Sinopsis Doctor Lawyer Lakonan So Ji Sub. So Ji Sub merupakan pelakon Korea yang sangat popular di Korea. Beliau sangat terkenal dengan lakonan yang sangat hebat dalam drama korea, jadi hari ini kita nak kongsi drama terbaru beliau iaitu Doctor Lawyer. Rajin-rajin lah wahai penonton drama korea yang setia untuk baca sinopsis doctor lawyer lakonan so ji sub.

Sinopis Doctor Lawyer Lakonan So Ji Sub


Drama Doctor Lawyer akan ditayangkan tidak lama lagi di saluran MBC dan drama ini merupakan drama comeback dari So Ji Sub.

Doctor Lawyer ini merupakan drama pertama beliau setelah mendirikan rumah tangga dengan bekas pembaca berita Jo Eun Jung pada 2020.

Setelah 4 tahun berehat dari drama beliau kembali , drama terakhir beliau adalah My Secret Terrius bersama Jung In Sun.

Drama ini juga special kerana dibarisi oleh barisan pelakon yang hebat dan popular di Korea iaitu Shin Sung Rok dan Im Soo Hyang.

SINOPSIS PENUH DRAMA DOCTOR LAWYER 2022~~

Mengisahkan tentang Han Yi-Han (So Ji-Sub) yang merupakan seorang pakar bedah elit.

Dia lulus di peringkat teratas sekolah perubatan terbaik di Korea Selatan dan dia pakar dalam dua jabatan: pembedahan am dan pembedahan kardiotoraks.

Satu pembedahan mengubah hidupnya. Han Yi-Han percaya dia melakukan pembedahan itu dengan baik, tetapi pesakit itu meninggal dunia. Dia kemudian mendapat lesen perubatannya dibatalkan.

Empat tahun kemudian, Han Yi-Han bekerja sebagai peguam, pakar dalam litigasi perubatan. Dia juga cuba membongkar kebenaran di sebalik kematian bekas pesakitnya.

Untuk perbicaraan beliau, Han Yi-Han membela mangsa dan cuba menghukum mereka yang melakukan penyelewengan perubatan dan kecuaian.

Dia bekerja dengan seorang pendakwa raya, yang kehilangan ahli keluarga dan kekasih akibat pembedahan yang dilakukan Han Yi-Han.

PROFIL PENUH DRAMA DOCTOR LAWYER 2022 ~~

Di dalam tulisan Korea tajuk drama ini adalah 닥터 로이 manakala sebutannya adalah Dagteo Loieo.

Drama ini akan ditayangkan pada 3 Jun 2022 dan akan berakhir pada 23 Julai 2022 , episode keseluruhan drama ini adalah 16.

Ditayangakan pada Jumaat dan Sabtu di saluran MBC , tayangan drama doctor lawyer ini adalah selama 60minit.

Pengarah drama doctor lawyer adalah seorang pengarah yang hebat dan berbakat iaitu pengarah Lee Yong Seok.

Manakala penulis drama ini adalah Jang Hong Cheol yang juga merupakan penulis yang sangat baik dalam penulisan.

BARISAN PELAKON DRAMA DOCTOR LAWYER 2022~~

Seperti kita tahu watak utama drama ini adalah pelakon So Ji Sub yang bakal membawa watak bernama Han Yi Han.

Watak utama seterusnya adalah Shin Sung Rok , seorang pelakon senior yang sangat berbakat , beliau akan membawa watak Jaden Lee.

Pelakon wanita utama di dalam drama ini adalah Im Soo Hyang , seorang pelakon wanita yang banyak menerima anugerah dan beliau akan membawa watak Geum Seok Young.

Di dalam drama ini akan ada Hospital dan Foundation Banseok , tempat ini akan diketuai oleh pelakon legen Korea Lee Kyoung Young yang membawa watak Goo Jin Ki.

Turut sama di hospital ini adalah pelakon cantik Lee Joo Bin yang membawa watak bernama Im Yoo Na dan pelakon Lee Dong Ha membawa watak Goo Hyun Sung.

Drama ini juga akan ada Office undang-undang yang bernama New Hope Law Office dan  Bahagian Medical Crime .

Pelakon yang akan membawa watak pada bahagian ini adalah Jung Min A dan Jo Hyun Sik , masing-masing mereka membawa watak Jo Da Rom dan Kang Dae Woong.

Turut sama di dalam department ini adalah Ban Soo Hee dan Baek Kang Ho yang dillakokan oleh Seo Yoona  dan pelakon kacak Choi Jae Woong.

Pelakon  lain yang turut sama membintangi drama ini adalah No Young Tak dan Lee Sang Hoon yang membawa watak Jung Hee Kyung dan Ketua Park.

 

AKHIR KATA ~

Jangan lupa layan drama Doctor Lawyer taw sebab drama ini sangat special kerana drama comeback dari So Ji Sub.

Drama ini juga dibarisi oleh pelakon-pelakon yang sangat hebat , baik lelaki mahupun perempuan, malah jalan cerita drama ini juga sanagt best.

Bakal ditayangkan tidak lama lagi , ampa jangan terlupa taw dan selamat menonton semua ~

Post a Comment

Previous Post Next Post