Markah Penuh Minggu Separuh Akhir Gegar Vaganza 9. Malam Ahad yang lalu telah bersiaran langsung  separuh akhir rancangan nyanyian popular Gegar Vaganza 9. Separuh Akhir Gegar Vaganza 9 terjadi di begitu meriahnya apabila peserta menyampaikan tugasa solo dan duet bersama peserta lain. Jom kita tengok apa yang terjadi pada minggu ke 10 itu dan markah penuh minggu separuh akhir gegar vaganza 9.

Markah Penuh Minggu Separuh Akhir Gegar Vaganza 9


Separuh Akhir Gegar Vaganza 9 berlasung dengan persembahan pembukaan dari hos Gegar Vaganza iaitu Nabil Ahmad dan Kak Lina Pom Pom.

Dan seperti biasa keserasian kedua-dua hos ini mengendalikan rancangan ini harus diberi pujian kerana berjaya menghiburkan penonton baik di rumah mahupun di studio.

Persembahan peserta pada minggu separuh akhir ini ada yang menarik dan ada juga yang gagal menarik hati penonton dan peminat.

Dengan tema 'Separuh Aku Ada Kamu' malam itu , Jaclyn Victor berjaya merampas kembali tempat pertama, beliau mendapat markah 84.35% dengan lagu persembahan Tapi Bukan Aku.

Mengiringi Jaclyn ke final adalah Shila Amzah yang juga membuat persembahan dengan begitu baik sekali dengan lagu 'Sang Dewi', beliau memperolehi markah 79.20%.

Di tempat ketiga pada minggu separuh akhir adalah Bob Yusuf yang menyanyikan lagu Ajari Aku, beliau mendapat markah 78.70%.

Tomok berjaya mara ke final gegar vaganza 9 dengan mendapat tempat ke 4, beliau mendapat markah 75.95%.

Seterusnya yang mengikuti 4 yang lain adalah dari Singapura iaitu Hazrul Nizam, persembahan duet beliau bersama V.E. mendapat pujian, beliau  mendapat markah 75.80%.

Peserta terakhir yang mendapat tempat ke final adalah kumpulan VE, mereka menjadi kumpulan kedua yang berjaya layak ke final dalam sejarah Gegar Vaganza, mereka memperolehi markah 74.30%.

Malam separuh akhir menjadi minggu terakhir buat dua peserta yang tersingkir iaitu Dina Nadzir dan Fuad Rahman.

Mereka juga merupakan pasangan duet pada minggu separuh akhir itu, masing-masing mendapat markah 59.20% dan 58.30%.

Maka terjawab sudah final Gegar Vaganza 9 akan berlangsung dengan 6 orang peserta dan mereka akan menyampaikan lagu Medley & Mashup serta battel antara dua peserta.

Jangan terlepas peluang untuk tengok Final Gegar Vaganza 9 pada hari Ahad ini jam 9 malam.


Post a Comment

Previous Post Next Post