Profil Lengkap dan Biodata Seo Ye Ji  Pelakon It's Okay to Not Be Okay. Drama It’s Okay To Not Be Okay yang menjadi salah satu drama hit pada tahun 2020. Gandingan pelakon utama drama ini mendapat pujian , gandingan Kim Soo Hyun dan Seo Ye Ji tampak chemistry yang kuat. Hari ini kami nak kongsi dekat ampa biodata seo ye ji pelakon utama its okayto not be okay.

Profil Lengkap dan Biodata Seo Ye Ji  Pelakon It's Okay to Not Be Okay


PROFIL SEO YE JI

Nama sebenar beliau sama seperti nama stage beliau iaitu Seo Ye Ji, beliau lahir pada 6 April 1990 berumur 32 tahun pada tahun 2022.

Seo Ye Ji lahir di Seoul , Korea dan merupakan pelajar di sekolah rendah Youngwon manakala sekolah menengah di Sekolah Menengah Youngshin.

Beliau belajar di Spain dan jurusan Journalism , beliau bercita-cita menjadi pembaca berita sebelum menjadi pelakon.

PERMULAAN KARIER LAKONAN SEO YE JI 

Seo Ye Ji sebenarnya tidak pernah terlintas untuk menjadi pelakon namun berubah arah apabila beliau menarik perhatian CEO sebuah syarikat yang memujuknya untuk menjadi pelakon.

Pada 2013 beliau memasuki dunia hiburan dengan muncul di dalam iklan SK Telecom pada bulan march 2013.

Rezekinya bertamba apabila menjadi salah seorang pelakon dalam filem pendek jenama Samsung Galaxy S4.

DRAMA DAN FILEM PERTAMA SEO YE JI

Nama beliau mula dikenali dan dia mula menerima beberapa tawaran berlakon , drama pertama beliau adalah drama sitcom yang disiarkan di tvN bertajuk Potato Star.

Sitcom itu mempunyai lebih 120 episod ditayangkan bermula September 2013 sehingga May 2014.

Kemudiannya beliau muncul dengan drama sejarah saluran MBC pada 2014 yang bertajuk Diary Of A Night Watchman.

Dalam drama ini beliau membawa watak pembantu dan melalui drama ini beliau menerima pencalonan untuk kategori Artis baru terbaik di 2014 Mbc Drama Award.

Selepas itu, beliau membintanbgi drama Last yang mana watak utama adalah Yoon Kye Sang , melalui drama ini netizen mula membuka mata untuk Seo Ye Ji.

Beliau melakukan debut sebagai pelakon filem pada tahun 2015 di dalam drama sejarah hit The Throne pada 2015.

TAHUN MENEPA KEJAYAAN BUAT SEO YE JI

Setelah bermula dari bawah , tahun 2017 tahun pertama Seo Ye Ji memegang watak utama iaitu dalam fiem Another Way.

Kemudiannya beliau bersama Kim Jung Hyun membintangi 4DX VR Film yang bertajuk Stay With Me.

Tahun 2018 , drama pertama sebagai watak utama adalah Lawless Lawyer , beliau bersama Lee Joon Gi sebagai watak utama.

Drama Lawless Lawyer ini menjadi drama yang hit dan menjadi salah satu drama yang mendapat rating tertinggi dalam sejarah kabel tv.

Tahun 2020, beliau sekali lagi mencipta fenomena apabila drama lakonan beliau bersama Kim Soo Hyun dan juga drama netflix mendapat perhatian dari luar negara.

Drama Its Okay To Not Be Okay mendapat perhatian Korea dan luar negara , media dan peminat luar negara sangat memuji lakonan beliau dan Kim Soo Hyun.

KONTROVERSI DAN BANGKIT SEMULA SEO YE JI ~~

Baru sahaja ingin bergembira dengan populariti yang dicapai , Seo Ye Ji dihimpit dengan kontroversi yang agak besar sehinggakan beliau terpakasa berehat seketika dari lakonan.

Seo Ye Ji terlibat dengan kontroversi apabila dituduh menjadi punca kelakon yang tidak manner Kim Jung Hyun pada press conference drama The Time.

Kim Jung Hyun menjadi tumpuan pada sidang media drama The Time apabila membuat reaksi tidak suka dan menyampah apabila sesi bergambar dengan heroin drama itu.

Pada ketika sesi berfoto Kim Jung Hyun diminta untuk membenarkan Seohyun SNSD yang merupakan heroin memegang tangannya namun ditolak beliau.

Ketika itu semua tidak dapat mengenal pasti kenapa beliau melakukan begitu namun 2021 semuanya terbongkar apabila kontroversi itu kerana seseorang.

Kim Jung Hyung ketika itu bercinta bersama Seo Ye Ji dan Seo Ye Ji tidak mahu teman lelaki dia itu melakukan sebarang physical contact dengan heroinnya.

Biarpun tidak mengiyakan kontroversi ini namun ia sedikit sebanyak mencalarkan reputasi Seo Ye Ji yang baru hendak naik.

Setelah 10 bulan mendiamkan diri beliau membuat permohonan maaf secara terbuka di instagram beliau dan berjanji akan menunjukkan kematangan.

Tahun 2022 , Seo Ye Ji akan kembali dengan drama terbaru "Eve" yang bakal disiarkan di saluran tvN tidak lama lagi.

Korang teruskan support Seo Ye Ji okay , komen kata semangat untuk beliau di media sosial official beliau.

*kalau ada apa-apa nak tambah atau ada kesilapan boleh komen dibawah.

Post a Comment

Previous Post Next Post