Jom Kenali Biodata Tomok Peserta Gegar Vaganza 9. Gegar Vaganza musim 9 mencetuskan fenomena di Malaysia apabila menjadi rancangan ini menjadi rancangan yang menjadi sebutan ramai orang. Bermula dari peserta yang memasuki sehinggalah ke pengacara yang sporting membuatkan rancangan ini menjadi kesukaan ramai orang. Salah seorang peserta yang sering menjadi sebutan adalah Tomok jadi jom kita kenali biodata tomok peserta gegar vaganza 9.

Jom Kenali Biodata Tomok Peserta Gegar Vaganza 9


Tomok merupakan salah seorang peserta yang sering mendapat pujian dari juri malah beberapa kali mendapat kedudukan teratas dalam rancangan ini.

BIODATA TOMOK GEGAR VAGANZA 9~

Nama sebenar beliau adalah Shah Indrawan bin Ismail lahir di Negeri Sembilan pada 17 Mei 1984 dan beliau membesar di Kuala Lumpur.

Beliau menggunakan gelaran Tomok untuk nama stage beliau dan nama beliau sudah dikenali sejak tahun 1999 lagi.

Tomok mempunyai enam orang adik beradik dan beliau merupakan anak ke empat, salah seorang adik beradik beliau yang dikenali adalah Isma yang merupakan pelajar Akademi Fantasia 6.

Memulakan karier beliau di dalam kumpulan New Boyz, kumpulan yang sangat popular pada era 20an, beliau merupakan vokalis kumpulan itu.

New Boyz mempunyai beberapa album yang dikeluarkan pada awal tahun mereka debut antaranya adalah New Boyz, Akur , Wirama, Inspirasi dan banyak lagi.

Pada 2009 kumpulan New Boyz telah menamatkan kontrak bersama syarikat rakaman mereka kemudiannya mereka tidak kelihatan di dalam industri Malaysia.

Tahun yang sama Tomok membuat keputusan yang tidak dijangka apabila menyertai rancangan One In A Million , penyertaannya mendapat perhatian ramai.

Bermula dari bawah sehinggalah pada final One In A Million Tomok dinobatkan sebagai Juara dan beliau mendapat jumlah undian yang paling banyak.

2011 Tomok mendirikan rumahtangga dengan Siti Rahayu binti Abas yang merupakan pramugari Mas, mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata.

Tidak hanya menjadi penyanyi, Tomok juga meruapakan seorang penulis lagu dan pelakon, beliau banyak membintangi telefilem-telefilem di Malaysia.

OFFICIAL MEDIA SOSIAL TOMOK (2022)~~

Sejak membintangi Gegar Vaganza 9 nama Tomok kembali menjadi sebutan dan pastinya mempunyai peminat yang baru. 

So kepada yang baru meminati Tomok jangan lupa follow official media sosial Tomok di >>@tomokofficial

Akaun media sosial beliau yang ini memilik lebih 2 juta pengikut so yang mana belum follow sila follow ok.

Untuk korang yang nak tengok disebalik tadbir kehidupan seni Tomok korang boleh tengok di >>TOMOK

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi Final Gegar Vaganza 9 akan berlangsung , jangan lupa support Tomok dan peserta yang lain ok .

Teruskan support kerjaya seni Tomok.

Post a Comment

Previous Post Next Post