iKON Umum Konsert Jelajah Dunia Dan Lagu Solo Bobby. Berita gembira untuk peminat kumpulan idola dari YG Entertainment iaitu iKON , mereka mengumumkan akan mengadakan konsert jelajah dunia tidak lagi. iKON adalah idola lelaki yang debut pada 2015 setelah bersaing di dalam sebuah rancangan survival dari YG.

iKON Umum Konsert Jelajah Dunia Dan Lagu Solo Bobby


Tahun 2023 adalah tahun pertama buat iKON dan peminat mereka apabila mereka memulakan karier nyanyian mereka dibawah agensi yang lain.

Mereka melakukan kejutan apabila secara berkumpulan meninggalkan agensi mereka yang menjaga mereka sejak debut iaitu YG Entertainment.

Namun berita gembira untuk peminat mereka adalah mereka masih bersama di dalam satu agensi yang sama dan masih meneruskan karier mereka secara kumpulan.

iKON debut dengan 7 orang ahli kumpulan namun di pertengahan karier mereka terpaksa bergerak 6 orang kerana ketua mereka Hanbin mengumumkan meninggalkan kumpulan kerana terlibat dengan kes dadah.

Mereka kini berada di bawah agensi 143 Entertainment , mereka akan memulakan jelajah dunia mereka dengan bermula May ini , bermula dengan Asia, Europe dan Amerika.

Details kesemua jelajah dunia mereka akan diumumkan pada 7 march ini, jangan lupa nantikan ok. 

Post a Comment

Previous Post Next Post