Sinopsis Alchemy of Souls Lakonan Lee Jae Wook Dan Jung So Min. Drama yang di nanti-nantikan peminat drama korea akhirnya akan ditayangkan tidak lama lagi. Drama alchemy of souls merupakan drama yang menggandingkan pelakon lama dan pelakon baru iaitu jung somin dan lee jae wook. Jom kita baca sinopsis alchemy of souls lakonan lee jae wook dan jung so min.

Sinopsis Alchemy of Souls Lakonan Lee Jae Wook Dan Jung So Min


Jung So Min merupakan pelakon wanita Korea yang namanya sudah dikenali di sana , beliau merupakan pelakon yang membintangi drama Playful Kiss pada 2010.

Manakala Lee Jae Wook pula merupakan pelakon baru yang namanya baru meningkat naik , filem beliau yang menaikkan nama beliau adalah  The Battle of Jangsari dan drama Extraordinary You.

Drama Alchemy of Souls merupakan drama pertama yang mengandingkan lee jae wook dan jung so min, drama ini turut dibintangi oleh dua pelakon idola yang popular , kalau nak taw sapa baca bawah.

Turut sama membantu drama ini adalah Hwang Min Hyun dari kumpulan Nuest yang membawa watak Seo Yool.

Boleh tengok sinopsis musim kedua Alchemy Of Souls >>>Alchemy Of Souls Season 2

SINOPSIS DRAMA ALCHEMY OF SOULS (2022)~~ 

Mengishakan tentang nasib mereka ini menjadi berpusing disebabkan oleh  "hwanhonsool" (jiwa orang mati kembali kepada yang hidup).

Di negara Daeho, Jang Wook (Lee Jae-Wook) berasal dari keluarga Jang yang mulia, beliau menyimpan rahsia yang tidak menyenangkan tentang kelahirannya, yang diperkatakan oleh orang di seluruh negara.

Jang Wook seorang yang sering pembuat masalah dan pencetus masalah, Jang Wook kebetulan bertemu dengan Mu-Deok (Jung So-Min). 

Mu Deok pula seorang pahlawan elit, tetapi jiwanya terperangkap dalam tubuh yang lemah secara fizikal.

Dia menjadi hamba Jang Wook, tetapi dia juga secara rahsia mengajarnya cara untuk melawan.

Seo Yool (Minhyun) berasal dari keluarga Seo yang kaya dan dia kelihatan sempurna dengan penampilan yang baik, kecerdasan, dan kemahiran seni mempertahankan diri yang kuat. 

Go Won (Shin Seung-Ho) ialah putera mahkota Daeho juga dia berharap untuk menjadi raja yang pemurah.

BARISAN PELAKON ALCHEMY OF SOULS (2022)~~

Drama ini diterajui oleh Jung So Min yang membawa watak yang bernama Mu Deok manakala Lee Jae Wook pula di dalam drama ini membawa watak bernama Jang Wook.

Korang mesti tertanya-tanya kan siapa idola popular yang membintangi drama ini meyh nak bagitau , ahli kumpulan Nuest Hwang Mihyun membawa watak Seo Yool.

Idola seterusnya yang membintangi drama ini adalah ahli kumpulah Oh My Girl iaitu Arin membawa watak Jin Cho Yeon.

Drama ni juga dibarisi oleh pelakon baru meningkat naik iaitu Shin Sung Ho , beliau membawa watak  Go Woon.

Pelakon yang popular dengan rancangan Sixth Sense Oh Na Ra turut berlakon di dalam drama ini sebagai Kim Do Ju.

Drama Alchemy of souls ini turut dibarisi oleh pelakon senior Jo Jae Yun yang banyak membintangi drama-drama korea, di dalam drama ini beliau membawa watak Jin Mu.

Pelakon baru wanita yang bernama Hong Seo Hui membawa watak Heo Yoon Ok di dalam drama ini.

REVIEW DRAMA ALCHEMY OF SOULS ~~

Drama ini masih belum ditayangkan namun sudah menjadi sebutan ramai peminat drama , jom kita baca review dari peminat drama, antara komen mereka adalah

"Lee Jae Wook boleh berlakon....dan dia mempunyai karisma untuk membawa watak utama... Kepada yang menyebut Lee Joon... Saya juga rasa dia seorang pelakon yang hebat dan saya

 sangat sukakan lakonannya... tetapi IMO dia tidak mempunyai karisma yang cukup untuk membawa watak utama.... tiada apa-apa yang bertentangan dengan kemampuannya untuk

 berlakon... Dia lebih sesuai untuk peranan utama dalam pelakon ensembel. Jung So Min mempunyai suasana yang ikhlas dan disayangi...dia mempunyai chemistry yang hebat

 dengan semua pelakon lelakinya....dan saya sudah dapat lihat bahawa chemistry So Min dan Jae Wook akan berkesan."

"Saya sangat menantikan ini. Pakaian itu kelihatan agak tidak konvensional bagi saya untuk kdrama bersejarah(?), ia memberi saya getaran webtoon.

 Tetapi pastinya akan menonton ini untuk Lee Jae wook! Melawan pasukan Alchemy of Souls!"

"Saya ingin menonton So min tetapi saya rasa pelakon utama utama adalah hampir dan tidak boleh berlakon. Mereka harus membuang pelakon hebat lain seperti Lee Joon (kimia terbaik dengan Jung So min setakat ini) atau Seo In Guk"

"Jung So Min dalam filem ini dan lee Jae wook bersama dalam filem akan menjadi epik... Saya sangat menyukai Jung So Min dan lakonannya, dan lakonan Lee Jae wook juga cukup

 hebat jadi saya sangat menantikan drama ini dan harap ia memenuhi semua jangkaan saya dan mempunyai percintaan yang baik dengan pengakhiran yang bahagia"

"Jung so minnn! Ini nampak menarik tak sabar nak tengok!! Semoga dia mendapat pengiktirafan yang sepatutnya dengan ini!!"

AKHIR KATA~

Drama Alchemy Of Souls merupakan drama yang akan ditayangkan di saluran TvN serta bakal menggantikan drama Our Blues.

Bakal ditayangkan bermula 18 june 2022 ,pada setiap hari Sabtu dan Ahad pada jam 9: 10 malam.

Korang jangan lupa layan taw drama yang bertemakan fantasi dan romance ini, sapa yang tak sabar nak tengok drama ini cerr komen dekat bawah sebab apa.

Selamat menonton ampa~~~








 

Post a Comment

Previous Post Next Post