Profil, Sinopsis Little Women Lakonan Kim Go Eun dan Nam Ji Hyun. Drama Korea yang bakal ditayangkan tidak lama lagi , yang menampilkan pelakon-pelakon wanita Korea yang hebat. Barisan pelakon yang tidak akan mengecewakandalam drama "Little Women". Kim Go Eun , Nam Ji Hyun dan Park Ji Hu merupakan tunggak utama drama ini. Mari baca profil, sinopsis little woman lakonan kim go eun dan nam ji hyun.

Profil, Sinopsis Little Woman Lakonan Kim Go Eun dan Nam Ji Hyun




Salah satu yang menyebabkan drama ini menjadi drama yang ditunggu-tunggu adalah gabungan 3 nama yang cukup popular dengan generasi sekarang.

Pertama kali gandingan Kim Go Eun yang popular dengan drama Goblin dan Yumi Cells bersama Nam Ji Hyun yang popular dengan drama Suspicious Partner dan 100 Days My Prince bersama Park Ji Hu.

Park Ji Hu merupakan bintang muda yang meningkat naik dan terkenal dengan drama hit netflix iaitu All Of Us Are Dead.

SINOPSIS LITTLE WOMAN (2022)~~

Mengisahkan tentang 3 beradik (perempuan kesemuanya)  terlibat dalam kes yang membawa mereka melawan keluarga terkaya dan paling berpengaruh di Korea Selatan.

Oh In-Joo (Kim Go-Eun) ialah kakak perempuan yang sulung yang dibesarkan dalam persekitaran yang sangat miskin dan dia masih miskin. 

Sejak dia masih kecil, dia sedar bahawa wang adalah perkara yang paling penting untuk melindungi dirinya dan keluarganya. 

Impiannya adalah untuk menjalani kehidupan biasa seperti orang lain. Dia terlibat dalam kes yang boleh mengubah hidupnya.

Manakala anak kedua , Oh In-Kyung (Nam Ji-Hyun) ialah kakak kedua dan dia seorang wartawan yang bersemangat di stesen berita. 

Dia percaya dalam melakukan perkara yang betul dan dia juga miskin, tetapi wang tidak memerintah kehidupan. 

Oh In Kyung kini mula menggali kes misteri yang pertama kali dia hadapi ketika pertama kali menjadi wartawan.

Oh In-Hye (Park Ji-Hu) pula merupakan anak bongsu daripada tiga beradik perempuan ini. 

Dia seorang pelajar di sekolah tinggi seni berprestij dan dia mempunyai bakat semula jadi untuk melukis. 

Dia sering merasakan cinta dua orang kakaknya terhadapnya terlalu tinggi.

Bagaimanakah 3 beradik ini menyelesaikan masalah yang mereka hadapi , adakah mereka akan terus kuat bersama atau berpecah? 

PROFIL DRAMA LITTLE WOMAN (2022)~~

Drama Little Women akan ditayangkan pada 3 september ini di saluran TvN pada setiap sabtu dan ahad pada jam 9:10 malam.

Tema drama ini adalah aksi , thriller , drama dan misteri dan drama ini diadaptasi novel terdahulu iaitu Louisa May Alcott.

Pengarah drama little women adalah pengarah yang cukup hebat iaitu pengarah Kim Hee Won manakala penulis drama ini adalah Jeong Sung Kyeong.

BARISAN PELAKON LITTLE WOMAN (2022)~~

Nak bagitau dekat ampa , barisan pelakon drama little women ini bukan kaleng-kaleng taw sebab dibarisi oleh pelakon hebat korea.

Seperti kita taw yang Kim Go Eun nama yang cukup besar di Korea dan luar Korea , dia membawa watak bernama Oh In Joo.

Nam Ji Hyun juga seperti Kim Go Eun nama beliau sangat popular di Korea , beliau memegang watak anak kedua yang bernama Oh In Kyung.

Anak terakhir di dalam drama ini dibawa oleh Park Ji Hu yang merupakan pelakon meningkat naik dan baru sahaja memenangi anugerah pelakon baru terbaik.

Selain mereka , pelakon lain yang membantu drama ini adalah pelakon Squid Game Wi Ha Joon yang membawa watak Choi Do II.

Pelakon bintang Penthouse Uhm Ki Joon turut sama membintangi drama little woman ini sebagai Park Jae Sang.

Selain itu , pelakon wanita terbaik Korea Uhm Ji Won turut sama berlakon di dalam drama ini sebagai Won Sang Ah.

AKHIR KATA~~

Ampa semua jangan miss taw tarikh tayangan episod pertama drama ini iaitu pada 3 september ini dan korang boleh tengok ramai pelakon hebat dalam drama ini.

Ini juga menampilkan ramai pelakon-pelakon hebat Korea dan uniknya drama ini adalah jalan cerita yang lain dari lain.

Selamat menonton ~~

Post a Comment

Previous Post Next Post