Sinopsis Gaus Electronics Drama Korea 2022 Lakonan Kwak Dong Yeon. Drama Korea terbaru untuk 2022 akan menemui penonton tidak lama lagi , drama yang bertemakan 'pejabat' diadaptasi dari web novel popular. Drama Korea yang bertemakan pejabat selalunya akan mendapat rating yang tinggi seperti drama'Chief Kim'. Drama terbaru yang bakal ditayangkan tidak lama lagi adalah gaus electronics , baca sinopsis gaus electronics drama korea 2022 lakonan kwak dong yeon

Sinopsis Gaus Electronics Drama Korea 2022 Lakonan Kwak Dong Yeon


Drama Gaus Electronics ini adalah drama yang mengandinggkan pelakon yang meningkat naik dan semakin dikenali iaitu  kwak dong yeon bersama Ko Sung Hee.

Diadaptasi dari naver webtoon yang tajuk web komik ini adalah Gaus Jeonja yang dikeluarkan pada tahun 2011.

SINOPSIS GAUS ELECTRONICS (2022)~~

Mengisahkan tentang cerita yang mengikuti kerja dan kehidupan cinta pekerja muda di Bahagian 3 Pemasaran di Gaus Electronics. 

Lee Sang-Sik (Kwak Dong-Yeon) mempunyai personaliti yang cerah, tetapi dia tidak menyedari perasaan orang lain. 

Dia sering menimbulkan masalah secara tidak sengaja di pejabat. 

Cha Na-Rae (Ko Sung-Hee) ialah seorang penolong pengurus dengan perangai yang berapi-api. 

Baek Ma-Tan (Bae Hyun-Sung) ialah seorang anak lelaki daripada keluarga yang menjalankan sebuah syarikat besar. 

Dia tidak banyak bercakap. Gun Gang-Mi (Kang Min-Ah) dianggap sebagai pekerja wanita paling cantik di syarikat itu, tetapi, apabila dia mabuk, dia menjadi orang yang sama sekali berbeza.

BARISAN PELAKON GAUS ELECTRONICS (2022)~~

Antara barisan pelakon yang membintangi drama Gaus Electronics ini adalah Kwak Dong Yeon yang memegang watak utama bernama Lee Sang Sik.

Heroin drama ini pula adalah pelakon cantik Ko Sung Hee , di dalam drama ini beliau membawa watak bernama Cha Na Rae.

Selain mereka berdua , drama ini turut diserikan dengan pelakon kacak Bae Hyun Sung , watak beliau adalah bernama Baek Ma Tan.

Pelakon wanita baru meningkat naik Kang Min Ah turut sama menyerikan drama ini , beliau membawa watak Gun Gang Mi.

Drama Gaus Electronics ini turut sama dibantu oleh pelakon kacak Heo Jung Do dan Jeon Suk Chan, masing-masing mereka membawa watak Wie Jang Byun dan Cha Wa Wa. 

Pelakon senior yang membintangi drama ini adalah Baek Hyun Jin , beliau membawa watak bernama Ki Sung Nam.

Bekas ahli girl group 'Rainbow' iaitu Go Woo Ri turut sama berlakon di dalam drama ini sebagai Sung Yu Mi.

PROFIL GAUS ELECTRONIC (2022)~~

Drama Gaus Electronic merupakan drama yang bakal ditayangkan di saluran ENA, Olleh TV, Seezn bermula pada 30 September ini.

Pengarah drama ini adalah pengarah hebat Park Joon Soo manakala penulis drama ini pula adalah Kwak Bae Soo yang juga merupakan penulis web komik ini.

Keselurahan episod Gaus Electronics adalah 12 episod dan akan ditayangkan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu jam 9 malam.


Ramai tidak sabar untuk melihat drama ini , so ampa semua jangan lupa tarikh tayangan drama ini ok , yang mana ada nak tambah apa2 boleh komen dibawah.

Selamat menonton semua ~~


Post a Comment

Previous Post Next Post