Biodata Alif Satar Pelakon Risik Pada Hati. Drama terbaru slot akasia yang bakal menggantikan drama bisik-bisik gelora adalah drama risik pada hati. Risik pada hati adalah drama terbaru yang menggandingkan tiga tunggak utama iaitu Alif Satar , Zara Zya dan Ummi Nazeera sebagai watak utama. Hari ini mari kita baca biodata alif satar pelakon risik pada hati.

Biodata Alif Satar Pelakon Risik Pada Hati


Seperti korang tahu yang Alif Satar sememangnya seorang penyanyi namun beliau juga aktif berlakon drama di Malaysia.

Antara lagu Alif Satar yang sangat dikenali adalah Nakal , Selamanya Cinta , Sebenarnya, Khayal dan banyak lagi.

BIODATA ALIF SATAR PELAKON RISIK PADA HATI~ ~

Nama sebenar beliau adalah Muhammad Alif bin Mohd Satar , lahir pada 19 september 1990 di Kuala Lumpur, Malaysia.

Alif Satar berketinggian 170cm dan mempunyai 3 orang anak dan isteri beliau bernama Shadila Halid.

Beliau adalah seorang yang multitalented apabila boleh menyanyi , berlakon, pengacara , producer, bersukan dan banyak lagi.

PERMULAAN PERJALANAN KARIER BERGELAR ARTIS ALIF SATAR~~

Alif Satar mula menceburi dunia hiburan Malaysia bermula tahun 2006 apabila beliau menyertai rancangan nyanyian One In A Million terbitan TV8.

Beliau berjaya melayakkan kaki ke final One In A Million dan berjaya memperolehi tempat ketiga manakala juara dan naib juara rancangan ini adalah Suki Low dan Faizal Tahir.

Pada ketika beliau menyertai rancangan itu , beliau baru sahaja berusia 16 tahun namun berjaya mendapat tempat ke 3.

Ketika berusia 14 tahun beliau terlibat dalam persembahan teater Peter Pan The Lost Boys dari produksi West End London.

Muncul dengan single pertama selepas One In A Million yang bertajuk Khayal pada 2006 dan menjadi penyanyi OST drama Delima dengan lagu Kau Pergi pada 2008.

NAMA MENJADI SEBUTAN SETELAH "DIA SEMANIS HONEY" ~ ~

Biarpun dia sudah berada lama di dalam industri hiburan Malaysia namun nama beliau kurang dikenali namun setelah drama Dia Semanis Honey ditayangkan nama beliau mula menjadi sebutan.

Pada 2016 nama Alif Satar diumumkan sebagai pelakon utama drama Dia Semanis Honey bergandingan bersama Siti Nordiana.

Drama ini menjadi tumpuan kerana merupakan drama comeback pertama buat Siti Nordiana yang baru sahaja memenangi Gegar Vaganza 2 pada ketika itu. 

Sambutan yang menggalakkan dari drama itu membolehkan bertambah siri kepada Dia Semanis Honeymoon dan terus ke muzikal.

Tahun 2017 nama beliau sekali lagi menjadi sebutan apabila drama beliau bersama Neelofa menjadi popular iaitu Red Velvet.

Selepas itu , setiap tahun Alif Satar akan muncul dengan drama yang baru untuk peminat beliau.

PENGACARA TERBAIK MALAYSIA~~

Tidak hanya mendapat pujian dek kerana berlakon namun beliau juga menerima pujian kerana bakat pengacaraan beliau yang hebat. 

Alif Satar debut sebagai pengacara bermula 2008 apabila beliau bersama Zizan mengacara rancangan Idola Kecil.

Antara rancangan yang telah beliau acarakan adalah Nak Ke Mana Kita Musim 2, Suka Lattew , Meletop Kebaboom , AJL dan banyak lagi.

Beliau juga sudah sinonim dengan rancangan Astro iaitu Big Stage bersama Sherry Al Hadad.

MEDIA SOSIAL OFFICIAL DAN AKHIR KATA ~~

Buat peminat baru Alif Satar jangan lupa follow media sosial official beliau >> @alifsatar , dekat sini korang boleh tengok update terkini mengenai karier beliau.

Alif Satar juga terkenal dengan Athlete Ironman , duta produk , korang boleh tengok dan follow instagram Alif Satar untuk semua ini.

Teruskan suppor Alif Satar yang sedang kembali beraksi di dalam drama Risik Pada Hati yang sedang ditayangkan.

Support drama Risik Pada Hati kasi trending ok semua ~~





Post a Comment

Previous Post Next Post