Drama Terbaru Nam Joo Hyuk Twenty Five, Twenty One (2022). Drama yang ditunggu –tunggu oleh peminat drama Korea akhirnya akan ditayangkan tidak lama lagi. Drama terbaru lakonan Nam Joo Hyuk pada tahun 2022 adalah Twenty Five, Twenty One bersama Kim Tae RiTwenty Five, Twenty One meruapakan drama yang akan ditayangkan di saluran TvN pada bulan February tahun ini.

Drama Terbaru Nam Joo Hyuk Twenty-Five , Twenty-One (2022)



Drama ini diterajui oleh Nam Joo Hyuk dan Kim Tae Ri  sebaga tunggak utama , dua watak utama yang visual tiada tandingan.

SINOPSIS PENUH DRAMA TWENTY FIVE, TWENTY ONE (2022)

Drama ini mengisahkan tentang kisah pencintaan diantara Na Hee Do (Kim Tae Ri) dan Yi Jin (Nam Joo Hyuk).

Cerita yang mengisahkan di tahun 1998 di mana impian dan cita-cita orang muda ditarik dari mereka.

Dua orang manusia jumpa pertama kali ketika umur mereka masing-masing berusia 22 dan 18 tahun dan bercinta pada mereka berumur 25 dan 21.

Na Hee Do merupakan seorang atlet lawan pedang yang pasukan sekolah menengahnya dibubarkan kerana krisis IMF.

Walaupun impiannya kelihatan runtuh di hadapannya, dia meneruskan masa depannya tanpa berputus asa.

Baek Yi Jin merupakan anak sulung dalam sebuah keluarga yang hancur berantakan akibat krisis IMF.

Walaupun latar belakangnya yang sukar, dia bekerja keras untuk menjadi seorang wartawan.

Go Yoo Rim (Bona) ialah pemain lawan yang berada dalam pasukan kebangsaan, dan saingan Na Hee Do, yang sebaya dengannya.

Walaupun dia mempamerkan karisma yang garang sebagai pemain lawan, dia berubah menjadi seorang yang comel dan disayangi apabila dia menanggalkan pakaian seragam lawan pedangnya.

Moon Ji Woong ialah bintang media sosial yang menyasarkan untuk menjadi Ahli Hari Ini (pengguna yang diketengahkan) di Cyworld, rangkaian media sosial teratas Korea pada awal 2000-an.

Ji Seung Wan (Lee Joo Myoung) adalah pelajar terbaik di sekolah yang menyembunyikan hasrat untuk memberontak.

Krisis kewangan Korea Selatan juga menyebabkan perniagaan bapa Baek Yi-Jin muflis.

Ini membawa kepada perubahan hidup untuk Baek Yi-Jin, daripada menjalani kehidupan orang kaya kepada orang miskin. Semasa belajar, dia bekerja sambilan seperti surat khabar penghantaran.

Kemudian, dia menjadi wartawan sukan untuk rangkaian penyiaran.

Bagaimanakah hubungan persahabatan antara dua sahabat , kekeluargaan dalam diri seseorang remaja untuk laluinya.



PROFIL PENUH DRAMA TWENTY  FIVE, TWENTY ONE (2022)

Drama lakonan Kim Tae Ri dan Nam Joo Hyuk ini bertajuk Twenty-Five , Twenty- One yang mana sebutan koreanya adalah  Seumuldaseos Seumulhana , Seumuldaseot Seumulhana .

Pengarah drama Twenty-Five , Twenty- One adalah pengarah hebat Jung Ji Hyun , beliau juga merupakan pengarah yang mengarahkan banyak drama hit.

Antara drama yang diarahkan beliau adalah You Are My Spring , The King : Eternal Monarch , Searh : WWW dan Mr Sunshine manakala penulis drama ini adalah  Kwon Do Eun.

Drama ini akan ditayangkan pada bulan February 12 ini dan akan berakhir pada 4 April tahun ini .

Twenty-Five , Twenty- One yang merupakan drama yang disiarkan di tvN ini mempunyai 16 episod keseluruhannya.

Drama Twenty-Five , Twenty- One ini ditayangkan pada setiap hari Sabtu dan Ahad pada jam 9 malam jam Korea selama 1 jam 10 minit.

Tema drama ini adalah persahabatan. romance , youth dan drama.

 

BARISAN PELAKON DRAMA TWENTY FIVE, TWENTY ONE (2022)

Pelakon kacak Nam Joo Hyuk membawa watak Baek Yi Jin manakala pelakon cantik Kim Tae Ri akan membawa watak Na Hee Do di dalam drama ini.

Gandingan kedua-dua ini merupakan antara penyebab drama ini menjadi drama yang ditunggu-tunggu tahun ini.

Ramai tidak sabar untuk melihat chemistry antara mereka berdua.

Drama ini turut dibintangi oleh idol yang menjadi pelakon iaitu dari kumpulan WJSN iaitu Bona , di dalam drama ini wataknya adalah Go Yu Rim.

Pelakon lelaki yang sedang meningkat naik Choi Hyu Wook membawa watak Moon Ji Woong di dalam drama ini.

Watak ibu kepada Baek Yi Jin di dalam drama ini adalah dibawa oleh pelakon senior Kim Young Sun.

Pelakon cantik Lee Joo Myung turut membawa watak Ji Seung Wan di dalam drama ini.

Barisan pelakon ini hanya setengah diumumkan , pelakon lain untuk drama ini akan dikemaskini nanti.

 

INFO WATAK UTAMA DRAMA TWENTY FIVE, TWENTY ONE (2022)

Nam Joo Hyuk merupakan pelakon yang namanya sudah dikenali di Korea malah juga diluar Korea kerana beliau banyak berlakon drama hit.

Beliau mula dikenali dalam drama  "Weightlifting Fairy Kim Bok-Joo" apabila gandingan beliau dengan Lee Sung Kyung mendapat pujian.

Selepas itu nama dia kembali menjadi sebutan dengan drama Start Up yang menjadi hit di luar Korea dan gandingannya bersama Suzy sangat padan.

Beliau juga merupakan pemegang anugerah artis baru lelaki di anugerah Blue Dragon Film Awards dan MBC Drama Awards 2016.

Pelakon cantik Kim Tae Ri pula merupakan pelakon yang merupakan alumni Kyung Hee University dan menjadi contoh kerana beliau menjadi pelakon ketika beliau sedang belajar di University.

Filem pertama beliau  adalah The Handmaiden pada tahun 2016 , dengan filem ini membolehkan beliau menerima artis baru wanita di Blue Dragon Film Awards.

Di dalam Filem ini beliau terplilih dari 1500 pelakon wanita yang audition untuk watak itu.

Pada tahun 2021 , drama beliau bersama Song Joong Ki mendapat pujian iaitu drama Space Sweepers.

Drama Twenty-Five Twenty-One ini merupakan drama comeback beliau selepas 3 tahun iaitu pada tahun 2018 drama Mr Sunshine adalah drama terakhirnya.

Lakonan beliau dalam Mr Sunshine juga mendapat pujian dari ramai orang.

Peminat kumpulan wanita WJSN pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk melihat drama ini apabila ahli kumpulan WJSN Bona membintangi drama ini.

Bona yang debut bersama WJSN pada tahun 2015 melakukan debut lakonan beliau pada tahun 2017 dengan drama Hit The Top dan juga Girls Generation 1979.

 

KOMEN DAN REVIEW MENGENAI DRAMA TWENTY FIVE, TWENTY ONE

Oleh kerana drama ini antara drama yang ditunggu-tunggu ramai orang , jom kita baca komen dari netizen adakah mereka suka gandingan pelakon dalam drama ini.

Seorang netizen mengatakan beliau tidak sabar untuk melihat baek Yi Jin , Saya tidak sabar untuk baekyijin! Nam joohyuk hwaiting

Gandingan Kim Tae Rid an Nam Joo Hyuk membuatkan ramai tidak sabar melihat drama ini ,

Menunggu Dengan Cemas Dan Sangat Teruja Untuk Twenty Five, Twenty One Tidak Sabar Untuk Melihat Dua Rumah Kuasa Nam Joo Hyuk Dan Kim Tae Ri Bersama Buat Pertama Kali??❤❤.

Nam Joo Hyuk & Kim Taeri dalam drama! Kedua-duanya adalah penerima anugerah Blue Dragon Awards!

Saya tidak sabar untuk melihat mereka bersama. Saya mendoakan yang terbaik untuk seluruh pelakon dan kru Twenty Five, Twenty One !!

Kim tae ri kembali, hell yeah!! Sebelum dia seorang penembak tepat dan sekarang seorang pemain pedang, sangat teruja!!

 

KATA –KATA AKHIR

Drama ini pastinya akan membuatkan kita semua tidak bosan kerana pelbagai jalan cerita yang diterapkan di dalam drama ini.

Korang kena tengok taw sebab gandingan Kim Tae Ri dan Nam Joo Hyuk pastinya menjadi , selamat menonton!.


Post a Comment

Previous Post Next Post