Sinopsis Agency Lakonan Pelakon Cantik Lee Bo Young. Drama yang dinanti-nantikan peminat setia pelakon popular Lee Bo Young akhirnya akan ditayangkan tidak lama lagi. Drama yang bertajuk "Agency" ini adalah drama terbaru dari Lee Bo Young setelah drama Mine pada 2021. Jom kita baca sinopsis agency drama lakonan pelakon cantik Lee Bo Young.

Sinopsis Agency Lakonan Pelakon Cantik Lee Bo Young


Lee Bo Young merupakan salah seorang pelakon wanita Korea yang sangat popular disana, beliau juga merupakan isteri kepada pelakon popular Jisung.

Drama Agency ini merupakan drama comeback pertama dari Lee Bo Young setelah berehat selepas drama Mine.

SINOPSIS AGENCY (2022)~~

Menceritakan kerjaya Go A-In (Lee Bo-Young) kerana dia bekerja dari bawah hingga ke jawatan tertinggi dalam agensi pengiklanan.

Go A-In berasal dari latar belakang keluarga yang miskin dan dia tidak lulus dari universiti berprestij, tetapi dia mempunyai keinginan yang kuat untuk berjaya. 

Dia bekerja di sebuah agensi pengiklanan. Dia dikenali di tempat kerja sebagai seorang yang hanya mementingkan kejayaan dan wang. 

Dengan dedikasinya terhadap kerja keras dan keinginan untuk berjaya, dia bekerja dari bawah dan berusaha untuk menjadi eksekutif utama wanita pertama di agensi pengiklanan utama.

PROFIL DRAMA AGENCY (2022)~~

Drama Agency akan ditayangkan di saluran JTBC bermula 7 January 2023 dan akan menggantikan drama yang tengah hit sekarang "Reborn Rich".

Agency akan ditayangkan pada setiap hari Sabtu dan Ahad pada jam 10:30 malam KST , drama ini juga mempunyai keseluruhan 16 episod.

Pengarah drama ini adalah Lee Chang Min manakala penulisnya adalah penulis Song Soo Han .

Selain Park Bo Young , drama ini juga dibarisi oleh pelakon hebat seperti Apink Naeun , Cho Seong Ha, Han Joon Woo dan ramai lagi.

Jangan lupa tayangan perdana pada 7 January ini tahu dan jangan lupa share pandangan korang mengenai drama ini dekat komen bawah.

Post a Comment

Previous Post Next Post