Profil Dan Sinopsis Drama Anna Lakonan Suzy. Drama yang ditunggu-tunggu peminat setia pelakon wanita cantik dan popular Korea Suzy akhirnya bakal ditayangkan tidak lama lagi. Suzy yang merupakan salah seorang pelakon wanita yang mempunyai peminat yang ramai di Korea akan kembali dengan drama terbaru setelah berehat 2 tahun. Beliau akan kembali dengan drama "anna" jadi mari kita baca sinopsis drama Anna lakonan Suzy.

Profil Dan Sinopsis Drama Anna Lakonan Suzy


Anna adalah drama pertama yang dipilih Suzy untuk berlakon setelah drama terakhir beliau adalah Start Up pada 2020.

Drama ini mula proses pengambaran sekitar hujung tahun lepas iaitu bulan Oktober 2021 dan tamat pengambaran pada bulan March 2022.

SINOPSIS DRAMA ANNA LAKONAN BAE SUZY ~~

Mengisahkan tentang dengan permulaannya  dengan pembohongan yang mudah (simple).

Penipuan ini telah membawa Yu-Mi (Bae Suzy) menjalani kehidupan yang sama sekali berbeza dan berubaha sama sekali .

 Suaminya ialah Ji-Hun (Kim Joon-Han), dia seorang yang bercita-cita tinggi, yang mengejar kehidupan berorientasikan matlamat. 

Yu-Mi berkawan dengan Ji-Won (Park Ye-Young), Ji-Won ialah satu-satunya orang yang Yu-Mi boleh percaya dan bergantung harap.

Sementara itu Hyun-Joo (Jung Eun-Chae) menikmati kehidupannya yang unggul, tanpa sebarang memikirkan perasaan orang lain.

BARISAN PELAKON DAN WATAK DRAMA ANNA 2022~~

Drama Anna ini merupakan drama yang dibarisi oleh ramai pelakon berbakat dan popular , ini merupakan salah satu tarikan untuk drama ini.

Watak utama drama ini adalah Bae Suzy yang seperti kita tahu beliau sangat berbakat berlakon biarpun beliau adalah merupakan idola wanita Miss A.

Watak Bae Suzy di dalam drama Anna ini adalah Lee Yu Mi/ Anna yang merupakan seorangan perempuan yang kehilangan identiti sebenar beliau dan beliau lalui kehidupan baru.

Kehidupan baru yang tidak dapat dijangkakan apabila dia perlu hidup dengana nama baru dan kehidupan baru dek kerana penipuan kecil yang beliau lakukan.

Pelakon lain yang bintangi drama ini adalah pelakon cantik Jung Eun Chae , beliau memegang watak Hyun Joo di dalam drama ini.

Hyun Joo di dalam drama ini adalah seorang bekas boss kepada Yumi (Suzy), seorang yang lahir dari keluarga berada , beliau merupakan pemilik galeri yang dimiliki bapanya dan di galeri ini Yumi berkerja.

Suami kepada Yumi di dalam drama ini dibawa oleh pelakon berbakat Kim Jun Han , watak beliau bernama Ji Hoon.

Ji Hoon merupakan seorang suami kepada Yumi, dia seorang yang bercita-cita tinggi dan seorang yang mempunyai matlamat.

Dia juga adalah CEO di sebuah syarikat yang boleh berkembang jauh, beliau memulakan perniagaan sejak beliau masih muda.

PROFIL DRAMA ANNA (2022)~~


Drama Anna merupakan drama yang diarahkan oleh pengarah berbakat Lee Joo Young yang banyak mengarahkan drama hebat.

Bakal ditayangkan bermula 24 June ini dan drama Anna ini juga ditayangkan pada setiap hari Jumaat.

Saluran yang akan menayangkan drama ni adalah Coupang Play , pengarah Lee Joo Young turut merupakan penulis di dalam drama ini.

Jangan lupa saksikan drama Anna pada setiap Jumaat jam 9 malam.

Post a Comment

Previous Post Next Post