Profil dan Sinopsis The Good Bad Mother Lakonan Ra Mi Ran dan Lee Do Hyun. Drama terbaru yang bakal di tayangkan tidak lama lagi adalah drama yang mendapat perhatian ramai kerana pelakon-pelakon yang membintangi drama ini yang hebat dan pandai berlakon. Drama yang akan membawa anda ke dunia komedi dari Ra Mi Ran dan Lee Do Hyun. Jom ramai-ramai kita baca sinopsis drama the good bad mother.

Profil dan Sinopsis The Good Bad Mother Lakonan Ra Mi Ran dan Lee Do Hyun

Ini merupakan drama pertama yang menggandingkan Lee Do Hyun dan Ra Mi Ran , kedua-dua mereka merupakan pelakon yang berbakat dan sering menerima pujian dari penonton untuk semua drama dan filem mereka.

Drama ini mengisahkan tentang pengorbanan seorang ibu tunggal yang membesarkan anak lelaki beliau sehingga menjadi berjaya.

SINOPSIS THE GOOD BAD MOTHER (2023)~~

Drama ini mengisahkan tentang Young-Soon (Ra Mi-Ran) ialah seorang ibu tunggal dan mengusahakan ladang babi. Dia membesarkan anaknya Kang-Ho seorang diri. 

Young-Soon menjadikan dirinya seorang ibu yang jahat dan tegas dengan Kang-Ho, kerana dia tidak mahu dia menjadi seperti dia.

Kini, Kang-Ho (Lee Do-Hyun) sudah dewasa. Dia bekerja sebagai pendakwa raya dan mempunyai personaliti yang dingin. 

Semasa meneruskan kerjayanya dan menyimpan rahsianya sendiri, dia berpaling dari ibunya Young-Soon.

 Pada suatu hari, Kang-Ho mengalami kemalangan yang tidak dijangka dan berubah perangai menjadi seperti kanak-kanak. 

Dia berpindah kembali ke kampung halamannya dan memulakan kehidupan baru bersama ibunya yang jahat Young-Soon.

 Sementara itu, Mi-Joo (Ahn Eun-Jin) ialah kawan zaman kanak-kanak Kang-Ho.

 Dia mempunyai hati yang hangat dan merupakan jenis orang yang tidak boleh lari daripada ketidakadilan. 

Dia bertemu Kang-Ho sekali lagi, yang telah menjadi seperti kanak-kanak, dan hidupnya berubah serta merta.

PROFIL THE GOOD BAD MOTHER (2023)~~

Drama The Good Bad Mother akan mula ditayangkan di saluran JTBC dan Netflix pada setiap Rabu dan Khamis jam 10:30 malam.

Tarikh mula tayangan drama ini adalah pada 26  April ini sehingga 15 jun ini dan jumlah keseluruhan episod drama ini adalah 16.

Selain Ra Mi Ran dan Lee Do Hyun , drama ini turut dibintangi oleh pelakon wanita yang terkenal dengan drama Hospital Playlist 2 yang membawa watak 'Chu Min Ha'.

Tema drama ini pastinya dapat memainkan emosi penonton drama ini, temanya adalah komedi, kehidupan ibu dan anak dan healing.

Jangan lupa untuk layan drama ini sehingga habis ok semua !

Post a Comment

Previous Post Next Post