Sinopsis Oasis Drama Korea Lakonan Jang Dong Yoon dan Seol In Ah. Drama Korea yang sedang menjadi sebutan di Korea sekarang ini adalah sebuah drama yang menggandingkan pelakon kacak Jang Dong Yoon dan pelakon cantik Seol In Ah. Drama Oasis ini mengetengahkan tema romance dan remaja , jom kita baca sinopsis oasis.

Sinopsis Oasis Drama Korea Lakonan Jang Dong Yoon dan Seol In Ah


Gandingan antara Jang Dong Yoon bersama Seol In Ah antara gandingan yang ditunggu-tunggu peminat untuk melihat keserasian mereka.

Drama ini berjaya menonjolkan keserasian antara kedua-dua tunggak utama ini, drama ini turut diserikan dengan pelakon baru meningkat naik Choo Yeong Woo.


SINOPSIS OASIS (2023)~~


Mengisahkan tentang berlatarkan tahun 1980-an dan 1990-an, kisah terungkap tentang impian, persahabatan dan cinta tiga orang muda.

Lee Doo-Hak (Jang Dong-Yoon) ialah pelajar sekolah menengah di bandar wilayah. Dia berasal dari latar belakang keluarga yang miskin, tetapi dia pintar dan penyayang. 

Dia jatuh cinta dengan Oh Jung-Shin (Seol In-A) pada pandangan pertama, yang merupakan pelajar pindahan dari Seoul. Lee Doo-Hak terlibat dalam kes yang tidak dijangka dan ini mengubah hidupnya.

Oh Jung-Shin sentiasa jujur dan yakin. Dia cukup berani untuk melawan ketidakadilan. Selepas berpindah ke sekolah baharunya dari Seoul, dia menjalinkan hubungan dengan Lee Doo-Hak dan Choi Cheol-Woong (Choo Yeong-Woo).

Sejak Choi Cheol-Woong masih kecil, dia dan Lee Doo-Hak berkawan dan juga seteru. Choi Cheol-Woong adalah jenis orang yang tidak boleh menerima kekalahan. 

Dia jatuh cinta dengan pelajar pindahan Oh Jung-Shin, tetapi dia tidak mencintainya.

PROFIL DRAMA OASIS (2023)~~~

Drama Oasis adalah drama yang menggantikan drama Brain Works yang baru sahaja tamat episod akhir, drama ini ditayangkan di saluran KBS2.

Tarikh mula tayangan drama ini adalah 6 march dan dijangkan berakhir pada 26 april ini , ditayangkan pada setiap hari isnin dan selasa pada jam 9:50.

Drama ini turut diserikan dengan pelakon senior popular seperti Kim Myung Soo dan Lee Han Wi , masing-masing mereka membawa watak bapa lee doo hak dan go pooong ho.

Kepada sapa2 yang nak tengok drama ini yang ada subtitle boleh tengok disini >> OASIS SUBS

Jangan layan lupa layan drama ini sampai habis taw !


Post a Comment

Previous Post Next Post