Biodata Scha Elinnea Pelakon Hati Tanpa Rasa. Drama terbaru yang menggantikan drama hit Rindu Kasih adalah drama yang dilakonkan oleh pelakon kacak Redza Rosli dan pelakon cantik meningkat naik Scha Elinnea. Drama yang bertajuk Hati Tanpa Rasa merupakan drama pertama menggandingkan kedua watak utama ini , jom kita kenali biodata scha elinnea dengan lebih dekat.

Biodata Scha Elinnea Pelakon Hati Tanpa Rasa


Scha Elinnea merupakan salah seorang pelakon baru dan muda yang sedang meningkat naik, beliau banyak menjadi watak utama di dalam beberapa drama di Malaysia. 

Watak Nur Kaisara dibawa oleh Scha Elinnea di dalam drama Hati Tanpa Rasa , watak yang memainkan emosi penonton dalam setiap episod , betol x peminat drama Hati Tanpa Rasa..

BIODATA SCHA ELINNEA (2022)~~

Nama sebenar beliau adalah Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen lahir pada 23.6.1999 di Kota Bharu, Kelantan, beliau menggunakan nama stage Scha Elinnea.

Scha Elinnea dibesarkan di Sungai Petani , Kedah dan belia merupakan anak sulung dari empat orang adik beradik , beliau juga merupakan pelajar di  UiTM.

Sebelum bergelar pelakon , Scha merupakan seorang influencer, beliau mempunyai lebih 150 k pengikut di Instagram.

Tahun 2018 , beliau menjadi artis dibawah syarikat pelakon Yana Samsudin dan suami beliau iaitu Fadzli Zahari, beliau menerima tunjuk ajar dalam bidang lakonan bersama mereka berdua.

Scha Elinnea debut di dalam drama hit Mr Grey lakonan Eyra Hazali dan Fendy Bakri , nama beliau mula dikenali peminat drama apabila berlakon di dalam drama itu.

Beliau kemudiannya berlakon di dalam drama Pencuri Cinta Kelas Satu dan Cik Reen & Encik Ngok Ngek.

Tahun 2020 mula meletop dengan drama Siti Tok , drama ini mendapat jumlah tontonan sebanyak 3 juta.

Scha Elinnea juga terpilih menjadi salah seorang ahli Master In The House Malaysia, rancangan yang di remake dari Korea Selatan.

2022 beliau muncul dengan 3 drama iaitu drama Juliet untuk saluran TV1 , Kerana Aku Isteri Bidaan dan Hati Tanpa Rasa di TV3.

MEDIA SOSIAL OFFICIAL SCHA ELINNE~~

Untuk peminat Nur Kaisara di dalam Hati Tanpa Rasa, korang boleh follow officia media sosial beliau di sini >>> @schaelinnea 

Sekarang beliau memiliki lebih 500k pengikut di sana , so korang yang belum follow cepat-cepat follow beliau di sana untuk lihat aktivti seni dan harian beliau.

Teruskan support kerjaya Scha Elinnea!

Post a Comment

Previous Post Next Post