Drama Bad Prosecutor Drama Comeback Exo D.O. Mana peminat EXO D.O. sila munculkan diri anda , drama yang korang tunggu-tunggu akhirnya bakal ditayangkan tidak lama lagi.  EXO D.O yang baru sahaja kembali dalam dunia lakonan setelah berehat 2 tahun kerana latihan ketenteraan. Beliau akan muncul dengan drama baru iaitu bad prosecutor. Jom kita baca sinopsis drama bad prosecutor drama comeback exo d.o.

Drama Bad Prosecutor Drama Comeback EXO D.O.


D.O merupakan salah seorang dari penyanyi idola yang menjadi pelakon yang berbakat , lakonan beliau sering menerima pujian dari peminat drama.

Antara drama lakonan D.O yang mendapat pujian adalah 100 Days My Prince , Pure Love dan filem Along with the Gods: The Two Worlds.

Setelah 2 tahun berehat dari berlakon beliau kembali dengan drama Bad Prosecutor dan beliau sebagai watak utama bergandingan bersama pelakon cantik Lee Se Hee.

SINOPSIS BAD PROSECUTOR (2022)~~

Drama Bad Prosecutor merupakan drama yang menceritakan tentang seorang pendakwa raya bernama Jin Jung yang bersenjatakan perangai buruk dan kenakalan. 

Dia meruntuhkan tempat-tempat kudus yang diciptakan oleh kekayaan dan kuasa, dan dia juga menjatuhkan orang-orang yang tamak yang tinggal di tempat-tempat kudus itu. 

Dia menggunakan kaedah berfaedah berbanding kaedah konvensional, helah terhadap prosedur standard, dan kenakalan atas keikhlasan untuk menghalang pihak berkuasa yang korup daripada menjejaskan masyarakat.

Bagaimanakah Jin Jung untuk melalui kehidupan pendakwa raya beliau apabila ada satu kes yang unik muncul.

BARISAN PELAKON BAD PROSECUTOR (2022)~~

Drama Bad Prosecutor atau True Sword Battle ini merupakan drama yang dibarisi oleh pelakon berbakat seperti EXO D.O yang mana lakonan beliau tidak perlu dipertikaikan lagi.

Di dalam drama ini D.O. membawa watak bernama Jin Jung manakala heroin di dalam drama ini adalah Lee Se Hee yang juga merupakan pelakon wanita meningkat naik.

Lee Se Hee di dalam drama ini membawa watak Shin A Ra, kalau korang nak taw Lee See Hee ini merupakan watak utama dalam drama Young Lady and Gentleman.

Selain dua watak utama ini , drama ini turut dibintangi oleh pelakon kacak Ha Joon , beliau membawa watak Oh Do Wan.

Pelakon cantik Jo Bo Young turut sama berlakon di dalam drama bad prosecutor ini sebagai Baek Eun Ji.

Drama Bad Prosecutor ini turut sama dibarisi oleh pelakon senior Lee Si Eon dan Kim Sang Ho , masing-masing membawa watak  Go Joong Do dan Park Jae Kyung.

PROFIL DRAMA BAD PROSECUTOR (2022)~~

Drama Bad Prosecutor akan mula ditayangkan pada 5 Oktober ini di saluran KBS2 bermula pada jam 9:50 malam setiap rabu dan khamis.

Tema drama ini adalah undang-undang, crime dan drama , drama ini diarahkan oleh pengarah hebat  Kim Sung Ho manakala penulis drama adalah Im Young Bin.

Bad Prosecutor masih lagi dalam proses pengambaran , ampa jangan lupa tengok taw bila drama ini keluar.

Ampa boleh tengok lakonan yang hebat dari kesemua pelakon dan jalan cerita yang sangat menarik .

Sapa yang nak tengok drama ini yang ada translate , nanti kitaorang akan update ok!

*Jika ada apa2 nak tambah boleh komen dibawah.

Post a Comment

Previous Post Next Post