Sinopsis Work Later Drink Now 2 Lakonan Apink Eunji, Sunhwa dan Lee Sun Bin. Drama hit 2021 iaitu Work Later Drink Now kembali untuk musim kedua dengan jalan cerita yang lebih menarik. Drama yang menggabungkan nama-nama besar Apink Eunji , Sunhwa dan Lee SunBin di dalam satu drama ini mencetuskan fenomena pada hujung tahun 2021. Jadi mari kita tengok sinopsis work later drink now 2 lakonan Eunji, Sunhwa dan Sunbin.

Sinopsis Work Later Drink Now 2 Lakonan Apink Eunji


Pada musim pertama drama Work Later , Drink Now pada permulaannya tidak mendapat perhatian namun keserasian antara pelakon utama yang nampak real berjaya menjadi buah mulut orang ramai.

Setelah menjadi sebutan drama ini mula di tonton ramai orang di Korea, drama yang mengisahkan tentang 3 orang wanita yang percaya setiap penghabisan hari perlu minum.

Untuk musim kedua ini lebih banyak drama dan lebih banyak jalan cerita yang menghiburkan penonton jadi jom baca sinopsis work later , drink now 2.

SINOPSIS WORK LATER, DRINK NOW SEASON 2~~

Mengisahkan tentang  Han Ji-Yeon (Han Sun-Hwa) menghadapi rawatan kemoterapi, tetapi dia memutuskan untuk melakukan perjalanan dahulu. 

Tidak lama kemudian, An So-Hee (Lee Sun-Bin) dan Kang Ji-Gu (Jung Eun-Ji) mengetahui lokasinya dan menyertainya. An So-Hee dan Kang Ji-Gu membuat keputusan untuk menangguhkan hidup mereka

 dan membantu kawan baik mereka Han Ji-Yeon. Mereka pergi bersama-sama ke pergunungan untuk ekspedisi penyembuhan lanjutan. 

Apabila mereka kembali, An So-Hee menyambung kerjanya di TVING, Han Ji-Yeon mencari studio yoga, dan Kang Ji-Gu mengambil kerja penghantaran untuk membayar bil. 

Mereka perempuan tidak lama lagi berkumpul semula selepas seharian bekerja untuk mengambil bahagian dalam hobi kegemaran mereka ... minum alkohol dan berkongsi cerita mereka.

PROFIL DRAMA WORK LATER, DRINK NOW 2~~

Drama Work Later, Drink Now 2 ditayangkan di saluran TVING bermula 9 December 2022 dan dijangka tamat pada 6 January 2023.

Untuk yang tidak faham bahasa Korea boleh tengok subtitle drama ini di sini>> Work Later Drink Now 2 (SUB)

Setiap episod drama ini akan berjalan selama 38 minit dan ditayangkan pada setiap hari Jumaat.

Selamat menonton semua ~~

Post a Comment

Previous Post Next Post