seorang chef yang mempunyai masalah dalam pekerjaan dan percintan , jom baca synopsis drama ini.

SINOPSIS PENUH DRAMA WOK OF LOVE 2018~

Drama yang mengisahkan tentang Seo Poong (Lee Junho) yang merupakan seorang Chef yang sangat berkemahirang tinggi dan bekerja di restoran Chinese yang popular di sebuah Hotel.

Beliau mempunyai tuning yang bernama Seok Dal Hee (Cha Joo Young) yang bakal berkahwin tidak lama lagi.

Seok Dal Hee curang dengan Chef Seo Poong biarpun Seo Poong sangat menyangi belian, Dal Hee curang dengan CEO hotel tersebut.

Seo Poong berhenti bekerja di hotel itu , dan mempunyai impian untuk membalas dendam pada mereka dengan bekerja di restoran yang berada di hadapan hotel itu.

Restoran ini dijalankan oleh ketuan loan shark yang merupakn gangster kutip hutang Doo Chil Seong (Jang Hyuk) namun business dia tidak berjalan dengan baik kerana kekurangan pelanggan.

Seo Poong bertindak untuk mengambil alih restoran Chinese ini dan membawa pelanggan dari hotel lama dia bekerja itu ke restoran ini.

Pada mulanya berlaku pertelingkaran antara Seo Poong dengan crew masakan di sana yang merupakan kumpulan gangster.

Namun apabila kata sepakat dapat dicapai , restoran Chinese ini pun dibuka, pelabagai kisah terjadi semasa pembukaan restoran ini.

Sementara itu Dan Seo Woo (Jung Ryeo Won) adalah seorang perempuan muda yang mempunyai ayah yang kaya raya.

Pada hari pertunangan beliau , ayah beliau ditahan polis dan dalam masa yang sama tunangnya tidak hadir pada hari itu.

Beliau menjadi miskin , pelbagai masalah timbul selepas itu dia bertemu Doo Chil dan bekerja di restoran Seo Poong.

Doo Chil jatuh cinta pada Seo Woo pada hari pertama mereka berjumpa, adakah beliau berjaya menakluki hati Seo Woo?

Apakah hubungan antara Seo Woo dan Doo Chil , adakah mereka menyukai satu sama lain atau mereka hanya mengaggap kawan.

PROFIL DRAMA WOK OF LOVE (2018)~

Drama Wok Of Love ini mempunyai tajuk yang lain iaitu Greasy Melo yang sebutan koreanya adalah Gireumjin Melo (기름진 멜로)

Wok Of Love merupakan drama yang sangat special kerana diarahkan oleh dua pengarah hebat iaitu Park Sun Ho dan juga Ham Joon Ho.

Ham Joon Ho merupakan pengarah yang mengarahkan drama hit SBS pada tahun yang sama iaitu My Strange Hero.

Penulis untuk drama Wok Of Love ini adalah Seo Sook Hyang yang merupakan penulis hebat drama-drama hit .

Antara penulisan drama beliau yang hit adalah Jealousy Incarnate , Miss Korea ,Romance Town ,Pasta , Love and Law dan banyak lagi.

Drama Wok Of Love ini ditayangkan pada bulan May 2018 sehingga July 2018 dan ditayangkan pada setiap hari Isnin dan Selasa jam 10 malam.

 



BARISAN PELAKON DRAMA WOK OF LOVE 2018~

Drama Wok Of Love ini diterajui oleh 2PM Junho yang membawa watak Seo Poong manakala Jung Ryeo Won membawa watak Dan Sae Woo.

Watak Seo Poong di dalam drama ini banyak main perasaan , macho pon ada manakala Sae Woo pula seorang yang happy go luck biarpun tengah hadapi ujian.

Pelakon senior dan kacak Jang Hyuk turut membintangi drama ini sebagai watak utama ketiga sebagai Doo Chil Seong.

Chil Seong ini juga wataknya memain perasaan dan sangat kelakar dan comei walaupun dia seorang gangster ok.

Pelakon senior Lee Mi Sook turut membintangi drama ini dengan menjadi watak Ibu kepada Sae Woo yang struggle untuk hidup sebab sebelum ini dia orang kaya.

Park Ji Young yang juga merupakan pelakon senior membawa watak Chae Seol Ja yang merupakan pembantu keluarga Sae Woo yang menyammar

 jadi pengganggur untuk bekerja di restoran Seo Poong, sama seperti watak Im Geok Jung yang merupakan pembantu ibu Sae Woo.

Watak gangster yang serius dan kelakar di dalam drama ini dibawa oleh pelakon senior Jo Jae Yun yang wataknya adalah Oh Maeng Dal.

Pelakon Kim Hyun Joon, Choi Ki Sub , Cha In Ha , Choi Won Myeong merupakan ahli kumpula gangster yang mana nama mereka adalah Dong Sik ,  Yi Man , Chi Soo dan Gang Ho.

Watak antagonis di dalam drama ini adalah Yong Seung Ryong yang mana merupakan CEO hotel tempat Seo Poong bekerja dan juga perampas tunanggnya yang dilakonkan oleh Kim Sa Kwon.

Pelakon senior Lim Won Hee turut berlakon di dalam drama ini dengan watak Wang Choon Soo yang juga merupakan watak jahat di dalam drama ini.

INFO MENGENAI DRAMA WOK OF LOVE 2018~

Wok Of Love ini merupakan drama yang menggantikan drama Exit yang tamat keseluruhan episodnya dan bakal diigantikan dengan Still 17.

Pembacaan skrip pertama dijalankan pada bulan March 2018 , Ep. 23 & 24 tidak akan disiarkan seperti yang dijadualkan pada hari Selasa, 12 Jun 2018 kerana liputan berita mengenai sidang

kemuncak Presiden A.S. Donald Trump dan pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un di Singapura. Ep.23 & 24 juga tidak akan disiarkan pada minggu berikutnya

kerana liputan Piala Dunia FIFA 2018. Ep.23 & 24 sebaliknya akan disiarkan pada hari Isnin, 25 Jun 2018.

REVIEW DAN KOMEN MENGENAI DRAMA WOK OF LOVE ~

Drama Wok Of Love ini ditayangkan pada tahun 2018 jadi banyak komen yang diberikan mengenai drama ini.

Sebelum kita baca review drama dari penonton drama ini , Una nak share pandangan Una tengok drama ini , drama ni sangat best dan kelakar sebab watak-watak dalam drama ini pandai entertain.

Korang kalau tengok drama ni korang akan cakap chemistry antara watak utama Junho dan Ryeo Won sangat mantap sebab lakonan depa nampak real.

Kalau korang tengok behind the scene pon korang boleh nampak depa memang rapat gila , jalan cerita drama ini pon best gila.

Sangat rekomen untuk korang yang nak tengok drama lakonan 2PM Junho.

Komen dari penonton lain adalah Saya sangat sensitif dengan setiap plot kdrama yang saya tonton. Sebelum menonton, saya sentiasa pastikan membaca beberapa ulasan tentang drama tersebut dan

saya tidak tahu mengapa orang lain tidak menyukai drama ini. Saya sangat suka drama ini, ia bagus dan juga kelakar. Kimia antara petunjuk utama adalah baik. Mereka dimaksudkan untuk satu sama

lain. Secara keseluruhan, saya suka drama ini.

saya sangat seronok dengan drama itu.... lucu romantik menghiburkan....

Lakonan lee junho sangat bagus dalam drama ini OMG saya jatuh cinta dengan watak lee jun ho dalam drama ini....ã… ã… 

KATA AKHIR

Korang yang mana nak layan drama ini boleh tengok dekat google ya!

Selamat menonton !!

 

 

Post a Comment

Previous Post Next Post