Sinopsis Emergency Declaration Filem Aksi-Bencana. Sapa peminat filem-filem aksi sila mari sini, filem yang sedang viral di media sosial emergency declaration. Sebuah filem dari Korea yang bertemakan aksi dan bencana ni pastinya akan membuatkan kita bermain dengan emosi. Filem yang sepatutnya keluar pada February 2022 namun ditunda disebabkan covid-19 namun sekarang sudah boleh ditonton di pawagam berdekatan. Jom baca sinopsis emergency declaration filem aksi-bencana.

Sinopsis Emergency Declaration Filem Aksi-Bencana


Filem emergency declaration adalah filem berdasarkand dari kisah benar iaitu  bencana penerbangan sebenar di mana sebuah kapal terbang mengisytiharkan berjaga-jaga tinggi dan meminta pendaratan tanpa syarat. 

Emergency Declaration ini dibarisi oleh pelakon hebat korea iaitu Song Kang Ho, Lee Byung Hyun , Jeon Do Yeon dan ramai lagi.

SINOPSIS EMERGENCY DECLARATION (2022)~~

Mengisahkan tentang Detektif veteran In Ho menerima laporan daripada seorang lelaki tentang serangan pengganas kapal terbang dan semasa menyiasat, dia mendapat tahu bahawa suspek sebenarnya menaiki KI501. 

Walaupun dia fobia terhadap kapal terbang, Jae Hyuk memutuskan untuk pergi ke Hawaii untuk anak perempuannya. 

Di lapangan terbang, Jae Hyuk terganggu oleh seorang lelaki yang mencurigakan dengan nada mengancam, berjalan-jalan. 

Penerbangan KI501 berlepas dari Lapangan Terbang Incheon dan menuju ke Hawaii, tetapi tidak lama kemudian seorang lelaki meninggal dunia atas sebab yang tidak diketahui, dan situasi ketakutan dan kekeliruan merebak bukan sahaja di dalam pesawat tetapi juga di darat. 

Apabila mendengar berita itu, Menteri Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan Sook Hee membentuk ibu pejabat pencegahan keganasan dan mengadakan mesyuarat tindak balas tergempar untuk mencari jalan untuk mendaratkan KI501 .

BARISAN PELAKON EMERGENCY DECLARATION ~~

Tiga nama pelakon ini sangat popular dan merupakan pelakon yang sangat berbakat di Korea , Song Kang HoLee Byung Hyun , Jeon Do Yeon , lakonan mereka kesemua A+.

Song Kang Ho di dalam filem ini membawa watak bernama Detektif In Ho manakala Lee Byung Hyun pula membawa watak Jae Hyuk.

Pelakon cantik Jeon Do Yeon melakonkan watak Sook Hee di dalam drama in, turut sama membantu mereka bertiga adalah Kim Nam Gil.

Kim Nam Gil pelakon kacak Korea ini membawa watak bernama Hyun Soo di dalam filem Emergency Declaration ini.

Penyanyi dari kumpulan ZE:A iaitu Im Siwan turut sama membintangi filem ini sebagai watak Jin Seok, peminat Siwan jangan lupa layan drama ini ok.

Filem ini turut diserikan dengan pelakon wanita senior Kim So Jin dan Woo Mi Hwa, masing-masing membawa watak Hee Jin dan isteri kepada In Ho.

Pelakon cantik Seol In A turut sama membintangi filem ini , dia membawa watak bernama Tae Un.

PROFIL FILEM EMERGENCY DECLARATION ~~

Filem ini sangat menarik dan sangat bermain dengan perasaan , ampa yang belum tengok sangat digalakkan tengok.

Hebatnya filem ini adalah salah satunya darinya adalah pengarah yang mengarahkan filem ini adalah pengarah hebat Han Jae Rim , beliau juga merupakan penulis filem ini.

Pengambaran drama ini bermula 2020 namun terpaksa diberhentikan kerana Covid-19 sebelum disambung semula.

Filem ini diadakan tayangan perdana dunia di bahagian "Out of Competition" Festival Filem Cannes 2021 (6-17 Julai 2021) yang lalu.

Dekat Malaysia sedang ditayangkan filem ini , so ampa yang belum pergi tengok sempat lagi pergi. 

Filem yang sangat menarik dan membuatkan kita bayangkan yang kita berada di situasi mereka, suspen betol.

Selamat menonton ~~





Post a Comment

Previous Post Next Post