Ji Chang Wook Umumkan Tinggalkan Agensi Glorious. Pelakon popular Ji Chang Wook hari ini mengumumkan yang beliau secara rasmi telah meninggalkan agensi yang menjaga aktiviti seni beliau. Ji Chang Wook seorang pelakon yang sangat berbakat dan sangat dikenali dengan drama K2 dan Suspicious Partner

Ji Chang Wook Umumkan Tinggalkan Agensi Glorious


Pengumuman ini dibuat setelah kontrak eksklusif antara Ji Chang Wook dan Glorious Entertainment telah tamat.

Setelah mengadakan perbincangan kedua-dua pihak memilih untuk tidak menyambung kontrak dan ji chang wook memilih untuk bergerak sendirian sebelum sign dengan syarikat lain.

Glorious Entertainment mengeluarkan kenyataan "Kontrak eksklusif dengan Ji Chang Wook telah tamat, dan ia tidak akan diperbaharui. Untuk masa depan Ji Chang Wook masih belum diputuskan.

Keptusan mereka bersetuju untuk tidak memperbaharui kontrak mereka adalah keputusan bersama tanpa ada perselisihan faham dan menyokong masa depan masing-masing.

Sejak 2019 , Ji Chang Wook telah muncul dalam banyak drama antaranya adalah “Melting Me Softly,” “Backstreet Rookie,”  “The Sound of Magic,” dan “If You Wish Upon Me.”

Ji Chang Wook akan muncul dengan drama baru The Worst of Evil bersama Im Se Mi pada pertengahan tahun ini.

Nantikan update terkini mengenai drama itu di sini!

Post a Comment

Previous Post Next Post