Biodata Amir Ahnaf atau Kahar Pelakon Projek High Council. Drama Projek : High Council mencetuskan fenomena di Malaysia apabila menjadi drama yang menjadi buah mulut ramai orang. Drama ini berjaya mengetengahkan bakat-bakat muda yang berbakat di Malaysia. Salah seorang yang telah mencipta nama dengan drama ini adalah Amir Ahnaf atau Kahar. 

Biodata Amir Ahnaf atau Kahar Pelakon Projek High Council


Jadi ramai-ramai jom kita baca biodata Kahar Projek High Council atau nama sebenar beliau adalah Amir Ahnaf.

BIODATA AMIR AHNAF @KAHAR ~~

Nama sebenar beliau adalah Muhammad Amir Ahnaf bin Mohd Khairudin lahir pada 17.2 . 2000 di Kuala Terengganu. 

Amir Ahnaf mempunyai 9 orang adik beradik dan beliau merupakan anak sulung,  beliau juga merupakan pemegang Diploma Reka Bentuk & Pembangunan Permainan.

Beliau merupakan bekas pelajar MRSM Kuala Terengganu dan merupakan pelajar silat dari form 1 sehingga form 5.

Memulakan karier di dalam industri Malaysia apabila menyertai rancangan Hero Remaja 2021, beliau kini menetap di Selangor.

Buat peminat baru yang nak tahu perkembangan terbaru Kahar boleh follow official media sosial beliau >> @amirahnaff

Drama pertama beliau setelah Hero Remaja adalah Akim & Mira - Kisah Cinta 1999 sebagai watak tambahan selepas itu beliau membintangi drama Projek: High Council sebagai watak utama.

Nama beliau semakin hari menjadi sebutan peminat Malaysia , teruskan support kerjaya seni Kahar atau amir ahnaf.


Post a Comment

Previous Post Next Post