Sinopsis Melur Untuk Firdaus 2 Lakonan Meerqeen dan Anna Jobling. Drama yang mencetuskan fenomena iaitu drama lakonan Meerqeen dan Anna Jobling akan menemui penonton untuk musim kedua. Drama Melur Untuk Firdaus merupakan drama yang berjaya memecah masuk industri Indonesia pada tahun 2022 dan berjaya memperolehi jumlah penonton yang ramai dari sana. Jom kita baca sinopsis melur untuk firdaus 2.


Sinopsis Melur Untuk Firdaus 2 Lakonan Meerqen dan Anna Jobling

Untuk musim kedua ini pastinya lebih banyak drama dan akan banyak bermain dengan emosi, daripada gambar di atas pastinya korang tertanya-tanyakan siapakah watak dua orang lagi.

SINOPSIS MELUR UNTUK FIRDAUS 2 (2023)~~

Memasuki alam perkahwinan berikutnya , sesuatu terjadi apabila kemunculan Mawar yang mengelirukan Melur mengenai status hubungan Firdaus dengan Mawar.

Mawar adalah anak kepada Tuan Idrus yang merupakan boss Idrus Platinum Sdn Bhd dan dia merupakan seorang jurutera dan seorang yang sangat manja dengan keluarga beliau.

Kemunculan pula Raikal (Taib Zamannuri) di dalam hubungan Melur dan Firdaus adalah kerana apa ?

PROFIL MELUR UNTUK FIRDAUS 2 (2023)

Drama Melur Untuk Firdaus 2 akan mula ditayangkan pada 16 Mac ini dan mempunyai 35 episod keseluruhannya.

Ditayangkan pada setiap hari bermula Isnin sehingga Ahad pada jam 7 malam , permulaan drama ini adalah pada 16-17 mac untuk episod pembukaan.

Seterusnya akan bersambung pada 20 mac dan sehingga setiap hari , jadi jangan lupa untuk tonton drama ini dan rajin-rajin review drama ini dibawah ok.

Selamat menonton~~

Post a Comment

Previous Post Next Post