Profil Dan Biodata Jeon So Min Ahli Running Man. Rancangan Running Man merupakan salah satu rancangan game show yang sangat popular di seluruh dunia. Sebuah rancangan keluaran Korea Selatan kini di tahun ke 12 bersiaran dan merupakan rancangan yang paling lama ditayangkan di Korea Selatan. Salah seorang ahli running man adalah jeon so min jadi hari ini mari kita baca profil dan biodata jeon so min ahli running man.

Profil Dan Biodata Jeon So Min Ahli Running Man


Jeon So Min merupakan ahli running man yang ditambah masuk bersama pelawak Yang Se Chan di dalam running man pada april 2017.

Oleh kerana running man sekarang sudah masuk tahun ke 12 dan tahun ini merupakan tahun ke  5 mereka berdua bersama running man jadi kita nak share dekat ampa mengenai Jeon So Min.

BIODATA JEON SO MIN RUNNING MAN~~

Nama sebenar beliau adalah Jeon So Min lahi pada 7 April 1986 di Goyang , Gyeonggi  Province , Korea Selatan.

Somin adalah merupakan anak sulung dari dua orang adik beradik, beliau mempunyai seorang adik lelaki (kalau korang nak tengok boleh tengok running man ada adik lelaki dia muncul)

Beliau juga merupakan bekas pelajar Universiti Dongduk Women dan graduate dalam bidang Broadcasting dan entertainment.

PERMULAAN KARIER JEON SO MIN SEBELUM MENJADI ARTIS~~

Jeon So Min debut pada tahun 2004 , sebelum menjadi pelakon Somin adalah seorang model majalah pada ketika dia di sekolah menengah.

Beliau debut sebagai pelakon bermula dengan drama Miracle yang ditayangkan pada 2004 , selepas itu tahun yang sama beliau membintangi Drama City.

Kedua-dua drama ini beliau hanya watak sampingan , selepas setahun beliau muncul sebagai pelakon filem bermula dengan filem Cinderella pada 2006.

Tahun 2007 beliau kembali berlakon drama yang bertajuk The Great Catsby dan di dalam drama ini beliau membawa watak Choi Soo Yeon.

Sehingga kini beliau sudah banyak membintangi drama Korea , ada watak yang sebagai baik dan ada juga watak yang antoganis yang dibawa beliau.

Antara drama yang beliau lakonkan yang mendapat perhatian peminat drama adalah Princess Aurora , Something About 1 Percent , Cross , Birthday Letter, Embarrasing Days, 

JADI TETAMU RUNNING MAN DAN JADI AHLI TETAP ~~

Sebelum jadi ahli tetap Running Man , Somin telebih dahulu datang ke running man sebagai tetamu jemputan , sapa ingat episod bila?

Yang tak taw Somin jadi tetamu pada episod 224 dan 343 running man, dekat episod 2 ini ramai nampak chemistry antara Somin dengan kwangsoo sebab dua2 perangai merapu.

Pastu episod 346 Running man , Somin dan Yang Sechan official jadi ahli tetap running man walaupun permulaan episod depa dua , fans international sukar nak terima but lama2 sehingga sekarang depa sudah boleh terima.

Ampa yang mana baru minat Somin boleh follow instagram official beliau dekat sini >>@jsomin86 , jangan lupa follow dekat sini ampa boleh tengok aktiviti kerja somin.

teruskan support Jeon So Min dan Running Man. 

Post a Comment

Previous Post Next Post