Gong Yoo dan Seo Hyun Jin Bakal Bergabung Di Dalam Sebuah Drama. Satu berita yang menggembirakan buat peminat tegar drama Korea apabila sebuah drama akan menggabungkan dua nama besar Korea iaitu Gong Yoo dan Seo Hyun Jin. Peminat setia drama pastinya tidak sabar untuk melihat drama yang dikatakan akan menjadi drama blockcuster. 

Gong Yoo dan Seo Hyun Jin Bakal Bergabung Di Dalam Sebuah Drama


Gong Yoo yang merupakan salah seorang pelakon lelaki Korea yang berkelas "A" kerana banyak drama beliau yang hit di Korea dan luar Korea.

Antara drama beliau yang popular adalah Goblin , Coffee Prince , Squid Game dan filem Train To Busan.

Sementara itu, Seo Hyun Jin juga dikenali sebagai pelakon wanita yang hebat dan popular di Korea, beliau terkenal dengan drama Why Her?, Another Miss Oh, Romantic Doctor dan the Beauty Inside.

Apabila pengumuman gandingan antara Goong Yoo dan Seo Hyun Jin di dalam sebuah dramam, rata- rata peminat tidak sabar untuk melihat drama ini. tajuk drama yang akan menggandingkan mereka adalah 'Trunk'.

Drama 'Trunk' ini merupakan drama romance dan bakal ditayangkan di saluran Netflix, pengurus kedua mereka memberitahu media mereka berdua positif untuk menerima tawaran drama ini.

Pengumuman tarikh mulanya pengambaran drama Trunk ini akan diumumkan setelah semuanya selesai , iaitu kesemua pelakon menandatangani projek drama ini.

Sekiranya kedua-dua mereka confirm yang mereka akan membintangi drama ini , ia akan menjadi drama comeback untuk Gong Yoo yang telah rehat selama 2 tahun untuk drama .

Ia juga akan menjadi drama pertama yang bakal ditayangkan di Netflix untuk Seo Hyun Jin, apa-apa update akan dikemaskini sendiri, setakat sekarang kedua-dua mereka positif untuk menerima tawaran ini.


Post a Comment

Previous Post Next Post