Sinopsis Missing The Other Side 2 Lakonan Mantap Dari Go Soo. Drama terbaru Korea yang sedang ditayangkan adalah Missing : The Other Side 2 merupakan drama yang  musim kedua setelah mendapat reaksi yang positif pada musim pertama. Drama ini dilakonkan oleh pelakon - pelakon senior yang cukup hebat seperti Go Soo dan Heo Jeon Ho. Jom kita baca sinopsis missing : the other side 2.

Sinopsis Missing The Other Side 2 Lakonan Mantap Dari Go Soo


Drama ini mendapat rating tertinggi di Korea di antara drama yang ditayangkan pada setiap hari Isnin dan Selasa, drama ini juga mendapat reaksi yang positif dari peminat drama.

Missing: The Other Side 2 ini merupakan drama yang bertemakan thriller , mistery , detektif dan supernatural berjaya membuat penonton tidak sabar untuk melihat episod berikutnya.

SINOPSIS MISSING: THE OTHER SIDE 2 (2023)~~

Mengisahkan tentang 3 Gongdan ialah sebuah perkampungan tempat tinggal orang yang hilang, termasuk Kang Eun-Sil (Lee Jung-Eun) dan Oh Il-Yong (Kim Dong-Hwi). 

Sementara itu, Kim Wook (Ko Soo), Jang Pan-Seok (Heo Jun-Ho), Lee Jong-A (Ahn So-Hee), dan Detektif Shin Joon-Ho (Ha-Joon) cuba mencari mayat orang yang hilang dan mengejar kebenaran di sebalik kematian mereka.

PROFIL DRAMA MISSING : THE OTHER SIDE 2~

Drama Missing The Other Side 2 ditayangkan di salur OCN pada setiap hari Isnin dan Selasa jam 8: 50 malam.

Salah satu penyebab drama ini mendapat rating tertinggi adalah kerana dibarisi pelakon hebat, Go Soo merupakan seorang pelakon lelaki yang sangat hebat berlakon, beliau terkenal dengan watak dalam drama Piano dan Green House.

Sementara itu , Heo Jeon Ho pula merupakan pelakon senior yang sangat dihormati di Korea , semua lakonan beliau di dalam setiap drama menerima pujian dari penonton dari pelakon lain.

Selain Go Soo dan Heo Jeon Ho, drama ini turut dibantu oleh pelakon meningkat naik dan merupakan bekas anggota kumpulan Wonder Girls iaitu Ahn So Hee.

Pelakon kacak Ha Joon dan Kim Dong Hwi turut sama membintangi drama ini bersama pelakon wanita senior Lee Jung Eun.

Sesiapa yang belum tengok drama ini boleh tengok drama ini di sini>>> Missing: The Other Side 2 (SUB)

Jangan terlepas peluang untuk melihat drama ini dari mula sehingga tamat ok !!

Post a Comment

Previous Post Next Post