Kenali Biodata Jaclyn Victor Peserta Gegar Vaganza 9. Rancangan nyanyian yang ditunggu-tunggu setiap tahun akhirnya kembali untuk musim ke 9. Gegar Vaganza 9  mula bersiaran langsung pada malam ahad dan persemban disajikan pada malam itu sangat terbaik. Salah seorang peserta Gegar Vaganza 9 adalah Jaclyn Victor , jom kita kenali biodata jaclyn victor peserta gegar vaganza 9.

Kenali Biodata Jaclyn Victor Peserta Gegar Vaganza 9


Setiap musim Gegar Vaganza disertai oleh penyanyi lagenda yang sangat hebat pada satu masa dulu, begitu juga dengan musim ini.

Pada minggu pertama persembahan Jaclyn Victor pada malam itu >>Persembahan Jaclyn sangat terbaik!!

Gegar Vaganza telah melahirkan ramai juara seperti Siti Nordiana , Ayai , Azharina, Aisyah , Noryn Aziz, Naqiu, Hardy Mirza, Cliff Umar dan Alif Aziz, siapakah pula yang akan menang untuk musim ini?

Musim adakah Jaclyn Victor akan memenangi juara ? atau adakah peserta lain tapi apa-apa pon jom kenali jaclyn victor dahulu.

BIODATA JACLYN VICTOR (2022)~~

Nama sebenar beliau adalah Jaclyn Joshua Thanaraj Victor lahir pada 4 December 1978 di Kepong, Kuala Lumpur.

Jaclyn merupakan anak sulung dari empat orang adik beradik , ibu beliau bernama Maggie Victor, beliau memiliki 3 orang adik lelaki dan 2 orang anak.

Beliau mula menyanyi pada usia 18 tahun apabila beliau menyanyi di hotel - hotel dan kelab malam.

Pada 2003 merupakan tahun pertama beliau mengeluarkan album beliau sendiri yang bertajuk Dream dan lagu bertajuk In A Dream.

Permulaan karier beliau dalam industri hiburan beliau adalah apabila menyertai Malaysian Idol pada 2004 seterusnya menjuarai rancangan itu.

Juri Malaysian Idol pada ketika itu adalah Paul Moss, Fauziah Latiff dan Roslan Aziz, Jaclyn mengalahkan Faradina Nadzir di peringkat final.

Nama beliau menjadi sebutan peminat setelah persembahan lagu 'Gemilang' pada final yang memukau penonton dan juri.

Sepanjang karier beliau , beliau telah menerima banyak pengiktirafan hasil dari karya beliau sendiri , antaranya adalah beliau telah memenangi 10 trofi dari Anugerah Industri Muzik Malaysia sepanjang beliau bergelar penyanyi.

Teristimewa apabila lagu beliau 'Gemilang' menjuarai Juara Lagu AJL20 dan lagu ini turut memenangi kategori balada.

OFFICIAL MEDIA SOSIAL JACLYN VICTOR~~

Buat peminat baru Jaclyn Victor boleh follow official media sosial beliau di >> @Jaclyn_victor untuk tahu perkembangan terbaru beliau.

Setakat awal September 2022 , beliau sudah memiliki lebih 191k pengikut di instagram , jom ramai-ramai naikkan lagi followers beliau.

Di dalam Gegar Vaganza 9 ini beliau akan berentap dengan 13 orang peserta lain yang cukup hebat , korang jangan lupa support semua ok.

Good luck Jaclyn untuk GV9~~



Post a Comment

Previous Post Next Post