Biodata Son Seok Koo Pelakon My Liberation Notes. Pelakon yang namanya semakin dikenali di Korea dan luar Korea iaitu Son Seok Koo kembali dengan drama terbaru 2022. Son Seok Koo mendapat perhatian setelah lakonan beliau di dalam drama be melodramatic mendapat pujian dari netizen Korea. Hari ini mari kita baca biodata son seok koo pelakon my liberation notes.

Biodata Son Seok Koo Pelakon My Liberation Notes


Son Seok Koo bukan sahaja seorang pelakon namun seoranga pengarah dan penulis , beliau debut pada tahun 2014.

Ampa yang peminat drama Korea mesti pernah tengok beliau dekat drama Mother yang dilakonkan oleh Lee Bo Young dan pelakon cilik Heol Yool.

Dalam drama tu dia berlakon memang menakotkan tapi ramai puji sebab lakonan beliau sampai dalam drama itu.

Biodata Son Seok Koo Pelakon My Liberation Notes~~

Nama beliau adalah Son Seok-koo or Son Suk-ku , lahir pada 7 february 1983 di South Korea.

Sejak dari sekolah menengah, dia belajar lakonan di Amerika Syarikat selama 10 tahun. 

Dia kemudiannya menyambung pengajian di Kanada buat sementara waktu sebelum pulang ke Korea.

Beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Institut Seni Chicago  dalam bidang Pembuatan Filem (FVNMA).

Son Seok Koo berketinggian 178cm manakala berat beliau adalah 80 kg dan beliau merupakan orang yang berdarah B.


PERMULAAN KARIER LAKONAN SON SEOK KOO~~

Cita-cita beliau pada mulanya untuk jadi pengarah filem dokumentari tapi setelah pulang ke Korea beliau menjadi pelakon teater.

Tahun 2016 beliau memulakan karier sebagai pelakon drama sebagai watak sampingan dalam drama  Kidnapping Assemblyman Mr. Clean.

Selepas itu tahun 2017 beliau menerima tawaran berlakon drama Netflix bertajuk Sense8 sebagai Detektif Mun.

Drama pertama beliau sebagai watak utama adalah drama Mother , di dalam drama itu watak beliau adalah Seol Ak.

Tahun yang sama beliau berlakon dua lagi drama iaitu Suits sebagai David Kim dan drama Matrimonial Chaos sebagai Lee Jang Hyun.

2019 beliau membintangi drama yang menaikkan nama beliau iaitu drama JTBC Be Melodramatic , di dalam drama ini beliau memegang watak Kim Sang Soo.

PENCALONAN ANUGERAH ~~

Tidak hanya pandai berlakon namun beliau juga beberapa kali menjadi calon untuk beberapa kategori anugerah di Korea.

Tahun 2018 beliau termasuk dalam pencalonan Pelakon Lelaki Terbaik anugerah drama KBS untuk drama Suits, dan Matrimonial Chaos.

Berikutnya sangat special apabila beliau menerima dua pencalonan untuk anugerah Baeksang arts awards yang ke 55.

Beliau tercalon untuk pelakon baru lelaki untuk kategori pelakon drama dan filem , filem Hit and run squad manakala drama matrimonial chaos.

Tahun 2022 juga beliau tercalon untuk pelakon baru terbaik filem untuk filem Nothing Serious.

OFFICIAL MEDIA SOSIAL SON SEOK KOO~~

Mesti ada yang di antara ampa semua yang baru nak kenal son seok koo kan sebab dalam drama my liberation notes watak beliau best kan.

Ampa rajin-rajinlah follow official media sosial di untuk tahu perkembangan terkini beliau >>@SONSUKKU

Teruskan support kerjaya lakonan Son Seok Koo taw ampa semua !! *kalau nak suruh tambah apa-apa tulis di komen. :)




Post a Comment

Previous Post Next Post