Profil dan Sinopsis Fanletter, Please Lakonan Yoon Park dan SNSD Sooyoung. Drama terbaru dari Sooyoung SNSD akhirnya akan keluar tidak lama lagi. Drama yang bertajuk Fanletter, Please merupakan drama Sooyoung bersama dengan pelakon kacak Yoon Park. Jom kita tengok profil dna sinopsis fanletter, please lakonan yoon park dan snsd sooyoung.

Profil dan Sinopsis Fanletter, Please Lakonan Yoon Park dan SNSD Sooyoung


Sooyoung kembali lagi dengan drama baru setelah drama beliau bersama Ji Chang Wook dalam If You Wish Upon Me, tahun ini beliau kembali dengan dua drama untuk peminat beliau.

Ini merupakan pertama kali Sooyoung bergandingan dengan Yoon Park di dalam sebuah drama dan ramai tidak sabar untuk melihat keserasian mereka berdua.

SINOPSIS FANLETTER, PLEASE (2022)~~

Menceritakan tentang pelakon popular Han Gang-Hee (Sooyoung) menghadapi krisis terbesar dalam kerjayanya kerana surat peminat. 

Sementara itu, Bang Jung-Seok (Yoon Park) ialah seorang bapa tunggal, yang telah membesarkan anak perempuannya seorang diri.

 Anak perempuannya menghidap leukemia dan mempunyai keinginan. Bang Jung-Seok sangat ingin mengabulkan permintaan anak perempuannya.

Pertemuan antara Han Gang Hee dengan Bang Jung Seok bermula dengan seseuatu yang terjadi, apakah agaknya?

PROFIL FANLETTER, PLEASE (2022)~

Drama Fanletter, Please akan ditayangkan di saluran MBC bermula pada 18 November ini dan dijangka akan tamat pada 26 November.

Hanya mempunyai 4 episod keseluruhan , drama ini akan menggantikan drama The Golden Spoon yang sudah tamat siaran.

Watak anak kepada Yoon Park di dalam drama ini dilakonkan oleh pelakon cilik Shin Yeon Woo , beliau membawa watak bernama Bang Yoona.

Genre drama ini adalah romantic komedi so sangat sesuai untuk ditengok seisi keluarga.

Jangan miss taw episod 1 sehingga 4 drama Fanletter, Please.

Post a Comment

Previous Post Next Post