Sinopsis Brain Works Lakonan Cha Tae Hyun dan Jung Yong Hwa. Pembukaan tahun 2023 akan diserikan dengan drama Korea terbaru lakonan Cha Tae Hyun dan Jung Yong Hwa. Drama yang bertajuk Brain Works adalah drama mengenai pegawai polis. Jom kita baca dan dalami sinopsis brain works lakonan cha tae hyun dan jung yong hwa.

Sinopsis Brain Works Lakonan Cha Tae Hyun dan Jung Yong Hwa


Cha Tae Hyun sekali lagi kembali memakai seragam polis untuk drama terbaru selepas drama Police University pada 2021 bersama Krystal F(X) dan B1A4 Jinyoung.

Kali ini beliau bergandingan bersama CNBLUE Yong Hwa untuk drama Brain Works atau tajuk lain Brain Cooperation yang akan disiarkan di saluran KBS2.

SINOPSIS BRAIN WORKS (2023)~~

Mengisahkan tentang Shin Ha-Ru (Jung Yong-Hwa) bekerja sebagai saintis saraf yang berasal dari keluarga yang mempunyai doktor selama 3 generasi dan dia kaya dari harta pusaka. 

Shin Ha-Ru adalah seorang yang yakin yang bertindak dan bercakap mengikut keyakinannya, tetapi dia tidak mempunyai belas kasihan kepada orang yang dia anggap sebagai sampah.

Geum Myung-Se (Cha Tae-Hyun) bekerja sebagai detektif, beliau bertindak dan bercakap bermuka masam di sekeliling orang, yang menyebabkan orang yang tidak biasa dengannya menganggap dia mungkin polis yang korup. 

Pada hakikatnya, Geum Myung-Se adalah seorang detektif yang baik hati dan soleh. Dia juga pernah berkahwin dengan Kim Mo-Ran (Ye Ji-Won). Dia mempunyai libido yang sangat kuat.

Shin Ha-Ru dan Geum Myung-Se menyelesaikan kes jenayah bersama-sama dengan bantuan Penyiasat Hipnotik Seol So-Jung (Kwak Sun-Young).


PROFIL DRAMA BRAIN WORKS ~~

Drama Brain Works akan mula ditayangkan pada 2 January 2023 dan dijangka akan berakhir pada bulan February.

Brain Works mempunyai keseluruhan 16 episod dan ditayangkan pada setiap hari Isnin dan Selasa jam 9:50 malam.

Selain Yong Hwa dan Cha Tae Hyun , drama ini turut diserikan oleh pelakon cantik Kwak Sun Young dan Ye Ji Won.

Jangan terlepas peluang untuk melihat keserasian antara keempat-empat mereka ini dalam drama Brain Works.

Selamat menonton~~

Post a Comment

Previous Post Next Post