Biodata Michelle Yeoh Pemenang Pelakon Komedi Terbaik Golden Globe. Nama Michelle Yeoh merupakan satu nama yang cukup dikenali di seluruh dunia , seorang pelakon wanita yang sangat berbakat. Nama beliau dikenali setelah membintangi filem -filem aksi Hong Kong , untuk yang belum tahu, Michelle Yeoh merupakan anak kelahiran Malaysia. Jom kita baca biodata michelle yeoh dibawah.

Biodata Michelle Yeoh Pemenang Pelakon Komedi Terbaik Golden Globe


Michelle Yeoh terkenal dengan pelakon wanita yang melakukan aksi stunt di dalam filem tanpa bantuan stuntman, semua scene aksi di dalam filem beliau , di lakukan sendiri oleh beliau.

BIODATA MICHELLE YEOH (2023)~~

Nama sebenar beliau adalah Michelle Yeoh Choo Kheng lahir pada 6 Ogos 1962 di Ipoh , Perak , Malaysia.

Michelle Yeoh dari keluarga Cina tempatan etnik Hokkien dan Kantoni , ayah dan ibu beliau bernama Janet Yeoh dan Yeoh Kian-teik.

Beliau bersekolah rendah di sekolah perempuan iaitu SMK Convent Ipoh sebelum pada umur 15 tahun beliau mengikuti ibu bapa beliau berpindah United Kingdom (UK).

Sejak kecil lagi beliau meminati ballet dan beliau membelajirnya sejak berusia 4 tahun , di UK beliau memasuki Royal Academy of Dance yang menfokuskan pembelajaran dan latihan tarian classical ballet.

Beliau merupakan major in Ballet namun disebabkan kecederaan beliau menghalang beliau dari menjadi penari ballet profesional.

Michelle Yeoh mempunyai seorang anak tiri , anak perkahwinan suami beliau yang sekarang iaitu Jeon Todt , mereka berkahwin sejak 2004.

Michelle Yeoh sudah banyak menerima anugerah sebagai pelakon terbaik di serata dunia, tahun 2023 beliau pertama kali menerima anugerah terbesar dari karier beliau .

Beliau menerima anugerah dari Golden Globes untuk kategori Pelakon Komedi Terbaik untuk filem Everything Everywhere All At Once.

Post a Comment

Previous Post Next Post