Sinopsis Red Balloon Lakonan Pelakon Cantik Seo Ji Hye. Drama terbaru dari pelakon cantik Seo Ji Hye akhirnya akan ditayangkan tidak lama lagi, drama yang bertajuk Red Balloon adalah drama Seo Ji Hye bersama pelakon kacak Lee Sang Woo dan Lee Sung Jae. Drama terbaru ini bakal ditayangkan di saluran TV Chosun tapi sebelum itu jom kita baca sinopsis red balloon lakonan seo ji hye.

Sinopsis Red Balloon Lakonan Pelakon Cantik Seo Ji Hye


Nama Seo Ji Hye sudah cukup dikenali di Korea dengan beberapa drama hit dari beliau antaranya adalah Dinner Mate , Kiss Sixth Sense dan Crash Landing On You.

Drama Red Balloon ini pertama kali menggandingkan 4 pelakon korea yang sangat hebat berlakon seperti Lee Sang Woo, Lee Sung Jae dan Hong Soo Hyun.

SINOPSIS RED BALLOON (2022)~~

Menceritakan tentang Kisah empat orang yang cuba untuk memuaskan keinginan mereka dan meredakan patah hati mereka.

Jo Eun-Gang (Seo Ji-Hye) ingin menjadi guru sekolah, tetapi dia gagal lulus peperiksaan mengajarnya. Dia kini bekerja sebagai tutor swasta. 

Dia kelihatan tenang, tetapi dia menyimpan sesuatu yang panas di dalam hatinya. Dia seorang yang akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan apa yang dia mahu.

Ji Nam-Cheol (Lee Sung-Jae) berasal dari keluarga miskin, tetapi dia berkahwin dengan wanita dari keluarga kaya. 

Dia menjalankan perniagaan yang sebenarnya dimiliki oleh bapa mertuanya. Ji Nam-Cheol tidak berkuasa di syarikat itu.

Han Ba-Da (Hong Soo-Hyun) ialah seorang wanita yang sudah berkahwin. Dia bekerja sebagai pereka barang kemas. Sejurus sebelum perkahwinannya, ibu bapanya telah muflis. 

Dia hampir menyerah pada perkahwinannya, tetapi tunangnya memujuknya untuk berkahwin dengannya. Hidupnya tidak mudah kerana ibu mertuanya.

Go Cha-Won (Lee Sang-Woo) bekerja sebagai pakar dermatologi. Dia menjadi doktor seperti yang diharapkan oleh ibu bapanya dan berkahwin dengan Han Ba-Da. 

Dia tidak suka pekerjaannya dan dia tahu isterinya susah kerana ibunya, tetapi dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Abang iparnya ialah Ji Nam-Cheol.


PROFIL DRAMA RED BALLOON (2022)~~

Drama Red Balloon ini diarahkan oleh pengarah hebat Ji Hyung Wook yang merupakan pengarah drama hit Three Brother dan Wang's Family.

Red Balloon akan mula ditayangkan pada 17 December 2022 dan dijangka habis pada 15 February 2023.

Drama ini ditayangkan pada setiap hari Sabtu dan Ahad jam 9 malam KST dan jumlah keseluruhan episod drama ini adalah 20 episod.

Buat yang tengah cari nak tengok dekat mana yang ada subtitle boleh tengok sini >> RED BALLOON SUB

Korang jangan lupa tengok ok drama terbaru dari Seo Ji Hye ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post