Sinopsis Cleaning Up Lakonan Jeon Somin Running Man. Drama terbaru pelakon wanita dan ahli Running Man Jeon So Min akan ditayangkan tidak lama lagi. Setelah berjaya dengan drama sebelum ini iaitu Show Window : Queens House , Jeon So Min kembali dengan drama terbaru yang bertajuk cleaning up. Jom kita baca sinopsis cleaning up lakonan jeon somin running man.

Sinopsis Cleaning Up Lakonan Jeon So Min Running Man


Drama Show Window : Queens House lakonan Jeon So Min pada awal tahun ini berjaya mendapat perhatian ramai orang dan mendapat rating yang tinggi untuk saluran TvN.

Jeon So Min yang tidak hanya aktif sebagai ahli tetap running man namun masih menjalankan kerja asal beliau iaitu berlakon.

Drama Cleaning Up kalini dibarisi oleh pelakon-pelakon yang hebat dan jalan cerita yang menarik , baca sinopsis serta profil drama ini.


SINOPSIS CLEANING UP (2022)~~

Drama ini mengisahkan tentang Eo Yong-Mi (Yum Jung-Ah), An In-Kyung (Jeon So-Min) dan Maeng Soo-Ja (Kim Jae-Hwa) bekerja sebagai wanita pembersih di sebuah syarikat broker.

Tiga orang sahabat yang kerja di tempat yang sama , sebuah syarikat broker.

Eo Yong-Mi membesarkan dua anak perempuannya seorang diri dan dia bergelut untuk mencari rezeki.

Seorang In-Kyung bermimpi untuk membeli trak makanan untuk menjalankan perniagaan kafe mudah alih. 

Maeng Soo-Ja kelihatan seperti seorang yang sangat bergaul, tetapi dia hanya mesra dengan orang
apabila dia memerlukannya. 3 wanita pembersihan ini kebetulan mendengar maklumat orang dalam di 

tempat kerja mereka. Mereka melaburkan wang mereka pada saham, menggunakan maklumat dagangan orang dalam.

Bagaiamanakah kehidupan mereka bertiga lalui kehidupan mereka seharian dan bagaimana mereka menjalankan tugas mereka? kena saksikan di dalam drama ini.

BARISAN PELAKON CLEANING UP (2022)~~

Drama ini sangat unik kerna dibarisi oleh pelakon-pelakon yang cukup berbakat bermula dari pelakon baru sehingga pelakon lama.

Jeon So Min dari Running Man membawa watak An In Kyung di dalam drama ini , watak yang berlainan dari sebelum2 ini.

Pelakon senior yang terkenal di Korea Yum Jung Ah turut memegang watak tukang pembersih di dalam drama ini yang bernama Eo Yong Mi.

Kim Jae Hwa yang merupakan pelakon senior yang banyak membintangi drama -drama Korea Kim Jae Hwa membawa watak Maeng Soo Ja.

Cleaning Up turut dibarisi oleh pelakon yang popular dengan drama Thirty Nine iaitu Lee Mu Saeng yang watak dibawa adalah Lee Young Shin.

Na In Woo pelakon baru yang meningkat naik turut berlakon di dalam drama ini dengan memegang watak Lee Du Young.

Dua orang pelakon lelaki dan wanita yang sangat berbakat Jang Shin Young dan Song Jae Hee membawa watak Geum Jan Di dan Yoon Tae Kyung dari syarikat pelaburan dan sekuriti.

Pelakon cantik dan sangat berbakat Kim Ji Su dan Lee Ha Eum membawa watak pekerja di syarikat pelaburan dan sekuriti ini.

Kumpulan Eo Yong Mi di dalam drama ini dibarisi oleh pelakon lelaki senior Kim Tae Woo dan Yoon Kyung Ho yang masing2 membawa watak Jin Sung Woo dan Oh Dong Joo.

Pelakon cilik Kim Si Ha melakonkan watak Jin Shi A manakala pelakon cantik Kal So Won membawa watak Jin Yeon A.

Pelakon senior Jeon Guk Hyang dan Yoon Jin Hoo memegang watak Jang Kyung Ja dan Eo Yong Kyu.

PROFIL DRAMA CLEANING UP (2022)~~

Drama Cleaning Up ditayangkan di saluran JTBC dan drama ini adalah drama yang diadaptasi dari drama UK "Cleaning Up" yang ditayangkan pada 2019.

Pengarah yang mengarahkan drama Cleaning Up ini adalah pengarah hebat Yun Seong Sik manakala penulisnya adalah Choi Kyung Mi.

Cleaning Up ditayangkan bermula 4 June yang lalu sehingga 24 Julai ia akan tamat bersiaran dan mempunyai keseluruhan 16 episod.

Drama ini ditayangkan pada setiap hari Sabtu dan Ahad , ditayangkan selama 1 jam 10 minit.

Teruskan support drama Cleaning Up ~


Post a Comment

Previous Post Next Post