Drama Terbaru Lakonan Han Ji Min dan Kim Woo Bin. Drama yang ditunggu-tunggu akhirnya akan tiba iaitu drama lakonan pelakon cantik popular Han Ji Min bersama pelakon yang membuat kemunculan kembali selepas berehat akibat sakit kanser Kim Woo Bin , pelakon popular Shin Min Ah serta pelakon bertaraf dunnia Lee Byung Hun akan menemui penonton pada april ini. Tajuk drama terbaru lakonan han ji min, kim woo bin, shin min ah dan lee byung hun adalah our blues.


Drama Terbaru Lakonan Han Ji Min dan Kim Woo Bin

Drama Our Blues ini sangat special kerana ia dibintangi oleh semua pelakon-pelakon bertaraf bintang "A" di Korea.

Kalau korang tengok senarai pelakon Our Blues ini macam avengers taw sebab semua pelakon popular seperti Han Ji Min , Kim Woo Bin , Shin Min Ah dan Lee Byung Hun.

Ini merupakan drama pertama yang dilakonkan oleh Shin Min Ah bersama kekasihnya iaitu Kim Woo Bin dan pastinya menjadi drama yang paling dinantikan.

Selain 4 pelakon yang meletop ini, drama ini turut dibintangi oleh Cha Seung Won , Uhm Jung Hwa dan Lee Jung Eun.

SINOPSIS DRAMA OUR BLUES 2022~~

Drama ini mengisahkan sekumpulan orang yang tinggal di Pulau Jeju, Lee Dong-Seok (Lee Byung-Hun) dilahirkan di sebuah kampung kecil di Pulau Jeju.

Dia kini menjual barangan dari traknya di pulau itu. Dia bukanlah seorang yang canggih. Lee Dong-Seok kemudian terlibat dengan Min Sun-A (Shin Min-A), yang baru berpindah ke Jeju. 

Dia mempunyai kisahnya sendiri yang tiada siapa tahu, seterusnya Choi Han-Soo (Cha Seung-Won) dilahirkan dan dibesarkan di Pulau Jeju, tetapi dia berpindah ke tanah besar. 

Dia kini  pulang ke kampung halamannya dan menjadiseorang lelaki bandar yang sempurna dan bertemu cinta pertamanya Jung Eun-Hee (Lee Jung-Eun). 

Dia mengusahakan kedai memancing di pulau itu dan berkawan dengan Go Mi-Ran (Uhm Jung-Hwa).

Go Mi-Ran telah pulang ke kampung halamannya di Jeju, kerana dia bosan dengan kehidupan bandar yang sukar.

Lee Young-Ok (Han Ji-Min), yang berpindah ke Pulau Jeju, telah menjadi haenyeo (penyelam wanita) sejak 1 tahun yang lalu.

 Dia seorang yang bijak namun banyak khabar angin mengenainya, suatu hari dia bertemu dengan Park Jung-Joon (Kim Woo-Bin), yang merupakan seorang kapten kapal. 

Dia seorang lelaki yang berhati hangat dan dia sedang mencari wanita yang tidak akan meninggalkan Jeju dan atuh cinta dengan Lee Young-Ok.

Bagaimanakah kisah 3 perhubungan ini , adakah akan berakhir dengan kegembiraan atau adakah mereka akan kembali ke Seoul dan meninggalkan Jeju.


TAYANGAN DRAMA OUR BLUES 2022~~

Drama Our Blues ini diarahkan oleh pengarah hebat Kim Kyu Tae dan penulis drama ini adalah No Hee Kyung yang juga penulis hebat.

Bakal ditayangkan pada 9 April 2022 ini di saluran TvN dan akan bersiaran sebanyak 20 episod keseluruhannya.

Drama ini akan menggantikan drama Twenty Five Twenty One atau juga dikenali "2521" yang bakal tamat tidak lama lagi.

Uniknya drama ini adalah apabila dibintangi oleh pelakon bertaraf bintang yang begitu ramai , selalunya filem yang akan dibintangi oleh ramai pelakon bintang namun tidak pada drama ini.

Jangan lupa layan drama yang sarat dengan pengajaran dan pembelajaran .

Post a Comment

Previous Post Next Post