Sinopsis Drama Dear M Lakonan NCT Jaehyun. Mana peminat penyanyi idola NCT Jaehyun sila angkat tangan , drama debut Jaehyun akhirnya keluar juga. Mesti ramai sudah tidak sabar untuk melihat lakonan dari Jaehyun yang sebelum ini terkenal di dalam kumpulan lelaki popular NCT. Drama pertama yang menampilkan Jaehyun sebagai watak utama. Jom baca sinopsis drama dear m lakonan nct jaehyun.

Sinopsis Drama Dear M Lakonan NCT Jaehyun


Dear M merupakan drama yang menjalani pengambaran pada tahun 2020 namun baru sahaja ditayangkan pada 2022.

Sepatutnya drama ini ditayangkan pada 2021 namun disebabkan beberapa kontroversi mengenai watak utama perempuan di dalam drama dear m membuatkan drama ini ditangguhkan.

Drama Dear M adalah merupakan drama ynag menggandingkan NCT Jaehyun bersama pelakon wanita meningkat naik iaitu Park Hye Soo.

SINOPSIS DRAMA DEAR M LAKONAN JAEHYUN DAN PARK HYE SOO~~

Pencarian dilakukan untuk "M" yang menulis sesuatu di papan komuniti tapak web Universiti Seoyeon. Tulisan itu menjadikan universiti itu terbalik.

Ma Joo-A (Park Hye-Soo) ialah pelajar tahun 2 di Jabatan Pentadbiran Perniagaan di Universiti Seoyeon.

 Dia mempunyai hati yang hangat dan personaliti yang cerah. Dia tidak berminat untuk mengejar impian atau menjalinkan hubungan percintaan. Dia tidak pernah mempunyai teman lelaki sebelum ini.

Cha Min-Ho (Jaehyun) ialah pelajar tahun 2 di Jabatan Sains Komputer di Universiti Seoyeon. Dia mempunyai bakat untuk membangunkan aplikasi dengan idea inovatif.

 Dia telah berkawan dengan Ma Joo-A selama 12 tahun.

Seo Ji-Min (Roh Jeong-Eui) ialah pelajar di Jabatan Ekonomi di Universiti Seoyeon. Dia juga merupakan ahli skuad sorak sekolah.

Park Ha-Neul (Bae Hyun-Sung) ialah seorang pelajar di Jabatan Pentadbiran Perniagaan di Universiti Seoyeon dan dia adalah duta kehormat untuk universiti itu.

BARISAN PELAKON DEAR M (2022)~~

Drama Dear M diterajui oleh Park Hye Soo yang membawa watak bernama Ma Joo A manakalan NCT Jaehyun membawa watak Cha Min Ho.

Selain Park Hye Soo dan Jaehyun drama ini juga diterajui oleh pelakon cantik meningkat naik Roh Jeong Hui yang watak dibawa beliau adalah Seo Ji Min,

Turut sama membintangi drama ini adalah pelakon kacak Bae Hyun Sung yang membawa watak Park Ha Neul.

Pelakon baru Woo Da Vi membawa watak Hwang Bo Young di dalam drama Dear M manakala Up10tion  Lee Jin Hyuk membintangi drama ini sebagai Gil Mok Jin.

Ahli kumpulan CLC Kwon Eun Bin membintangi drama ini sebagai Min Yang Hee , korang kena tengok lakonan Eun Bin yang memulakan karier baru beliau.

Pelakon meningkat naik Hwang Boreumbyeol yang popular dengan drama School 2021 dan Thirty Nine membintangi dear m sebagai watak Choi Ro Sa.

Pelakon kacak Lee Jung Sic dan Jo Joon Young membawa watak Moon Joon dan Ban Yi Dam.

Pelakon senior Kim Joo A , Hwang Gun, Song Kyung Hwa turut sama berlakon di dalam drama dear m sebagai Kim Mi Young , Moon Taek Geun dan Kim JungIm.

Pelakon baru lelaki dan perempuan Yoon Jin Sol dan Lee Jae Baek membawa watak Cha Min Joo dan Seo Ji Hoon.


PROFIL PENUH DRAMA DEAR M (2022)~~

Drama Dear M ini merupakan drama yang diarahkan oleh pengarah hebat Park Jin Woo dan Seo Joo Wan.

Dear M ditayankan di saluran KBS2 pada setiap hari Jumaat pada jam  23:10 dan bermula 29 june 2022 adalah tayangan perdana.

Keseluruhan episod dear m adalah 12 episod dan ditayangkan selama 60 minit , turut boleh ditonton di Viki dan U-Next.

 AKHIR KATA ~~

Jangan lupa taw layan drama dear m ini dari mula sehingga habis sebab jalan cerita drama ini lain dari yang lain.

Drama ini juga menampilkan pelakon-pelakon muda yang berbakat dan sangat handsome dan cantik.

Ini juga merupakan drama pertama NCT Jaehyun sebagai watak utama dan Park Hye Soo juga memegang watak utama buat pertama kali.

Biarpun berdepan dengan kontroversi Park Hye Soo lakonannya sangat terbaik so korang pon kena tengok drama ini.

Yang mana tengah cari nak tengok dekat mana boleh tengok di sini >> DEAR M (SUBS) , baru sahaja ditayangkan korang masih boleh catch up.

Selamat menonton ~~











Post a Comment

Previous Post Next Post