Sinopsis Our Blooming Youth Lakonan Park Hyung Sik. Mana peminat pelakon dan penyanyi Park Hyung Sik? sila munculkan diri anda. Nak bagitahu drama terbaru Park Hyung Sik akan keluar tidak lama lagi, drama bertajuk Our Blooming Youth adalah drama lakonan beliau bersama pelakon cantik Jeon So Nee. Mari ramai-ramai kita baca sinopsis drama our blooming youth lakonan park hyung sik.

Sinopsis Our Blooming Youth Lakonan Park Hyung Sik


Drama Our Blooming Youth adalah drama yang akan menggantikan drama Missing: The Other Side 2 yang sedang ditayangkan. 

Ini adalah drama pertama Park Hyung Sik setelah drama Soundtrack 1 yang keluar pada awal tahun yang lalu.

Park Hyung Sik membawa watak Lee Hwan manakala Jeon So Nee pula membawa watak Min Jae Yi , turut sama membintangi drama ini adalah pelakon cantik Pyo Ye Jin , beliau membawa watak Ga Ram.

SINOPSIS OUR BLOOMING YOUTH (2023)~~

Drama ini mengisahkan tentang kisah cinta Putera Mahkota Lee Hwan (Park Hyung-Sik) dan Min Jae-Yi (Jeon So-Nee).

Putera Mahkota Lee Hwan seorang yang angkuh, jahat dan berubah-ubah kepada orang lain. Dia juga menyimpan rahsia sumpahan misteri. 

Akibatnya, dia adalah seorang yang kesepian yang menyembunyikan parut yang mendalam dalam fikirannya. 

Sementara itu, Min Jae-Yi adalah seorang gadis yang sangat pintar dan dia berasal dari keluarga bangsawan yang dihormati. 

Seluruh keluarganya tiba-tiba dibunuh dan dia dibingkai sebagai pembunuh. Dia dikejar orang yang cuba menangkapnya.

PROFIL DRAMA OUR BLOOMING YOUTH (2023)~~

Our Blooming Youth akan mula ditayangkan pada 6 February 2023 dan dijangka tamat pada 11 April 2023 tahun depan.

Tayangan drama Our Blooming Youth adalah di saluran TvN dan jumlah keseluruhan episod drama ini adalah 20 episod selama 1 jam 20 minit untuk satu episod.

Jangan lupa tengok tayangan perdana drama ini pada 6 February ini, drama sejarah Korea kebanyakkannya semua menarik , so jangan terlepas.

Selamat menonton~

Post a Comment

Previous Post Next Post