Sinopsis Island Drama Terbaru Lakonan Cha Eun Woo dan Lee Da Hee. Drama terbaru dari pelakon kacak Cha Eun Woo akan menemui peminat tidak lama lagi. Drama yang bertajuk Island adalah drama yang menggandingkan beliau dengan pelakon senior yang cukup hebat iaitu Lee Da Hee dan Kim Nam Gil. Island menjadi drama tumpuan kerana dibarisi oleh pelakon yang nama mereka cukup popular di Korea jadi jom kita baca sinopsis island drama terbaru lakonan cha eun woo dan lee da hee.

Sinopsis Island Drama Terbaru Lakonan Cha Eun Woo dan Lee Da Hee


Ini  merupakan gandingan pertama kali buat ketiga-tiga tunggak utama iaitu Cha Eun Woo, Lee Da Hee dan Kim Nam Gil.

Drama Island bakal ditayangkan di saluran Amazon Prime dan saluran TvN manakala untuk yang ada subtitle korang boleh tengok dekat Dramacool, Dramanice dan banyak lagi.

Tayangan drama ini dijangka pada bulan December 2022 ini dan bakal mempunyai beberapa musim , musim pertama bermula December ini.

SINOPSIS DRAMA ISLAND (2022)

Mengisahkan terjadi  di Pulau Jeju, tiga orang bertarung melawan kejahatan yang cuba memusnahkan dunia.

Ban (Kim Nam-Gil) dibesarkan untuk melindungi dunia daripada kejahatan. Dia dilatih untuk menjadi senjata. Dia kini melawan kejahatan dan membunuh mangsa yang dirasuk. 

Dia tidak menunjukkan emosi untuk tindakannya, tetapi, dalam fikirannya, dia berasa bersalah.

Won Mi-Ho (Lee Da-Hee) berasal dari keluarga yang menjalankan sebuah syarikat besar. Dia menyebabkan masalah besar dan dihantar ke Pulau Jeju, tempat dia bekerja sebagai seorang guru. 

Dia kemudiannya terlibat dalam kes berkaitan hantu.

John (Cha Eun-Woo) ialah seorang paderi Katolik dan dia melakukan pengusiran setan. Matlamat mulianya adalah untuk melindungi kehidupan dan menyucikan kejahatan.

Gung-Tan (Sung Joon) dan Ban dibesarkan untuk mengalahkan kejahatan. Tetapi disebabkan satu insiden, Gungtan menentang Ban.

PROFIL DRAMA ISLAND (2023)~~

Drama Island ini bertemakan aksi , thriller , horror dan fantasi ini menjadi tumpuan kerana ramai tidak sabar untuk melihat gandingan ketiga-tiga watak utama ini.

Untuk musim pertama drama ini bermula pada 30 december sehingga 13 january manakala untuk musim kedua pula adalah pada 24 February ini dan dijangka tamat pada 10 march ini.

Siapa yang belum tengok drama Island untuk musim pertama boleh tengok disini >> ISLAND (SUB)

Sapa yang dah tengok boleh review drama ini dekat komen bawah ok , selamat menonton semua ~~

Post a Comment

Previous Post Next Post